Sunday, October 22, 2017

Karang Luar Penang - International Water

Trip yang tak dirancang, aku terima pelawaan dari Wan Awie - Tekong bot pancing area Jambatan. Dia bagitau, Tekong Asmadi nak buat trip last minit dari petang esok balik. Memandangkan esok Depavalli, dan aku cuti, elok jugak aku ikut. Rancangan awal dengan kawan baik nak pi pancing bolos di Teluk Bahang kena cancel.

Persiapan apa pun tak ada sebab rasanya dah cukup, aku betul-betul terlupa bab umpan. Janji pukul 5, tapi sebab ada 2 orang tersangkut atas jambatan, pukul 6 lebih baru bertolak dari pengkalan di pantai Seagate. Tekong dah bising sebab takut lewat dan tak sempat apollo umpan. Umpan yang ada cuma udang lipan 30 ekor. Aku dah cuak sebab apa umpan pun tak dak.


Bertolak dengan 2 enjin 115 memang berdesup, macam terbang atas air. Terus kami cari unjam dan awak-awak Shah ikat pada pelampung unjam. Alhamdulillah, rezeki. Umpan anak selar dan temenung borek banyak dinaikan. Maacm boleh buat kuah laksa.


Waktu matahari hampir terbenam, panorama yang sangat indah. Betapa hebatnya ciptaan Allah.



Dalam 30 minit kami apollo anak ikan, langit semakin gelap. Kami bergerak ke lubuk baru.


Sampai sana masing-masing dengan set bangla (kekili elektrik) beraksi. Aku cakuk anak borek saiz 2 jari dan lepas ke dasar. Meter pada set bangla menunjukkan 60 meter. Arus agak laju dengan batu ladung no 720. Cecah saja dasar, terus ada ragutan. Aku cepat-cepat tekan butang karau. Ingatkan jenahak, tapi cupak dalam saiz 1kg. Apa boleh buat, rupanya, itu saja rezeki aku sampai ke cerah.

Malam tu, yang dapat hasil, Shah - Berangan (macam merah suman), dan jenahak dalam saiz 1kg. Bob paling cemerlang dengan umpan udang lipan. Kerapu a.k.a. Boron 14.5kg. Mesin Banax Kagen kena kayuh manual, sebab ikan terlalu kuat. Rezeki pada Bob.


Lepas tu senyap terus.

Aku terjaga dalam pukul 6 pagi dan tengok di kaki bulan yang ada sedikit cahaya dibawah dan berwarna keemasan dan ditepi bulan, ada sebutir bintang bercahaya keemasan yang sama seperti bulan. Masya Allah, begitu khayal aku tengok, rasa macam nak hentikan masa dan pandang puas-puas sebelum hilang ditelan cahaya matahari pagi. Aku cuba ambil gambar, tapi resolusi lekeh. X boleh nak view dalam handphone.



Esok pagi, tekong ajak kami bergerak cari lauk, otek dan landuk. Menggunakan pancingan dasar, dan umpan isi ikan, memang meriah kena serang. Alhamdulillah, ada jugak lauk untuk dibawak balik.



On the way balik, aktiviti atas laut sibuk dengan bot-bot nelayan dan bila hampir dengan pantai Teluk Bahang, kami nampak bot APMM@ Marintim bergerak kearah bot pukat yang sedang menunda dan tahan bot pukat tunda tersebut. Menurut Shah, patut bot pukat tunda tu sepatutnya lesen untuk 7 batu keatas dari pantai dan kalau ikutkan, APMM akan tahan dan tarik bot kepengkalan. Tapi, lebihkurang dalam 5 minit, bot APMM tu bergerak dari bot pukat tunda tu dan bot pukat tunda bergerak kembali. Mungkin kena warning saja kut..


Ikan kerapu, kami semua sepakat potong dan bawak balik sorang sikit.


No comments:

Post a Comment

cyber-lake.com Top Fishing Sites