Wednesday, February 24, 2010
Ikan Gerut-Gerut Comel
Hari ini, patut kami pi pancing atas sampan kat Pulau Bunting, Yan. Tapi sebab masalah komunikasi, terpaksa ubah plan.
Last2 tempat paling dekat - Jambatan Pulau Pinang.
Dekat pukul 7.30, dok melilau cari ais kat Jelutong. Aku dalam hati dok kata abih laa pot sempoi sebab lambat. Dekat pukui 8 pagi, kami sampai kat Jeti Batu Uban. Ada gak 2,3 orang mamat baru sampai. Papa dan lagi dok sembang ngan sorang bro tu.. Aku ajak dia naik sampan Pak Hashim.. dia kata ala releks laa, kalut-kalut bukan nak boleh buat apa pun. Aku tak ble kata apa, mau tak mau dok sembang ngan depa sekali.
Tapi macam kata papa, kalau rezeki memang tak boleh kata apa - tiang favourite aku, 66 kosong, psai depa baru saja hantaq 3 orang laki cina balik. Depa pancing malam.
Sampai kat tiang, aku ngan papa naik atas tiang. Pastu dlm hati dok tengok dlm perahu, kut2 ada barang lain tertinggal. Buatnya tertinggal air, mampus mati kekeringan kami. Dah la musim panas - El Nino kata orang.
Atas tiang aku cari kotak pancit aku.. alamak, dah agak dah. Patut laa tak sedap hati, tertinggal atas perahu tu. Jammed betul. Aku baru angan-angan nak bok naik ikan merah 1-2 kelo.
Nasib laa ada sikit barang dalam beg aku. Boleh laa start pasang apa yang patut. Kotak umpan ada, so slamat gak arr kalau apollo tak dak. Kurang-kurang boleh laa nak merasa tarikkan ikan duri (cat fish) dengan gelama (jewfish atau nama saintifik Sciaeria spp./Johnuis spp.
Aku sambil pasang pancing, mata dok tengok kalau-kalau pakcik bot tu lalu.. Memang nasib, dia patah balik, aku angkat tangan macam orang dalam kecemasan. Dia sampai ja, trus kata, 'haa.. penat aku singgah tiang tanya sapa yang tinggai kotak pancing ni".. Terima kasih banyak-banyak laa pakcik oi..
Lepas tu, acara senaman tangan, mengapollo bermula. Dapat laa anak ikan bilis (Stolephorus spp) jarang-jarang sekali. Boleh laa nak buat umpan.
Pastu dengan bergayanya, aku pun cakutkan laa anak bilis dekat mata kail dan rendam dalam laut tepi tiang. Tunggu, punya tunggu, mesin multiplier aku tak bunyi2. Dari sejam, ke sejam yang lain. Nampak gaua nak kumpau dah trip ayaq slow ni. Memang tiang jambatan cukup tak menjadi kalau ayaq perlahan sangat. 7hb Melayu kata orang.
Sampai pukul 4 baru dapat 4 ekoq ikan, kerapu 2, dan 2 ekoq gerut-gerut comel dapat pun pakai gelendong. Tapi comel, comel gerut2 tu, masa tarik tali, melawan jugak tu.
Aku nampak bro sebelah dapat talang besaq dalam 1.5 kilo. Dia tengok aku, aku buat-buat tak nampak arr.. Dalam ati dok kata bila laa nak tarik ikan saiz tu. Lama dah tak tarik talang saiz macam tu kat atas jambatan ni.
Dan.. macam orang tua aku kata pagi tadi, kalau tak ada rezeki tu memang tak ada rezeki. Sampai pakcik tu mai ambik, pukul 5.30 petang, ada laa tambahan ikan kerapu 2 ekoq, duri 3 ekoq. Kira trip kumpau.. tapi, yang penting ble lepak ngan papa-best.
Thursday, February 18, 2010
Nak sampai kat situ pun, memang boleh semput. Tapi sebab tu laa masih ada ikan macam ni. Ini kira hasil pancingan selama 3 jam sahaja, sebab dah janji dengan kawan nak pi ambik durian kat Balik Pulau.
Ikan yang kami dapat dalam gambar ni, ikan siakap merah 2 ekor, kerapu 2 ekor. Semua guna teknik yang kawan aku Zul ajar. Tak payah guna fancy, fancy punya equipment. Setakat modal RM8.00 dah cukup untuk cari lauk macam ni. Tapi kena jala belanak hidup laa...
