Isnin, hari kedua Tahun Baru Cina. Aku buat keputusan untuk pergi memancing dibawah jambatan bagi mereleasekan tension dalam benak kepala otak aku.. Kalau ikutkan, hari-hari pada hujung dan awal bulan merupakan tarikh yang mana kelajuan air laut amat laju dan pada had maksima pasang surutnya.
Jam 7 pagi, aku sudah terpacak ditepi jeti nelayan Batu Maung dengan bekalan umpan udang yang dibeli dari pasar Bayan Baru. Yang tak lupa, adalah air mineral sebagai bekalan sepanjang aku berada dibawah jambatan. Teringat masa aku mula-mula belajar pancing bawah jambatan Pulau Pinang ni. Masa tu aku pi di kawasan tengah yang bongkah batu besar-besar tu. Nak dijadikan cerita, sebab teruja nak maceing, aku terlupa untuk bawa air minum secukupnya. Lepas pukul 4 petang, air dah habis, matahari terpacak lagi.. . Masuk pukul 5, dahaga tak tertahan.Kawasan tu panas beb, batu saja, tak dak tempat teduh. Ni kira untuk pemancing hardcore yg tahan sunburn saja ble mai sini. Pakcik bot plak pukul 6 lebih baru mai ambik. Dahaga tu, buat aku rasa macam nak minum ja air laut tu. Tak tahan aku melilau dekat tengah-tengah jabatan tu cari kalau-kalau ada apa-apa yang aku boleh minum.. Kawasan tu adalah kawasan yang bebongkah batu besar, jadi, ada la jugak tompok-tompok rumput/tumbuhan yang tumbuh. Alhamdullilah, dalam dok tercari-cari. aku terpandang sesuatu. Rupa-rupanya yang tu pokok jambu, macam jumpa harta karun.. Belek punya belek, ternampak sebijik buah jambu batu, itu laa buah jambu batu paling sedap aku makan.. Nikmat tak terkata. Serik aku lepas tu, tiap kali pi memancing bawah jambatan, aku akan pastikan air cukup.
Sebab aku sampai awal sangat, jadi tak ramai yang ada kat jeti nelayan tu, cuma 2,3 orang baru sampai. Tak lama kemudian dengar bunyi enjin bot yang balik dari bawah jambatan bersama dengan beberapa budak-budak, kira dlm awal 20an kut. Aku tengok, kesemua berjalan sambil menjinjing barang-barang dengan set pancing sahaja tanpa ada hasil. Aku dah cuak, tapi kalau sudah rezeki, pasti ada sesuatu untuk dibawa pulang. Tengah dok tunggu naik bot, ada lagi 3 orang sampai dan kami terus naik bot menuju tiang masing-masing dengan harapan menggunung. Aku dengar depa bertanya kat pak cik Hashim, tekong bot, tiang yang ada ikan siakap? Pakcik Hashim memberi pendapat bahawa tiang sebelah tepi selalu menaikan ikan jenis siakap putih. Tak salah aku, tiang-tiang tepi nombor 83-87.. tapi, entahlah, aku dah pernah cuba pancing kat situ sebelum ini, tapi tiada nasib kut.. Yang aku tau, ada 2,3 kali ikan besaq tarik, tapi tali putus, so tak tau ikan apa. Ikan besar paling banyak aku pernah bawak naik kat tiang tepi tu, ialah ikan yu bodoh. Tapi itu dulu laa, sekarang dah pupus dah ikan2 tu. Tak pernah nampak langsung. Tapi aku ngan membe, dulu kalau dapat ikan yu tu, kami CnR.
Apa pun, lepas bro-bro tu naik ke tiang 84, aku membuat keputusan untuk mencuba nasib di tiang 66. Pada pandangan aku, tiang-tiang bernombor 63-69 agak dalam . Mana tau nak jadi rezeki kan?
Sebaik sampai, aku tengok tiang sebelah dah ada pemancing, nampak gaya dia overnite bawah jambatan. Aku tak buang masa terus keluarkan peralatan memancing, dan memasangnya menggunakan umpan udang pasar. Selesai melabuhkan pancing, aku mula mencari umpan segar dengan menggunakan appollo warna hijau dengan matakail saiz 7. Sebaik mendapat anak bilis, aku terus mencangkukkan pada mata kail aku.
Hari ini, target aku adalah jenahak dan ikan merah. Jadi cara pancingan adalah menggunakan teknik gantung umpan. Selalunya aku akan menggunakan joran dan melabuhkan umpan dan dibiarkan tergantung dari dasar dalam 1 kaki dari dasar. Joran akan diletakkan ditepi tiang dalam anggaran 6-12 inci. Terlalu rapat, kemungkinan ketam akan mendapat umpan terlebih dahulu. Terlalu jauh, umpan akan dihanyutkan oleh air yang laju.
Lebih kurang 1 jam, tetiba, bunyi bait alarm yang nyaring membuat aku terkejut. Adrenalin aku membuak-buak dan aku segera bingkas bangun mendapatkan joran aku. Dengan menggunakan perambut sepanjang 1 kaki berkekuatan 30 paun, aku terpaksa berhati-hati takut bergesel dengan tukun atau struktur. Jenahak pertama berjaya aku naikkan. Bukan saiz besar meja, tapi cukup buat aku kembang lobang hidung.
