Thursday, February 2, 2017

UNJAM PENANG & KARANG WAHAB

Trip dibuat pada hari Ahad, 1st day Chinese New Year. Air pasang surut antara paling tinggi.

Berikut maklumat ringkas:
Unjam & Karang Wahab - Selatan perairan Pulau Pinang
Jarak unjam pertama dalam 1 jam.
Bot Madi - pantai Seagate.
Tekong : Shah (adik owner)
Masa 8 pagi (lewat sebab lori ais lambat)- 6 petang.
Kos RM1xxxx
Bilangan Pemancing : 6
Umpan : Temenung dan sotong cumit.
Hampir kesemua menggunakan kekili elektrik bangla seperti Tanakom, etc.
Ladung minima : Saiz 720 @ 820




Teknik Pancingan dasar kerana arus agak beralun, jadi sesi mencari ikan secara jingging dan apollo tidak kesampaian. Pancing dasar dengan perambut 2 mata.

Ikan dasar seperti kerisi (2 jenis kerisi), Landok, Kerapu dan Jenahak mendominasi hasil tangkapan.

Tak perlu tunggu lama kalau di unjam ada ikan, kalau tiada ragutan, tekong akan ubah tempat dan cari unjam lain.



Antara hasil-hasil tangkapan:

cyber-lake.com Top Fishing Sites