Tuesday, December 24, 2013

Russian Wreck - Penang Offshore

Lubuk Pancing Kapal Rusia (Russian Wreck) di perairan Pulau Pinang. Ini trip kawan aku, Zul. Memerang laut dia ni. Teknik pancingan - dasar a.k.a. bottom. Umpan - Udang lipan, sotong dan ikan. >

Makan Ikan Untuk Dapat Anak Genius?

Kali ni, entry aku bukan tentang pancing ikan. Tapi, aku nak berkongsi sedikit ilmu aku belajar dari dua orang professor dan juga dari bacaan, bagaimana melahirkan manusia genius (Insyaallah). Satu lagi statement yang ibu bapa atau bakal ibu bapa ambil ialah, genius bukan lesen untuk menjadi manusia berguna dan berjaya. Dulu orang sebut IQ, sekarang dah tambah lagi satu, EQ. Itu bab lain pulak, jika ada kelapangan dan idea nak menulis, mungkin aku buat. Apa yang aku nak kongsikan ni, aku dah buat dan sedang buat (sebab ada baby baru, lahir bulan Jun 2013). Abang dia, setakat sekarang, alhamdullilah. Belajar di MRSM Transkrian. Masa sekolah rendah dulu, kerap dapat top 10 dalam sekolah. Aku pun, tak la target atau paksa dia dpat no 1. Ikut kemampuan dia. Dia pun, tak ada nak belajar 24 jam, siap dok menganga depan PC di cyber cafe. Kawan-kawan dia pun kata dia pembohong bila dia bagi tau dapat UPSR 5A. Menjadi wakil peringkat negeri dalam kegiatan kokurikulum, selain tu, kalau tak dak depan PC, dia nanti dok mancing ikan tepi longkang dengan kawan-kawan. Kesimpulannya? Genius? Gifted? Anda buat sendiri. Tapi ini apa yang aku buat masa ibu dia mengandungkan dia. Aku galakkan ibu dia makan banyak ikan dan sayur, tapi, sayur dia jadi macam alah, mungkin pembawak budak. Bau pun tak boleh, sampai menangis macam kena pukul sebab aku beli nasi taruk sayur. Cendawan, aku tak bagi makan sebab pernah dengar yang tak sesuai untuk perkembangan otak bayi. Aku andaikan, mungkin ia bukan tumbuhan hijau yang tumbuh atas tanah dengan nutrien dan zat galian, tapi, hidup atas benda atau kayu yang kurang zat dari tanah. Makanan terbaik, la dalam tv, internet, semua sebut pasai Docosahexaenoic acid (DHA) atau omega-3 fatty asid dan seangkatan. Berasal dari hidupan marin, terutama ikan. Ikan yang dimakan, sebaiknya ikan yang bersisik. Ikan yang bersisik mempunyai lapisan perlindungan tambahan selain dari lendir. Ikan seperti sembilang atau duri, spesis catfish pula, toksin atau logam berat meresap lebih cepat sebab cuma ada lendir sahaja. Lapisan sisik dan lendir ini, antaranya berfungsi sebagai pelindung dari pencemaran terutama logam berat seperti mercury atau plumbum. Mercury dan plumbum ni, datang dari sisa buangan. Contoh, bateri kereta, lampu dan alat-alat elektonik. Bahan-bahan ni akan masuk ke dalam tanah, atau macam di Penang, tempat buangan sampah memang tepi laut. Trus masuk dalam air. Anak ikan akan meresap sedikit bahan-bahan ini, dan ikan pemangsa pula akan makan anak-anak ikan. Lama kelamaan, logam berat ini akan terkumpul dalam badan ikan pemangsa seperti alu-alu, jenahak, siakap dan lain-lain. Kita yang kaki pancing pula akan bawak balik hasil, dan makan. Memang peratusan sangat kecil, tapi ingat, bayi dalam kandungan pun bermula dengan segumpal darah. Selain dari itu, pernah dengar orang makan alu-alu mati sebab keracunan? ciguatera - merujuk kepada racun yang datang dari ikan yang memakan benda beracun seperti karang. Ikan ini pula dimakan oleh ikan pemangsa seperti