Sebab ini hasil pertama, hasil dibawa balik untuk hidangan keluarga.
Lepas tu trip yang berikutnya ditempat yang sama agak kureng menjadi. Ini pun sebab beberapa faktor, antaranya ialah pasang surut.. Kali pertama, kami sampai kebetulan air sedang bergerak pasang dan angin kurang. Kali berikutnya, air surut, terpaksa tunggu pasang dan ombak kuat disebabkan oleh angin yang meniup menghala kearah pantai.
Nak tau lebih lanjut, tunggu................
Wednesday, February 17, 2010
Ikan Merah Bawah Jambatan
Isnin, hari kedua Tahun Baru Cina. Aku buat keputusan untuk pergi memancing dibawah jambatan bagi mereleasekan tension dalam benak kepala otak aku.. Kalau ikutkan, hari-hari pada hujung dan awal bulan merupakan tarikh yang mana kelajuan air laut amat laju dan pada had maksima pasang surutnya.
Jam 7 pagi, aku sudah terpacak ditepi jeti nelayan Batu Maung dengan bekalan umpan udang yang dibeli dari pasar Bayan Baru. Yang tak lupa, adalah air mineral sebagai bekalan sepanjang aku berada dibawah jambatan. Teringat masa aku mula-mula belajar pancing bawah jambatan Pulau Pinang ni. Masa tu aku pi di kawasan tengah yang bongkah batu besar-besar tu. Nak dijadikan cerita, sebab teruja nak maceing, aku terlupa untuk bawa air minum secukupnya. Lepas pukul 4 petang, air dah habis, matahari terpacak lagi.. . Masuk pukul 5, dahaga tak tertahan.Kawasan tu panas beb, batu saja, tak dak tempat teduh. Ni kira untuk pemancing hardcore yg tahan sunburn saja ble mai sini. Pakcik bot plak pukul 6 lebih baru mai ambik. Dahaga tu, buat aku rasa macam nak minum ja air laut tu. Tak tahan aku melilau dekat tengah-tengah jabatan tu cari kalau-kalau ada apa-apa yang aku boleh minum.. Kawasan tu adalah kawasan yang bebongkah batu besar, jadi, ada la jugak tompok-tompok rumput/tumbuhan yang tumbuh. Alhamdullilah, dalam dok tercari-cari. aku terpandang sesuatu. Rupa-rupanya yang tu pokok jambu, macam jumpa harta karun.. Belek punya belek, ternampak sebijik buah jambu batu, itu laa buah jambu batu paling sedap aku makan.. Nikmat tak terkata. Serik aku lepas tu, tiap kali pi memancing bawah jambatan, aku akan pastikan air cukup.
Sebab aku sampai awal sangat, jadi tak ramai yang ada kat jeti nelayan tu, cuma 2,3 orang baru sampai. Tak lama kemudian dengar bunyi enjin bot yang balik dari bawah jambatan bersama dengan beberapa budak-budak, kira dlm awal 20an kut. Aku tengok, kesemua berjalan sambil menjinjing barang-barang dengan set pancing sahaja tanpa ada hasil. Aku dah cuak, tapi kalau sudah rezeki, pasti ada sesuatu untuk dibawa pulang. Tengah dok tunggu naik bot, ada lagi 3 orang sampai dan kami terus naik bot menuju tiang masing-masing dengan harapan menggunung. Aku dengar depa bertanya kat pak cik Hashim, tekong bot, tiang yang ada ikan siakap? Pakcik Hashim memberi pendapat bahawa tiang sebelah tepi selalu menaikan ikan jenis siakap putih. Tak salah aku, tiang-tiang tepi nombor 83-87.. tapi, entahlah, aku dah pernah cuba pancing kat situ sebelum ini, tapi tiada nasib kut.. Yang aku tau, ada 2,3 kali ikan besaq tarik, tapi tali putus, so tak tau ikan apa. Ikan besar paling banyak aku pernah bawak naik kat tiang tepi tu, ialah ikan yu bodoh. Tapi itu dulu laa, sekarang dah pupus dah ikan2 tu. Tak pernah nampak langsung. Tapi aku ngan membe, dulu kalau dapat ikan yu tu, kami CnR.
