Saya tak tahu pancing udang galah, jadi saya ajak otai dari Setiu untuk bg tunjuk ajar.
Asalnya nak mancing dari pagi, tapi sebab tak dapat dielakkan, dan pergi ambil anak kat MRSM pun dah nak masuk tengahhari, trip ni jadi trip 2 jam sahaja. 3pm - 5pm.
Bila pancing disitu, baru tau bahawa jabatan Perikanan tiap-tiap tahun ada lepas benih anak udang galah dalam Sg Kerian. Satu usaha yang baik. Mungkin pihak yang berkaitan atau pihak kerajaan boleh kembangkan aktiviti memancing dengan membina jeti serta kemudahan tempat makan untuk aktiviti riadah di sepanjang sungai ni.
Trip ni cuma guna umpan cacing tanah sahaja. Mungkin lain kali boleh cuba udang putih plak.