Trip 3 hari 2 malam dari Penang ke Kemasin, Kelantan pada 13 March 2015.
Lama tak turun mincing di Kelantan, dan bila ada cadangan untuk kesana, kami Merang Anglers dari Penang buat 1 trip.
Dengan 3 buah kereta, bertolak pada malam Khamis dari Penang.
Sampai Kota Bharu awal pagi, dan sempat lelap 3,4 jam sebelum keluar ke pasar basah untuk tambahan cari bekalan.
Disini ada satu pengajaran, semua driver kereta (3) orang termasuk aku, mabuk laut sampai muntah2. Ada kawan yang 3 hari tak boleh bangun. Rasanya disebabkan tak cukup rehat.
Biar gambar berbicara :
Malam aktiviti mencandat sotong, dan kebanyakkan sotong dinaikan oleh tekong dan awak-awak.
Hari ke dua dan ketiga, kami diserang oleh Cobia atau Haruan Tasek. Banyak yang putus dan terlepas, dengan tangkapan terbesar hampir 50kg.
Sotong hampir 200 kg.
Paling bnyak mendominasi tangkapan selain Cobia, ikan barat dan dengkis. Memang best main set ringan. Dengan berat ikan dalam lingkungan 1-2kg, perambut dan mata kail kecil - jumlah yang putus dan terlepas memang banyak.
Itupun kami balik ke Penang dengan penuh muatan 2 kereta dan 1 MPV.
Tahun depan, 2016, kami bercadang turun sekali lagi dari Kemasin dengan Bot 38. Mungkin ke Lawit pulak, trip 4h3m.
Syabas juga untuk boat owner, Fendi yang customer service A class. Lagi bagus kalau dia sendiri boleh turun jadi tekong, mesti lagi gempak.