Sunday, September 19, 2010

Pantai Kerachut, Taman Negara Teluk Bahang

Sempena hari cuti umum 1 Malaysia, 16 September 2010, kawan aku ajak aku pi memancing kat Pantai Kerachut, Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.




Tempat Pendaftaran Di Bangunan Taman Negara








Seperti yang dijanjikan , pukul 8 pagi kami berkumpul dekat Kuala Sungai Pinang. Disitu, sebelum menaiki bot ke Pantai Kerachut, kami berempat kena daftar dengan pihak taman negara. Tak perlu bayar apa-apa, cuma kena tulis butir-butir peribadi.







Selesai daftar, kami pun angkat barang-barang kami dan naik bot. Air baru nak mula surut, dan kami cuba menjala ikan belanak di kuala semasa perjalanan keluar menuju ke Pantai Kerachut.



Tapi dah nasib, anak-anak belanak semua bermain di kawasan cetek, jadi kami cuma dapat 5, ekor belanak untuk dibuat umpan. Tekong bagi cadangan untuk cari umpan belanak di Pantai Emas, jadi kami semua pun terus keluar dari kuala dan lepas 10 minit, sampai di kawasan Pantai Emas. Ikan belanak banyak, tapi dok main di celah-celah batu. Nasib bot boleh rapat ketepi, dapat juga belanak, tapi tetap tak cukup, lebih kurang dalam 20 ekor saja. Semasa menjala, Zul tiba-tiba terlucut jala yang diikat pada tangannya. Nasib baik jala dapat kami perolehi balik, tapi teruk juga sebab air dalam, walaupun ditepi tebing pantai berbatu. Tak mau buang masa, kami pun keluar dari Pantai Emas dan tuju ke arah pot masing-masing.







Aku dengan Zul turun sebelum selekoh, manakala kawan Zul, Adi dan seorang lagi kawan dia menuju kat arah Pantai Keracut disebelah batu tempat kami duduk.







Kawasan tempat kami pancing memang mengancam, cuma tak boleh tahan panas, sebab pokok untuk berteduh langsung tak ada. Sebaik turun dari bot, Zul terus pergi cari dahan-dahan pokok yang patah (nak tebang, takut kena saman dengan Renjer) untuk guna sebagai tempat sangkut tali pancing.











































Kami guna koyan (gelendong sebutan setengah orang) dengan kekuatan tali antara 90-120 paun. Ini adalah satu kemestian kalau nak memancing kerapu di kawasan pantai berbatu.





Sebaik aku pasang satu koyan dengan anak belanak, baru aku nak cari tempat untuk selit tali pancing aku dekat dahan, dengan tiba-tiba terasa tarikan yang kuat. Aku segera tarik balas, tapi apa nak buat, tersangkut. Terasa ada ikan, dan semasa tengah tarik menarik, terasa tali jadi ringan. Dah sah, ikan terlepas. Zul terus amik seekor belanak dan balik di kawasan yang sama, dan tak sampai 10 minit, satu tarikkan kuat berlaku, Zul tarik dan seekor kerapu dengan berat 750 gram sedang cuba melepaskan diri. Aku ambik jut dan terus sua kan dalam air dan kerapu tersebut bejaya dinaikkan. Zul kata sudah beberapa ekor kerapu yang saiz lebih besar penah terlepas semasa dia cuba menaikkan ikan atas batu. Sebab tu, bila ada 2 orang, Zul lebih selesa, Seorang boleh bantu semasa menaikkan ikan.








Memandangkan belanak terhad, kami terpaksa pancing gelama untuk dibuat umpan. Tapi gelama yang makan pula besar-besar. Mau tak mau kami guna juga. Ada sambutan, cuma tak semeriah belanak dan saiz gelama pula besar-besar, hampi 3 jari lelaki dewasa. Banyak ragutan berlaku, tapi terlepas sebab ikan umpan terlalu besar.





Sampai petang, aku dah gelisah, ikan tak makan-makan lagi, Yang ada pun gelama. Bila Zul kata yang dia ada beli umpan, aku ambik sotong katak dan guna untuk pancing ikan. Aku nampak banyak perahu yang mancing kerapu di tepi-tepi tebing batu di sana,





Alhamdulillah, ada rezeki aku, aku guna appollo saiz 12 dan aku sangkutkan umpan. Baru saja umpan cecah air, terasa sentapan kuat berlaku, seekor kerapu dalam saiz 300-400 gram dah terletak dihujung joran. Aku baling ke arah tebing pulau dan beberapa ekor kerapu bejaya di naikkan. Jarak aku baling tak sampai 2 meter pun.

Aku baling lagi kearah tebing batu, tak sampai pun 5 minit, terasa ragutan kuat. Aku balas balik, dan air berkocak kuat. Aku ternampak sisik berwarna merah, dah sah - siakap merah. Aku cuba kawal takut dia buat pecutan gila, aku cuma pakai apollo tangsi dalam 30 paun saja. Akhirnya, aku bejaya naikkan siakap merah. Alhamdullilah, tambah rezeki aku hari tu.

Apapun, hasil rampasan perang boleh tahan, Hampir 20,30 ekor berjaya di naikkan. Ini sebahagian ikan yang ditangkap hari tu.







Tepat pukul 4.30 petang, seperti dijanjikan, sampan datang ambil kami dan kami bergerak pulang.

cyber-lake.com Top Fishing Sites