Perancangan dibuat dari tahun 2016 dengan organizer tekong D'man Haron.
Bergerak dari Pulau Pinang dan bertemu di Gurun, Kedah jam 7 pagi. Perancangan asal hampir jadi kelam kabut apabila 2 orang rakan pancing dari Kuala Lumpur mengalami masalah kereta rosak atas highway.
Alhamdulillah, dapat bantuan abam Polis yang kebetulan turun ke utara dan sempat sampai.
Masuk melalu Wang Kelian dan terus ke La-ngu Satun, Thailand. Tekong yang terkenal dengan lubuk jenahak.
Umpan sotong hidup yang ditempah tidak dapat disediakan kerana sotong amat sukar ditangkap dan tekong kata kalau upah orang untuk keluar, belum tentu ada umpan. Kos untuk upah orang keluar menangkap lebih kurang RM400.
Jadi, malam pertama terpaksa digunakan untuk menangkap sotong sebagai umpan hidup di kepulauan Tarutao. Boleh nampak Pulau Langkawi dengan jelas.
Malang kerana sotong ditangkap hanya dalam lingkungan 200-250 ekor sahaja. Tapi saiz agak kecil dalam 3-6 inci.
Dalam perjalanan ke Ko Adang/Lautan Andaman, kami singgah untuk apollo ikan hidup sebagai umpan. Hasil agak kurang.
Kami singgah di penghujung Ko Ra Wi, ombak dan alun agak kuat, terpaksa berlegar di tepi pulau. Walaupun tepi, dengan jarak dari tepi pulau lebih kurang 50-100 meter, keadalaman air mencecah 40 meter atau 120 kaki.
Umpan sotong tekong tak bagi guna, tapi ada rakan pancing yang berjaya curi-curi guna sotong hidup, berjaya menaikan kerapu merah dalam lingkungan 1kg. Guna isi ikan, ikan karang bersaiz tapak tangan hingga 1 kg banyak dinaikan.
Lebih kurang pukul 5 petang, tekong beri isyarat bergerak ke lubuk Jenahak.
Lebih kurang pukul 8 malam, kami tiba dan isyarat diberikan untuk mula bertarung.
Sebaik sahaja umpan sotong hidup mencecah dasar, loceng dihujung joran mula berbunyi. Jenahak bersilih ganti dinaikan, bagaimanapun ikan hanya makan di sebelah kanan bot. Rakan di kiri bot lebih banyak menaikan otek.
Sedang gairah menaikan ikan janahak, tekong ajak pindah. Memamng agak kecewa, tapi apa boleh buat.
Selepas itu tiada lagi hasil memberangsangkan, dengan aktiviti siang agak hambar dan sebelah malam mula bergerak turun ke pengkalan.
Hasil jenahak agak memuaskan mamandangkan pancingan hanya untuk 1 malam sahaja.
Waktu balik, singgah di pekan La-Ngu dan ramai yang menghabiskan duit bath dengan membeli tali perambut biru dan ole-ole.
Salam tuan...kami berminat utk ke kih adang...blh x bg no contact tekong atau organizer ke sana...tq tuan
ReplyDeleteMaaf lewat reply. Tuan boleh contact 1- Tekong Diman :017-469 9096 atau Zul : 012-968 0945. kalau tak dapat tuan cari saya balik. Kami bulan July 2019 ada trip baru.
Deletefishing is really nice thing
ReplyDeleteshaddockfishing
Yup. Best when you caught bigger fish than before.
Deletebrapa kos sewa bot di ko adang 1 mlm
ReplyDeleteSalam Tuan.. ada contact number Tekong Jetty Pak Bara tak
ReplyDelete