This is about fresh water pond fishing outing in the most nothern state in Malaysia, Perlis.
Kawasan pancing (dara lagi) milik suami makcik aku di Perlis. Kolam tu memang best sebab dulu dia kuari batu kelikir. Jadi, bila kuari tu tidak lagi digunakan, terjadilah kolam-kolam yang air sesetengahnya kebiruan, dan dilepaskan beberapa spesis ikan termasuk patin dan haruan. Dulu dia orang ada buat tempat ni sebagai padang untuk paint ball. Tapi dah tutup sebab masalah pengurusan.
Kolam ada lebih kurang 7 buah kolam, dan setengahnya besar, dan ada sesetengah kolam, ikan macam boleh pilih masa memancing sebab air terlalu jernih. Tapi aku tak ambil gambar kolam tu plak.
Kita layan sikit gambar pemandangan. Aku ada suggest dekat bapak sedara aku tu untuk buat kolam pancing C & R. Di Perlis ni susah nak cari, tapi ramai kakipancing, setengahnya kawin dengan orang Perlis, mati kutu. Takkan hari-hari nak mencing puyu bendang kut.
Kami guna umpan tepung dan dicampur dengan sedikit dedak makanan ikan. Cara pancing menggunakan 'pole' atau boqkai. Tali 15 paun dengan mata kail puyu. Jadi, harapan nak pancing ikan besar seperti jelawat atau patin memang tipis sangat-sangat. Haruan dah sah-sah tak akan makan umpan sebab guna tepung.
Ikan yang dibawa balik cuma talapia yang bersaiz besar dan puyu. Ikan bersaiz kecil dilepaskan semula kedalam kolam - Catch and release.
Ikan yang ditangkap, kami bawak balik dan goreng. Rasa memang sedap sebab kualiti air yang bersih dan mengalir. Langsung tak rasa atau bau hamis seperti kebiasaan.
Berita Terbaru :
Kolam Pancing Puncak Biru telah dibuka dari pagi hingga malam.
Hubungi 017-473 1969
Ada kemudahan makan minum, solat dan juga pondok dengan lampu untuk pancingan malam.
Bayaran amat berpatutan.
No comments:
Post a Comment