Tenggiri.
Mesti ramai yang pernah dengar nama ikan tu, tapi macam mana rupa dia, kat mana nak tangkap, macamana nak tangkap?, itu ramai jugak yang tak tahu. Jadi aku yang pernah tangkap 2,3 ekor ikan tenggiri ni nak kongsi pengalaman dan ilmu sikit.
Tenggiri ni kira ikan pemangsa dan juga sebagai salah satu 'game fish'.
Ikan tenggiri ni jenis ikan yang berhijrah, maksudnya ikan ni jenis kaki rewang arr.. Kira tak da rumah tetap, tetapi lebih kurang dia akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh, dari perairan Kedah, Malaysia, bergerak hingga ke Indonesia atau Thailand dan kemudian kembali ke perairan Kedah.
Kenapa Kedah? Sebab mungkin kesesuai kerana pelbagai faktor. Tapi paling utama, perairan Kedah banyak ikan temenung lemak (kembung/pelaling). Ikan kembung ni merupakan menu utama. Selain tu, ikan selar, anak tamban dan ikan-ikan kecil lain juga menjadi mangsa sang tenggiri ni.
Jadi, umpan utama kalau nak memancing tenggiri di tuas, mesti la ikan kembung. Tapi spinner, bulu ayam atau lure boleh gak. Tuas ni sebenarnya adalah tukun yang dibuat dari gelung simen, daun kelapa dan diikat pada buluh panjang. Jadi anak-anak ikan akan bermain di tuas. Manakala, ikan pemangsa seperti tenggiri, alu-alu, aruan tasik akan berkeliaran disekeliling tuas.
Pendek cerita, pada trip 4 April 2010 yg dirancang hampir sebulan sebelum tu, kami bertolak dari Seberang Jaya. Sebab takut ada membe yang tak boleh bangun tidur, pukul 3.30 kami bergerak dengan 2 kereta + 1 4x4. Aku guna laluan kampung, iaitu keluar dari Sungai Petani selatan dan melalui Sg. Semeling dan Tanjung Dawai. Sampai kat yan dalam pukul 5 pagi, trus kami masuk ke Kuala Dulang.
Pukul 6 pagi, kami sarapan, pekena nasi lemak dan trus angkat barang-barang ke atas bot masing-masing. Kami pecah kepada 2 bot, tapi satu tuas. Tuas Shidi, tapi tekong Pak Chot dan Pak Kot. Matahari baru nampak cahaya kat ufuk timur, bot dah keluar dari Kuala Dulang. Dalam pukul 7 lebih, kami dah sampai kat tuas.
Semua pun mengeluarkan senjata masing2. Antara yang digunakan ialah mesin spinner Daiwa, Shimano dan Abu Garcia. Size dalam 3500 - 4500. Aku guna spinner saiz 4500, tali Xzoga 20 paun. Tali pancing, diameter jangan lebih dari 0.35mm. 3 mata kail diikat pada stell wire dan diletakkan spinner. Nak pancing tenggiri, penggunaan dawai adalah mesti, sebab gigi tenggiri yang macam mata gergaji amat tajam. Gigi cantik tersusun plak tu, tak macam ikan alu-alu, rongak. Joran pulak - Rod casting panjang 6.5 - 7 kaki.
Dah siap dipasangkan semua, aku ambik seekor ikan temenung dan dicakukkan pada mata kail. Selalunya, pada setiap dawai, akan diikatkan 3 mata kail. Mata kail akan dicakuk pada ekor, tengah badan dan mulut ikan. Ini kaedah casting umpan mati. Mata kail kena cakuk betul2, kalau tak umpan akan bergerak tak cantik masa retrive umpan. Kalau nak guna teknik drifting atau hamboq bahasa utara, boleh guna belon. Selalunya, ikan saiz mega banyak dapat pakai teknik mcm ni.