Apa pun, lepas bro-bro tu naik ke tiang 84, aku membuat keputusan untuk mencuba nasib di tiang 66. Pada pandangan aku, tiang-tiang bernombor 63-69 agak dalam . Mana tau nak jadi rezeki kan?
Sebaik sampai, aku tengok tiang sebelah dah ada pemancing, nampak gaya dia overnite bawah jambatan. Aku tak buang masa terus keluarkan peralatan memancing, dan memasangnya menggunakan umpan udang pasar. Selesai melabuhkan pancing, aku mula mencari umpan segar dengan menggunakan appollo warna hijau dengan matakail saiz 7. Sebaik mendapat anak bilis, aku terus mencangkukkan pada mata kail aku.
Hari ini, target aku adalah jenahak dan ikan merah. Jadi cara pancingan adalah menggunakan teknik gantung umpan. Selalunya aku akan menggunakan joran dan melabuhkan umpan dan dibiarkan tergantung dari dasar dalam 1 kaki dari dasar. Joran akan diletakkan ditepi tiang dalam anggaran 6-12 inci. Terlalu rapat, kemungkinan ketam akan mendapat umpan terlebih dahulu. Terlalu jauh, umpan akan dihanyutkan oleh air yang laju.
Lebih kurang 1 jam, tetiba, bunyi bait alarm yang nyaring membuat aku terkejut. Adrenalin aku membuak-buak dan aku segera bingkas bangun mendapatkan joran aku. Dengan menggunakan perambut sepanjang 1 kaki berkekuatan 30 paun, aku terpaksa berhati-hati takut bergesel dengan tukun atau struktur. Jenahak pertama berjaya aku naikkan. Bukan saiz besar meja, tapi cukup buat aku kembang lobang hidung.
Aku try pulak menggunakan ikatan patenoster kerana teknik terbut juga sudah terbukti dapat menaikan ikan dari keluarga Ludjanid ni.. Air sudah mulai perlahan kerana akan beralih ke pasang. Aku besedia dengan mencari anak-anak bilis sebagai umpan. Peluang tak boleh disia-siakan. Tak sampai 10 minit aku melabuhkan umpan dengan teknik patenoster yang aku buat sendiri dan diikat dengan 2 mata, satu tarikkan berlaku. Memang saiz ikan yang agak besar, sebab tarikkan tak boleh kontrol berlaku. Bro sorang tu, yang duduk tiang sebelah, bangun tengokt aku fight ngan ikan. Aku layan hampir 5 minit dan seekor ikan merah berjaya aku bawa naik. Fuh, Allahmdullilah dengan rezeki setakat ini. Tapi ekor ikan merah tu dah kena kekah.. Maksudnya ada gangster lagi besar kat bawah yang boleh buli ikan saiz ni.
Bila arus semakin laju, tiada lagi bunyi menarik kecuali 2 ekor gemang yang berat hampir sekilo sekor. Itu pun sudah dikira bonus dengan saiz sebesar betis budak sekolah rendah. Sedang aku mengelamun, 1 tarikan terjadi, mesin akuma 220L aku menjerit. Tiba-tiba, senyap.. Ikan sudah terlepas.Aku mencari lagi anak ikan bilis, dan aku cakuk 3 ekor sekali gus. Sebaik meletak kedasar, aku perhati ada getaran pada hujung joran murah aku tu. Terus aku sentap, dan dengan segera ikan menarik lari tali keluar dari gelendung. Aku bertahan kerana memikirkan perambut, abang tiang sebelah sedah menjerit memberi sokongan moral.. Tak sampai pun 1 minit, dengan tidak semena-mena, tali menjadi kendur.. Arrgghh.. tali perambut 30 paun aku putus bergesel. Apa nak dibuat, bukan rezeki..
Lepas tu bila aku tukar jadi perambut 50 paun, terus nganga sampai bot datang mai ambik lebih kurang jam 5 petang. Dah banyak kali aku tengok, ikan jenis jenahak dan merah ni, memang sensitif, susah nak makan umpan kalau guna perambut tebal. Mungkin kena guna jenis iluminasi kut, baru ok.
Tiang jambatan, tunggu la kau. Aku pasti akan kembali dengan lebih banyak joran.. Hehehehe....
Subscribe to:
Posts (Atom)