Thursday, February 18, 2010

Ini hasil kali pertama aku dekat pot baru, area Gertak Sanggul.

Nak sampai kat situ pun, memang boleh semput. Tapi sebab tu laa masih ada ikan macam ni. Ini kira hasil pancingan selama 3 jam sahaja, sebab dah janji dengan kawan nak pi ambik durian kat Balik Pulau.

Ikan yang kami dapat dalam gambar ni, ikan siakap merah 2 ekor, kerapu 2 ekor. Semua guna teknik yang kawan aku Zul ajar. Tak payah guna fancy, fancy punya equipment. Setakat modal RM8.00 dah cukup untuk cari lauk macam ni. Tapi kena jala belanak hidup laa...

Sebab ini hasil pertama, hasil dibawa balik untuk hidangan keluarga.

Lepas tu trip yang berikutnya ditempat yang sama agak kureng menjadi. Ini pun sebab beberapa faktor, antaranya ialah pasang surut.. Kali pertama, kami sampai kebetulan air sedang bergerak pasang dan angin kurang. Kali berikutnya, air surut, terpaksa tunggu pasang dan ombak kuat disebabkan oleh angin yang meniup menghala kearah pantai.
Nak tau lebih lanjut, tunggu................

2 comments:

  1. Salam..nk tnya skit..sya ne bru mula pncing..so nk tnya jln nk g area Gertak Sanggul neh..stu lg nk taw umpan pe gna ngan cara pancingan..makasih..

    ReplyDelete
  2. Nak ke gertak sanggul ni kena ikut orang yang tahu jalan sebab takut sesat. Tapi, secara kasar tu, dari pekan teluk kumbar, penang, kena pergi terus. Jangan ikut jalan ke balik pulau. Pergi terus, jalan bengkang bengkok, sampai hujung. Situ gertak sanggul. tapi jalan mati, dari situ, bro kena masuk celah rumah orang (nelayan, bangsa cina). Naik atas bukit, kira-kira 2-3 km sampai area sana. Jalan bahaya bro, silap hari bulan boleh masuk gaung. Kalau nak g, naik moto ja, kereta tak boleh masuk. Jgn jalan kaki, kecuali stamina tahap gaban.

    ReplyDelete

cyber-lake.com Top Fishing Sites