Perancangan dibuat dari tahun 2016 dengan organizer tekong D'man Haron.
Bergerak dari Pulau Pinang dan bertemu di Gurun, Kedah jam 7 pagi. Perancangan asal hampir jadi kelam kabut apabila 2 orang rakan pancing dari Kuala Lumpur mengalami masalah kereta rosak atas highway.
Alhamdulillah, dapat bantuan abam Polis yang kebetulan turun ke utara dan sempat sampai.
Masuk melalu Wang Kelian dan terus ke La-ngu Satun, Thailand. Tekong yang terkenal dengan lubuk jenahak.
Umpan sotong hidup yang ditempah tidak dapat disediakan kerana sotong amat sukar ditangkap dan tekong kata kalau upah orang untuk keluar, belum tentu ada umpan. Kos untuk upah orang keluar menangkap lebih kurang RM400.
Jadi, malam pertama terpaksa digunakan untuk menangkap sotong sebagai umpan hidup di kepulauan Tarutao. Boleh nampak Pulau Langkawi dengan jelas.
Malang kerana sotong ditangkap hanya dalam lingkungan 200-250 ekor sahaja. Tapi saiz agak kecil dalam 3-6 inci.
Dalam perjalanan ke Ko Adang/Lautan Andaman, kami singgah untuk apollo ikan hidup sebagai umpan. Hasil agak kurang.
Kami singgah di penghujung Ko Ra Wi, ombak dan alun agak kuat, terpaksa berlegar di tepi pulau. Walaupun tepi, dengan jarak dari tepi pulau lebih kurang 50-100 meter, keadalaman air mencecah 40 meter atau 120 kaki.
Umpan sotong tekong tak bagi guna, tapi ada rakan pancing yang berjaya curi-curi guna sotong hidup, berjaya menaikan kerapu merah dalam lingkungan 1kg. Guna isi ikan, ikan karang bersaiz tapak tangan hingga 1 kg banyak dinaikan.
Lebih kurang pukul 5 petang, tekong beri isyarat bergerak ke lubuk Jenahak.
Lebih kurang pukul 8 malam, kami tiba dan isyarat diberikan untuk mula bertarung.
Sebaik sahaja umpan sotong hidup mencecah dasar, loceng dihujung joran mula berbunyi. Jenahak bersilih ganti dinaikan, bagaimanapun ikan hanya makan di sebelah kanan bot. Rakan di kiri bot lebih banyak menaikan otek.
Sedang gairah menaikan ikan janahak, tekong ajak pindah. Memamng agak kecewa, tapi apa boleh buat.
Selepas itu tiada lagi hasil memberangsangkan, dengan aktiviti siang agak hambar dan sebelah malam mula bergerak turun ke pengkalan.
Hasil jenahak agak memuaskan mamandangkan pancingan hanya untuk 1 malam sahaja.
Waktu balik, singgah di pekan La-Ngu dan ramai yang menghabiskan duit bath dengan membeli tali perambut biru dan ole-ole.
GOLDENSON Pancing Amatur Penang
Info dan kenangan dalam dunia seorang kaki pancing.
Wednesday, September 12, 2018
Monday, October 30, 2017
Pancing Bolos a.k.a. Puting Damar Gertak Sanggul (Check Point)
Sekarang udang dah habis musim, aku pun sibuk jugak, jadi trip keluar terpaksa dihentikan sementara.
Hari Sabtu, kawan ajak pi memancing di area Gertak Sanggul. Dekat dengan Teluk Yu atau Tanjung Gemok. Kawan-kawan aku nak pi cast, aku mulanya tak mau nak ikut sebab pukul 3 petang sudah nak berniaga. Tapi setelah diruntun oleh kawan-kawan, aku ikut jugak.
Keluar dari rumah menuju Gertak Sanggul dah pukul 9 pagi. Singgah ke rumah apek di Gertak Sanggul untuk beli cacing laut, sebungkus RM2.50.
Perjalanan dari hujung Gertak Sanggul melalui jalan simen atas bukit dalam 20 minit. Dari atas bukit, nampak pantai sayup, memang teruk kalau nak balik nanti. Turun kena berhati-hati sebab curam hampir 50-60 darjah. Kalau silap, boleh bergolek jatuh kebawah. Patut laa tak ramai orang pergi ke sana. On the way, terjumpa jejak babi hutan, dan kawan aku Zul bagi amaran supaya berjaga-jaga sebab dia pernah terserempak dengan babi hutan yang bersaiz agak besar dengan anak-anak. Siap babi hutan tu yang gempaq kawan aku. Yang si Saddam ni plak dok cerita dia pernah kena kejar dengan babi hutan masa dikampung. Aku dah cuak sebab pantang orang tua-tua sebut binatang ni. Sampai kawasan pantai, ternampak jejak kaki kecil dan ditengah tapak kaki ada garis panjang. "tu bekas tapak memerang" kata Zul. Dan semua tapak-tapak kaki tu menuju ke arah lubang dibawah batu besar.
Masa di kawasan pantai, lepas Zul tolong buat simple FG knot, dia terus ke kawasan batu dan cast. Tiba-tiba dengar dia menjerit seronok, dah strike... Rasa balingan pertama terus dapat kerapu. Adus... tekanan.
Kawan aku sorang lagi, dengan Saddam turun cast, dia pun strike. Geram pulak aku, tapi aku dah pasang niat nak pancing puting damar, aku tak ikut kawan-kawan aku.
Aku pilih batu hampar, jam dah hampir pukul 11 pagi, aku tanpa buang masa guna mata kail apollo atau Sabiki dan cakuk umpan cacing laut. Mulanya agak senyap, dan aku teringat yang ada orang kata, kalau pancing bolos, sebaiknya karau perlahan. Memang betul, terasa ada larian ikan dihujung kail. Aku karau, dan bolos agak besar ada dihujung joran. Saiz hampir 2 jari orang dewasa. Tapi banyak pulak gangguan dari gelama dan duri. Ada masa kail tak sempat cecah dasar dah ditarik oleh ikan. Tiba-tiba hutan dibelakang aku bergegar kuat, macam pokok tumbang. Kawasan tu tadi kami terjumpa tapak kaki bibi hutan. Cuak jugak, dah la pancing sorang-sorang.
Tengok jam saja dah pukul 12 lebih, aku pun balik awai. sepanjang jalan aku menempik dan berhenti. Terasa macam nak putus nafas semput. Teruk sangat nak panjat, mana dengan tong umpan, kotak pancing, rod pancing dan beg sandang.
Bila balik, baru teringat yang kawan-kawan yang pernah mai mancing area ni sebut nama kawasan tu - check point - kena berhenti 5-6 kali sebab nak ambil nafas. Penat ooiii.. Mau hilang 2-3 kilogram berat badan.