Aku try pulak menggunakan ikatan patenoster kerana teknik terbut juga sudah terbukti dapat menaikan ikan dari keluarga Ludjanid ni.. Air sudah mulai perlahan kerana akan beralih ke pasang. Aku besedia dengan mencari anak-anak bilis sebagai umpan. Peluang tak boleh disia-siakan. Tak sampai 10 minit aku melabuhkan umpan dengan teknik patenoster yang aku buat sendiri dan diikat dengan 2 mata, satu tarikkan berlaku. Memang saiz ikan yang agak besar, sebab tarikkan tak boleh kontrol berlaku. Bro sorang tu, yang duduk tiang sebelah, bangun tengokt aku fight ngan ikan. Aku layan hampir 5 minit dan seekor ikan merah berjaya aku bawa naik. Fuh, Allahmdullilah dengan rezeki setakat ini. Tapi ekor ikan merah tu dah kena kekah.. Maksudnya ada gangster lagi besar kat bawah yang boleh buli ikan saiz ni.
Bila arus semakin laju, tiada lagi bunyi menarik kecuali 2 ekor gemang yang berat hampir sekilo sekor. Itu pun sudah dikira bonus dengan saiz sebesar betis budak sekolah rendah. Sedang aku mengelamun, 1 tarikan terjadi, mesin akuma 220L aku menjerit. Tiba-tiba, senyap.. Ikan sudah terlepas.Aku mencari lagi anak ikan bilis, dan aku cakuk 3 ekor sekali gus. Sebaik meletak kedasar, aku perhati ada getaran pada hujung joran murah aku tu. Terus aku sentap, dan dengan segera ikan menarik lari tali keluar dari gelendung. Aku bertahan kerana memikirkan perambut, abang tiang sebelah sedah menjerit memberi sokongan moral.. Tak sampai pun 1 minit, dengan tidak semena-mena, tali menjadi kendur.. Arrgghh.. tali perambut 30 paun aku putus bergesel. Apa nak dibuat, bukan rezeki..
Lepas tu bila aku tukar jadi perambut 50 paun, terus nganga sampai bot datang mai ambik lebih kurang jam 5 petang. Dah banyak kali aku tengok, ikan jenis jenahak dan merah ni, memang sensitif, susah nak makan umpan kalau guna perambut tebal. Mungkin kena guna jenis iluminasi kut, baru ok.
Tiang jambatan, tunggu la kau. Aku pasti akan kembali dengan lebih banyak joran.. Hehehehe....
bro....ader no contact tekong bot tak..? kalau ader email kat saya bro....teringin la plak nak gi..
ReplyDeletebro g saja kat bawah jambatan tu di kawasan batu uban tu. tekong-tekong bot setia menunggu customer, dia org ada sampai tengah malam. saya pernah, habis niaga psar malam, baru g mancing. Tapi kalau nak, ini no dia org 017-4249314-pak long. sorang lagi, pak hashim, tapi no ilang la plak.
ReplyDeleteAde num telefon lain tk tekong2 not Dari bhg pulau..
ReplyDeleteBro BaRrAmUnDi,
ReplyDeleteMaaf saya tak ada no telefon tekong dari Seberang, dah hilang bila tukar handphone. Tapi memang ada 2 orang tekong naik dari jetty restorant dekat kuala Sungai Perai Bagan Dalam. Saya pernah dengar Kuala Juru dengan Jawi pun ada orang bawak kaki pancing jugak. Tapi, saya pun tak ada no phone dia org. Kalau sesiapa ada, mungkin boleh kongsi maklumat.
Tq bro... Boleh kongsi tiang mane yang bagus Dan mempunyai jenahak Dan siakap merah yg besar besar.. Saya baru first time turun bawah jambatan Penang.. Asyik main kelong sekitar negeri 9, melaka Dan johor, dah boring lak... I Dan nephew I nak turun 10 may ni, nak try Overnite bawah jambatan.. Tolong bagi tip, tiang mane air to melimpah naik n bagus untuk Overnite.. Cuma kita berdua je.... Kalau Ade sesiape yg sudi join kita org hari, OK juga....
ReplyDeleteUdang dalam 100 or 150 OK tak utk pancing 2 hari 1 malam di jambatan?? Nak Bawa 1 reel n rod hardcore Dan yg lain medium.. 2 reel utk Apollo... OK ker... Boleh guna jig tk?
ReplyDeleteBro Aiman, free tk 10 may ni, Kala free boleh la join kita org sekali.. Umpan market or umpan hid up semua, i tanggung.. Makan minum pun kita org sponsor, roti ngan sardin n kaya je la.. Cause ayam n daging i tk berani bawa naik jambatan, macam rules kelong gak.. Ok ker??Cuma bawa rod n reel n hook.. :).. Kalau on leh contact I thru 01137922960 or 0124726724 anba..
ReplyDeleteHahaha.. Suhayl Aiman tu nama anak laki saya. Nama saya Saiful. Jap saya pm. Panjang sangat nak reply kat sini.
ReplyDeleteSalam Tuan Saiful.....ada plan ke mancing bawah jambatan lagi ke? Boleh saya ikut utk belajar....
ReplyDeleteSalam tuan, planing tu memang ada. Cuma jadi ke tak jaa. kalau nak join, ble laa add saya dalam whatapps @ weechat ka. 012-5161424
ReplyDeleteAgaknya ikan merah bawah jambatan memang salu jd mangsa ikan gengster kot.. saya pon pernah bawa naik merah kudong ekor . Sedih pulak bila tengok lepas tangguk
ReplyDelete