ikan alu-alu. Kajian terbaru juga ada menunjukkan kaitan antara pengambilan DHA. Kanak-kanak yang diberi DHA mempunyai markah lebih tinggi (105) berbanding kanak-kanak yang tidak menerima DHA (98) seperti kumpulan satu lagi. Purata markah MDI kebangsaan USA ialah 100 (kajian dibuat di USA). Antara aktiviti yang terpenting ialah MUZIK. yaa.. muzik, tapi bukan lagu rap atau rock and roll. Joget pun bukan. Sebaliknya muzik seperti yang dimainkan oleh Mozart, Bethoven atau Chopin, ataupun muzik yang berirama seakannya. Aku pernah berbual dengan seorang pakar pemakanan dari Universiti Sains Malaysia, Dr. Azhar. Antaranya, ialah kesan muzik keatas perkembangan otak bayi. Beliau menyatakan bahawa otak bayi, walaupun semasa didalam rahim, ianya telah mula menerima, mengumpul dan mentafsir maklumat melalui pendengaran. Suara ibu, suara ayah dan juga bunyi sekeliling. Apabila telinga bayi menerima bunyi muzik, otak bayi akan cuba untuk mentafsir apakah maksud bunyi tersebut. Oleh kerana muzik tidak mempunyai maksud, otak akan terus cuba mentafsir. Ini secara tidak langsung merangsang sel-sel otak. Kesannya, pada pendapat aku bukanlah semasa bayi itu kecil, contoh baru 6 bulan dah boleh main piano. Tapi, kesannya, bila bayi itu membesar. Macam anak aku. Tak perlu belajar teruk-teruk macam orang lain, tapi cepat memahami. Selain dari muzik, kita juga digallakkan supaya membaca Al-Quran atau mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran terutama surah-surah seperti Surah al-Fatihah, Surah At-Taubah, Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yaasin, Surah An-Nahl dan doa-doa daripada Rasulullah S.A.W.. Macam aku dulu, aku beli earfon dan letak tape dekat perut bini aku. Dulu pakai CD, sekarang dah ada MP3. Pernah dengar foreign accent syndrom atau sindrom bahasa asing? Macam budak di Terangganu yang tiba-tiba fasih bercakap bahasa Mandarin dan Korea selepas kemalangan. Adalah dikatakan bahawa otak manusia semasa bayi berupaya mentafsir maksud bahasa yang didengar. Tetapi, apabila dewasa, ia akan lupa sebaliknya hanya bertutur bahasa yang digunakan oleh orang sekeliling. Lupa tidak bermaksud otak hilang upaya untuk menyimpan maklumat. Mungkin, apabila berlaku kemalangan, ada sel-sel otak akan terangsang, dan ini menyebabkan sindrom ini berlaku. Ibu-ibu juga digalakkan untuk membaca buku serta membuat kiraan matematik. Tak perlu buat matematik tambahan atau kalkulus, cukup dengan buat matematik untuk budak-budak sekolah rendah. Sambil buat, sebut. Ini akan merangsang minda bayi. Dan, antara yang penting ialah, kesihatan minda dan perasaan ibu yang mengandungkan itu sendiri. Ini aku memang boleh nampak dari pemerhatian aku, ada beza anak yang dikandung oleh ibu yang gembira dan ibu yang mengalami tekanan perasaan. Anak yang ibu mengalami tekanan perasaan, agak lembab dalam pembelajaran, berbanding dengan anak yang ibunya ceria serta tidak mempunyai masalah tekanan perasaan.Oleh itu, sila ambil perhatian bapa-bapa. Jaga perasaan isteri yang mengandung, kerana masa depan anak jugak tertakluk dengan tingkah laku bapa. Kajian pun ada menunjukkan, anak yang ibu mengalami tekanan perasaan akan mati muda serta mendapat penyakit lebih awal. Ini kajian, bukan aku reka sendiri. Ada banyak lagi tip-tip yang boleh aku kongsi. Insyaallah bila ada kelapangan.

