Rasanya aku kena cerita dari awal kut macam mana nak pi mancing bawah jambatan Pulau Pinang. Ada 2 tempat yang orang selalu guna, 1 dari Seberang Perai dan 1 lagi dari jeti nelayan Batu Uban. Yang gambar sebelah ni gambar tempat aku selalu naik kat jeti nelayan Batu Uban.
Dari Seberang Perai, selalu naik dari jeti nelayan dekat muara kuala Sungai Perai, Ujung Batu. Dari sana tambang mahal sikit. Dalam RM20 seorang. Tapi aku suka naik dari Batu Uban, kat sini tambang RM10 seorang, tapi tiang disebelah pulau, kalau nak pi sampai seberang, tambang RM20 jugak.
Nak pi mancing bwah jambatan ni tak susah sebab pakcik-pakcik yang ambik upah hantar oang macam pakcik Hashi, Pak Long, selalunya standby 24 jam kat situ.
Tiang yang selalu orang pergi adalah tiang no 84,85-87, tiang 60-68. Tiang 60 lebih ni air dia dalam sikit. So tiang ni slalunya mesti ada orang mancing. Sampai ada yang mancing tak balik 2 hari.
Umpan, baik beli sikit, mana tau anak bilis atau tamban bawah jambatan tak ada. Banyak kali aku kena. Selalunya umpan guna ikan temenung (kembung), udang segar atau sotong segar. Umpun-umpun dan kerang boleh juga kalau nak guna. Yang penting tu jangan lupa bawa apollo size 7-9 untuk cari umpan. Umpan hidup yang dicari bawah jambatan ni buatkan peluang kita untuk dapat ikan gred A lebih cerah. Kalau ada anak ikan temenung masuk paling best, Insyaallah peluang nak dapat ikan saiz 1 family makan dah hampir confirm.
Teknik pancingan - ni kena cerita details sikit, tapi bukan sekarang. Selalunya aku suka gantung umpan tepi tiang, ni selalu dapat ikan best2 macam Jenahak, Gemang, Kerapu, Merah dan Siakap Merah.
Kalau nak seronok-seronok, nak bawak balik ikan gelama sampai 100-200 ekor, boleh laa guna teknik poternoster atau cara malas - apollo yang ditaruk umpan. Tapi jangan terkejut bila ikan senangin, talang atau sembilang makan umpan bila guna teknik ini.
Ni antara gambar-gambar dalam koleksi aku:
hi bro, salam sejahtera,
ReplyDeleteblog bro ni infomative & entertain la bagi pemancing-pemancing.
boleh x nak minta tolong??
nak tanya sikit, apakah persediaan yang perlu sebelum mancing bawah jambatan pulau pinang.
salam sejahtera, sori bro lambat reply. jika bro nak tanya apa2, bro boleh email direct kat saya goldswords@gmail.com.
ReplyDeletePersedian kalau nak mancing bawah jambatan, bawak joran banyak sikit. Bukan tamak, tapi ikan tak tentu cara macamana nak makan, ada kala ikan makan tepi tiang, ada kala, makan tengah2 antara 2 tiang, dan senangin atau talang makan luar jambatan. Apollo jangan lupa untuk cari umpan anak bilis (the best bait), anak ikan temenung dan tamban susah nak dapat, tapi kalau ada memang ada harapan naik ikan besar. Ais jangan lupa, takut ikan busuk. Kalau ada udang fresh, boleh guna jugak, ikan merah, jenahak dan gemang selalu saya dapat bila guna udang fresh.
Kalau bro nak cari kerapu, bawak koyan banyak2 dan letak anak gelama atau guna isi ikan temenung. letak saja keliling tiang, besar kemungkinan dapat kerapu memang tinggi.
apa pun, terima kasih kerana sudi lawat blog ni. saja nak syer info dengan kawan2 pancing.
as'kum...
ReplyDeletebro bot tambang dari seberang ada?
agak mana lagi murah, dari pulau or dari seberang?
Sorry bro, lama sangat tak masuk blog ni.
ReplyDeleteBot dari seberang ada, naik dari jeti bagan dalam, butterworth. Tambang tak pasti, tapi rasa dalam rm15-rm20 kut. mahal sikit dari Penang. Penang 10-rm15. Tapi, kalau nak g mancing tiang belah perai, baik naik dr bagan dalam terus. jimat. Harga tambang pun mungkin sama ja dua-dua tempat.