Tuesday, November 1, 2016

Loban - Squaretail Mullet (Ellochelon vaigiensis)

Ikan Loban, Rapang atau Janngeh?

Mungkin ada kawan-kawan diluar yang boleh kongsi maklumat tepat apa itu Loban, Rapang dan Janggeh.

Apa pun, ikan favourite aku. Sangat sedap. Belah belakang dan sisik tak buang. (gutted but not scaled) dan goreng garing atau bakar (fried or grill)

24 January 2016, aku dengan kawan-kawan anak nelayan Teluk Bahang hiking dan masuk ke dalam hutan sisir pantai Teluk Bahang.



Kami berjalan kaki dengan membawa bekal makan dan air. Jarak dalam 2-3 km. Penat jugak, tapi suasana nyaman dan sejuk buat perjalanan tidak begitu terasa.

Pancing Loban selalunya sinonim dengan monsun bila ombakkuat menghempas batu ditepi laut. Perlu berhati-hati dan pergi berteman takut-takut terjadi sesuatu. Semasa kami memancing pun, ada kawan yang termasuk kedalam air sebab ombak kuat dan batu yang licin.



Perlu batang pancing yang panjang atau pole fishing berumpan udang atau isi ikan. Matakail kecil (saiz mata kail puyu). Purata Loban yang kami dapat antara 600gm ke 1.5kg.



Biar gambar berbicara.

2 comments:

  1. Seronoknya tengok blog bro ni..haha..sy suka sgt mancing ni..tapi x taw port mana kat sni..dok p mncing kat bagan ajam ja sllu..

    ReplyDelete
  2. Haa.. terima kasih. Asal tu untuk personal sebab gambaq-gambaq ni tak hilang, dan anak cucu coleh refer bila kita dah tak ada, sambil isi masa lapang. Kat bagan p mengai kat penang port la. Saya dulu masa dok seberang, suka p awai pagi. Kadang-kadang ble tengok ikan lumba-lumba mai. Waktu tu mau mengai sebab ikan lari ke tepi. Pakai rod puyu pun layan, dok besa dapat loban, kerapu ngan ikan bayan.

    ReplyDelete

cyber-lake.com Top Fishing Sites