Yang detik paling best, lepas cast umpan, masa tengah tarik pelan2 ikan temenung, tetiba jaa.. zzupppp... tali jadi tegang, dan bunyi drag, sebab ikan tarik keluar tali pancing dari gelundung memang syok gila beb.. Kena karan, ble mengigil woo.. Macam membe aku sampai panik habis, sampai mengeletar kaki tangan.
Apa pun, hasil hari tu, memang berbaloi.. Total kami dapat 48 ekor walau banyak jugak yang terlepas. Ada umpan ikan temenung dipotong cantik, terbelah 2 macam guna pisau, ada yang dawai putus masa tengah lawan, banyak jugak yang terlucut masa dah sampai tepi bot. Alhamdulillah, aku dapat 6 ekor, dan 2 ekor paling besar dalam trip tu. Berat hampir 6 kilo sekor. Itu pun, lepas dapat 2 ekor, aku dah lari ketepi bot, nak casting pun dah takut sebab sakit bahu fight dengan ikan.
Dalam pukul 2 petang, umpan temenung kami sebanyak 20 kilo dah habis. Pukul 3 lebih, kami bertolak ke kuala. Sampai kuala, kami singgah makan kat kedai koteow kerang membe lama kat pekan Guar Chempedak. Lepas tu, kami buat keputusan untuk balik Penang dan jual ikan kat sana. Aku call sorang toke restoran cina, dia ambik tenggiri sekilo RM16. Kami tolak dalam 10 ekor, dapat kat RM600 dan dibahagi sama rata.
Lebihan ikan, kami bahagi sama rata dengan 12 membe2. Jadi dapat la sorang 3 ekor. Belen, kami buat kenduri. Balik umah, bagi kat sedara mara, kawan2 rasa sorang sikit.. So sapa yg dok jauh tu, sori laa...
Mmm.. Banyak lagi aku nak tulis ni, tapi ni info ringkas;
1. Lokasi bot/tekong; Kuala Dulang Kecil atau Sg. Udang, Yan Kedah.
2. Tuas ni milik persendirian - jangan pandai2 pi mancen tuas orang.
3. Kos bot RM450/ sehari (8 jam)
4. Umpan temenung fresh, anggaran 10 kg (harga bergantung pada bekalan dan mencecah RM7/kg).
5. Set pancing tak perlu yg mahal, dalam RM400 dah boleh dapat complete set termasuk tali dan mata kail. Barang2 ni boleh guna banyak kali kalau pandai jaga.
6. Tali pancing main line tak boleh terlalu tebal, dan tali braided (sulam) is a big NO. Ikan tak makan umpan kalau guna tali jenis ni.
7. 1 bot, maksimum 6 orang. Total kos utk 1 trip dalam RM120/per person termasuk makan minum dan pengangkutan.
8. Musim ikan tenggiri ni susah nak cakap, kena rajin bertanya kat tekong/kaki pancing.
9. Dasar tuas banyak ikan lain seperti Kerapu, jenahak, Gerepoh, Duri, Kerisi. Manakala dikawasan tuas, ikan Pisang (rainbow runner), Ikan pecah periuk/pak tipok, Ikan Golok Awak (Dorado), Cencaru, Talang, Layaran, ikan Telinga Gajah, Plata Bali dan banyak lagi. 10. Jangan lupa bawa sabiki atau Apollo. Selain untuk cari umpan hidup seperti selar atau kembung (kembung paling mujarab), boleh guna untuk pancing ikan seperti ikan cencaru dan kerisi. Kalau trip ke tuas, aku selalu cari lauk tambahan dengan menggunakan Apollo yang diletak umpan hirisan ikan atau udang fresh.
banyak hasil bro :) tahniah!!!
ReplyDeletecontact num tekong takde ke saudara?
ReplyDeletedah dekat lebih setengah tahun baru nampak, maaf ek. Tapi biar lambat dari tak balas langsung.
ReplyDelete019-4225958 - pak Chot Kuala Dulang
019-5659960 - Syawal - Kuala Dulang
019-5577464 - Baei - Kuala Dulang