Tuesday, November 1, 2016

Loban - Squaretail Mullet (Ellochelon vaigiensis)

Ikan Loban, Rapang atau Janngeh?

Mungkin ada kawan-kawan diluar yang boleh kongsi maklumat tepat apa itu Loban, Rapang dan Janggeh.

Apa pun, ikan favourite aku. Sangat sedap. Belah belakang dan sisik tak buang. (gutted but not scaled) dan goreng garing atau bakar (fried or grill)

24 January 2016, aku dengan kawan-kawan anak nelayan Teluk Bahang hiking dan masuk ke dalam hutan sisir pantai Teluk Bahang.



Kami berjalan kaki dengan membawa bekal makan dan air. Jarak dalam 2-3 km. Penat jugak, tapi suasana nyaman dan sejuk buat perjalanan tidak begitu terasa.

Pancing Loban selalunya sinonim dengan monsun bila ombakkuat menghempas batu ditepi laut. Perlu berhati-hati dan pergi berteman takut-takut terjadi sesuatu. Semasa kami memancing pun, ada kawan yang termasuk kedalam air sebab ombak kuat dan batu yang licin.



Perlu batang pancing yang panjang atau pole fishing berumpan udang atau isi ikan. Matakail kecil (saiz mata kail puyu). Purata Loban yang kami dapat antara 600gm ke 1.5kg.



Biar gambar berbicara.

Sabun Jerawat Hitam


Sabun Jerawat Hitam. Dengar nama pun sudah tahu kegunaan sabun herba ini.



Sabun Jerawat Hitam dibuat oleh seratus peratus syarikat Bumiputera, dan menggunakan herba nusantara. Kenapa herba nusantara mendapat tempat dalam masyarakat? Penjajah dari negara-negara Eropah dari dahulu menakluki rantau ini dengan tujuan menguasai perdagangan rempah ratus ini. Sehingga sekrang, dalam rancangan masakan dari Eropah atau Amarika, pasti ada herba nusantara. Pernah dengar 'you are what you eat"? (anda adalah apa yang anda makan). Bayangkan, kita penduduk nusantara, yang memakan rempah ratus, buah-buahan dan hasil bumi dari nusantara, tetapi apabila mendapatkan rawatan, kita menggunakan ubat kimia dari barat. Ubat kimia tersebut dibuat kajian keatas manusia yang hidup, makan makanan beriklim sejuk, dan kemudianya diaplikasikan kepada seluruh dunia, dengan nilai niaga industri ubatan ini berbilion-bilion dolar Amerika. Ubat ini dibekalkan kegenap pelusuk dunia, yang mempunyai segala macam cuaca. Adakah ubat-ubat ini sesuai? Sebagai contoh, doktor yang mempunyai kepakaran rawatan moden jugak ada mengatakan bahawa kencing manis tidak ada ubat. Padahal, dengan hanya meminum teh pokok misai kucing, kandungan gula dalam badan boleh dikurangkan. Saya tak perlu hurai l;ebih lanjut, sebab ini lebih kepada soalan untuk difikirkan.

Berbalik kepada Sabun Jerawat Hitam, penggunaan Sabun Jerawat Hitam dapat mengecutkan jerawat yang tumbuh pada kulit muka. Ramai orang terutama perempuan, akan menghadapi masalah jerawat terutama apabila berlaku perubahan hormon di dalam badan mereka. Jerawat ini akan meninggalkan parut, dan jika dibiarkan, parut-parut jerawat ini akan kekal dan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kesan kepada kehidupan seseorang. Antara kesan akibat jerawat ini ialah, selain dari kesan fizikal yang menjejaskan kulit muka dan rupa paras seseorang, parut jerawat juga boleh memberi kesan dari segi rohani, iaitu rasa rendah diri dan malu apabila berhadapan dengan orang ramai.

Berikut adalah sebahagian kecil testimoni dari pengguna.:




Untuk keterangan lanjut atau pertanyaan berkenaan Sabun Jerawat Hitam, sila dail : 019-4008424 atau e-mail kepada lifecycle.enterprise@gmail.com.

cyber-lake.com Top Fishing Sites