Sunday, October 22, 2017
Karang Luar Penang - International Water
Trip yang tak dirancang, aku terima pelawaan dari Wan Awie - Tekong bot pancing area Jambatan. Dia bagitau, Tekong Asmadi nak buat trip last minit dari petang esok balik. Memandangkan esok Depavalli, dan aku cuti, elok jugak aku ikut. Rancangan awal dengan kawan baik nak pi pancing bolos di Teluk Bahang kena cancel.
Persiapan apa pun tak ada sebab rasanya dah cukup, aku betul-betul terlupa bab umpan. Janji pukul 5, tapi sebab ada 2 orang tersangkut atas jambatan, pukul 6 lebih baru bertolak dari pengkalan di pantai Seagate. Tekong dah bising sebab takut lewat dan tak sempat apollo umpan. Umpan yang ada cuma udang lipan 30 ekor. Aku dah cuak sebab apa umpan pun tak dak.
Bertolak dengan 2 enjin 115 memang berdesup, macam terbang atas air. Terus kami cari unjam dan awak-awak Shah ikat pada pelampung unjam. Alhamdulillah, rezeki. Umpan anak selar dan temenung borek banyak dinaikan. Maacm boleh buat kuah laksa.
Waktu matahari hampir terbenam, panorama yang sangat indah. Betapa hebatnya ciptaan Allah.
Dalam 30 minit kami apollo anak ikan, langit semakin gelap. Kami bergerak ke lubuk baru.
Sampai sana masing-masing dengan set bangla (kekili elektrik) beraksi. Aku cakuk anak borek saiz 2 jari dan lepas ke dasar. Meter pada set bangla menunjukkan 60 meter. Arus agak laju dengan batu ladung no 720. Cecah saja dasar, terus ada ragutan. Aku cepat-cepat tekan butang karau. Ingatkan jenahak, tapi cupak dalam saiz 1kg. Apa boleh buat, rupanya, itu saja rezeki aku sampai ke cerah.
Malam tu, yang dapat hasil, Shah - Berangan (macam merah suman), dan jenahak dalam saiz 1kg. Bob paling cemerlang dengan umpan udang lipan. Kerapu a.k.a. Boron 14.5kg. Mesin Banax Kagen kena kayuh manual, sebab ikan terlalu kuat. Rezeki pada Bob.
Lepas tu senyap terus.
Aku terjaga dalam pukul 6 pagi dan tengok di kaki bulan yang ada sedikit cahaya dibawah dan berwarna keemasan dan ditepi bulan, ada sebutir bintang bercahaya keemasan yang sama seperti bulan. Masya Allah, begitu khayal aku tengok, rasa macam nak hentikan masa dan pandang puas-puas sebelum hilang ditelan cahaya matahari pagi. Aku cuba ambil gambar, tapi resolusi lekeh. X boleh nak view dalam handphone.
Esok pagi, tekong ajak kami bergerak cari lauk, otek dan landuk. Menggunakan pancingan dasar, dan umpan isi ikan, memang meriah kena serang. Alhamdulillah, ada jugak lauk untuk dibawak balik.
On the way balik, aktiviti atas laut sibuk dengan bot-bot nelayan dan bila hampir dengan pantai Teluk Bahang, kami nampak bot APMM@ Marintim bergerak kearah bot pukat yang sedang menunda dan tahan bot pukat tunda tersebut. Menurut Shah, patut bot pukat tunda tu sepatutnya lesen untuk 7 batu keatas dari pantai dan kalau ikutkan, APMM akan tahan dan tarik bot kepengkalan. Tapi, lebihkurang dalam 5 minit, bot APMM tu bergerak dari bot pukat tunda tu dan bot pukat tunda bergerak kembali. Mungkin kena warning saja kut..
Ikan kerapu, kami semua sepakat potong dan bawak balik sorang sikit.

Thursday, October 12, 2017
JALA KETAM PENANG
Ramai orang tak tahu bahawa selain menjala ikan dan udang, ketam juga boleh ditangkap di perairan Pulau Pinang.
Selain menggunakan tangkul atau tangkui, ketam, terutama spesis ketam bunga / ketam biru / ketam renjong boleh ditangkap dikawasan pantai Pulau Pinang.
Kalau kena musim, 'jenuh makan' orang utara kata.
Selalunya kena ikut pasang suruh air jugak. Kalau air pasang besar, lebih lumayan hasil berbanding dengan air mati.
Berikut gambar-gambar ketam hasil jala.
Ketam fresh tak payah masak susah-susah. Rebus dan makan macam tu ja. Memang sempoi.
Gambar-gambar kredit kepada kaki Jala : Rahmat, Azman, Alie dan Zaini.

Subscribe to:
Posts (Atom)