Friday, December 13, 2013

Mana Paling sakit - Sengat Ikan Pari, Sembilang, Kitang atau Obor-obor?

Haa.. Sapa tau, antara banyak-banyak sengat binatang laut ni, Pari/Ketuka atau Sembilang atau Kitang atau obor-obor, mana paling sakit? Skala 1(tak sakit sangat, bedenyut2) hingga 5 (sakit macam nak mati) Aku dah pernah rasa banyak jenis bisa, so kira qualified gak laa nak cerita bab penangan bisa haiwan marin ni. Duri sembilang, biasa kena waktu nak potong duri dekat sirip. Tetiba ikan tu mengelupur, memang gerenti kena tangan punya. Nak cakap, tak sakit tu tipu la. Aku pernah kena waktu bulan puasa, sampai nak pitam. Ada orang bagi petua, ntah la betul atau tidak. kalau kena sengat ikan sembilang, gigit, kunyah dan makan hujung ekor ikan tu. Tapi, rasa aku, baik p hospital atau klinik. Gerenti kena injection. Bisa ikan sembilang ni, overall sakit masih boleh layan sambil menahan air mata. Skala - 4. Nak dengar cerita kelakar? Kawan kepada kawan aku masa pancing, dapat ikan. Teruja nak bawak naik, dia karau laju-laju, dan bila ikan tu dah dekat, dia sentap tali pancing, ikan sembilang melambung keluar dari air, menuju tepat keperut. dah la buncit, korang bayangkan laa macamana. Lagi 1, walaupun ikan sembilang ni sama rupa macam ikan keli air tawar, tapi paling berbeza ialah ikan sembilang ni ada 3 duri, 2 di sirip pektoral (sirip kiri-kanan) dan 1 di sirip dorsal (atas). Aku pernah dengar, sorang mamat ni, buat terrer (pandai), cuba nak pegang mcm ikan keli. Apa lagi, memang terpacak laa kat tapak tangan.

Ikan duri pulak, walau keturunan cat fish, tapi bisa dia tak macam sembilang. Pedih sikit-sikit, cuma darah banyak keluar sebab duri dia besar dari duri sembilang, terutama belukang. Kalau kena, cepat-cepat cuci air bersih, dah letak minyak angin/gamat. Kalau ada panadol, boleh makan. Kalau teruk, p klinik trus. Ikan duri - Skala sakit - 2. (Gambar-gambar ni koleksi peribadi aku, so x berapa nak cantik sangat).



Ikan kitang plak, selalu kena waktu menjala. Tetiba ada ikan dalam jala, kita pun dengan buat selamba tarik jala.. PANG... terasa sakit menyucuk dekat jari. Sakit berdenyut2. Tapi, sakit dia tak lama, maksimum 1 jam hilang. Bila kena dekat jari, tangan akan rasa lenguh-lenguh dan tempat kena tu berdenyut-denyut. Skala-2





 Ikan kitang pun ada banyak jenis, tapi kitang lada yang cantik. Isi pun sedap. Aku pernah pi mancing di chalet terapung di Sungai Petani, Kedah. Chalet tu dalam kawasan muara sungai, cantik. Tapi trip aku tu tak dapat ikan idaman. Yang dapat kitang lada, besar-besar tapak tangan. Sakit kena bisa duri sirip dia tu, atas sikit dari kitang biasa. Mata macam nak berpinau sikit. Skala sakit-3



Bab ikan ketuka pulak, spesis pari jugak ni. Aku pernah kena masa menjala dikawasan Penang Port dulu-dulu. Time air pasang laa. Aku pakai kasut diving yang tinggi sikit, paras atas buku lali, kira1/3 betis. Masa tu aku pi menjala sorang-sorang, cari lauk nak buat berbuka puasa (bulan ramadhan dan aku puasa tau). Jala punya jala, tiba2 aku terasa ada ikan dalam jala aku tu, aku tak berani pegang sampai bawah takut kena sengat ikan, sebab aku tau kawasan tu memang banyak ikan berbahaya seperti sembilang, duri, ikan kitang dan ketuka. Air pun tak dalam, tak sampai lutut pun. Tengah tarik dah sampai tepi aku, terasa macam kaki aku tertusuk benda. Riaksi spontan aku angkat jala tu keatas. Zrrraaappp.. macam bunyi kain kena koyak. Darah memancut, air laut jadi warna merah macam air sirap. Aku ingatkan buaya dah tokak kaki aku. Tapi mana ada buaya dalam laut (tapi kenyataan ni pun dah tak ble pakai, sebab tahun ni, 2013 ada orang jumpa buaya tengah berenang di perairan Penang Port). Belek dalam jala, aku Nampak ikan ketuka. Rupa-rupanya, siketuka tu dah angkat ekor dia dan tertusuk dalam betis aku. Betul-betul atas sikit dari kasut aku. Dan bila aku angkat jala, duri ketuka tu potong kulit dan isi kaki aku. Duri ketuka ni, ada diatas ekor, dan bergigi macam mata gergaji. Aku ingat ajal aku dah sampai. Air laut warna merah macam sirap. Dan masa tu baru aku tau betapa sakitnya bisa ketuka ni. Aku kena kaki kiri, dan kesan toksin dia, kaki dan tangan kiri aku jadi lumpuh sementara. Aku bawak kereta manual aku dengan sebelah tangan dan kaki. Sampai depan klinik, aku tak tunggu dah. Bgtau dekat nurse nak jumpa doctor, diaorang suruh tunggu. Aku terus terjah masuk dalam bilik dan si doctor tu tengah tidur, terkejut terpinga-pinga. Kena la jahit 4 jahitan dan cucuk 3 jarum. Perghhh... memang sakit betui. Nak rasa macamana, korang try laa tengok. Rasa bisa sembilang tu macam semut api dah. Skala sakit - 5.. Dan..., kira-kira 3,4 bulan lepas tu, aku kena lagi duri ketuka, masa memancing kat situ. Kali ni, tangan kanan.. Pun lumpuh kejap sebelah kanan. Dengan kaki kanan aku pun tak ble gerak. Ngeh3.

Dan beberapa tahun kemudian, Steve Irwin a.k.a. Crocodile Hunter, mati pada 4 September 2006 kena tusuk duri ikan pari waktu penggambaran dokumentari bertajuk 'Ocean's Deadliest'. Dalam semua-semua bisa ikan ni, yang buat aku masuk ICU bukan bisa ikan, tapi obor-obor. Aku kena waktu dok menjala udang di Teluk Kumbar. Aku gerak dari rumah dah tengah malam, dalam pukul 12 lebih. Biasanya, kena obor-obor ni gatai, tapi yang ni aku kena lain sikit rasa dia. Masa aku tengah randuk air takat dada, tiba-tiba terasa macam kena karan tapi pedih. Aku lari naik kedarat, dan sebab ada orang bagi petua basuh tempat kena dengan air kencing, aku pun buat. Tapi pedih tak hilang. Udang baru dapat 3 ekor besar 2 jari orang dewasa. Apakan daya, sakit tak tertahan. Aku ajak kawan aku hantar balik. Perjalanan balik halfway sampai depan balai polis Teluk Kumbar, kami berhenti sebab bini aku dah mai ambil. Kawan aku ada pesan jangan bagi kena air tawar, nanti sakit lagi teruk. Balik rumah, dah pukul 1.30 pagi. Sampai pukul 2 lebih, sakit tak hilang-hilang tapi dah jadi makin teruk, sakit perut tak tau camna nak describe. Aku buka internet, cari maklumat tentang kena sengat dengan si 'jelly fish ni'. Simpton yang teruk yang tertulis dan ada pada aku, sakit menyucuk, sakit otot (muscle spams), dan tak boleh focus. Ini dah parah ni aku fikir. Tapi tak nak bini aku risau. Sakit dah tak boleh tahan..  Pukul 3 pagi, aku suruh bini aku naik tidoq dulu. Elok dia naik, aku trus start enjin kereta dan pergi clinic 24 jam ambil surat refer. Dari klinik, aku terus ke hospital paling dekat, Pantai Hospital. Aku terjah wad kecemasan dan dia orang bg injection. Pastu tolak aku masuk ke wad ICU. Aku masa tu dah tak berapa nak sedar sangat. Korang nak tau macamana rasa? Pernah tengok kartun Spongebob kena karan ngan obor-obor? Haa.. macam tu laa aku kena. macam kancing gigi. Tiap 5 minit aku macam kena renjat elektrik. Sakit tu, tak sakit sangat macam bisa ikan ketuka, tapi letih sebab kejang.Walau keadaan macam tu, antara sakit tergetap gigi, aku tetap ushar mesin yang baca tekanan darah dan denyutan jantung. Preasure aku naik sampai 180-190. Gila tinggi, macam ble kena strok.Tekanan darah aku biasanya 110/70 ja. kalau 130 dah sakit kepala. Ni 180-190? memang aku dok ingat aku ble mati. Langsung tak boleh tidur sebab sakit dan kekejangan. Pukul 9 pagi lebih, aku nampak tempat aku kena sengat di pergelangan tangan aku tu, basah. Air macam peluh mengalir keluar. Aku ingatkan peluh, tapi tak dak plak keluar peluh ditempat lain. Kat kepala, kat badan, tak ada peluh pun. Lepas keluar air yang macam peluh tu, baru aku rasa ok. Hilang karan dan kejang otot.  Masa doctor mai check aku, aku tanya la doctor, ada ubat tak untuk bisa jelly fish ni, ataupun anti-venom? Doctor kata tak dak - ikut nasib. Doktor cakap, teori air kencing tu tak betul pun. Nurse hospital tu pun ada sorang baru kena sengat , duduk hospital dekat 3 minggu. Dan adik aku sendiri, pernah kena masa mandi laut di Batu Feringgi, pun duduk hospital dekat 5 hari. Aku ingat dia lekeh. Memang teruk pun ya. Kira aku ni nasib baik laa. Esok tu dah ok, cuma kena duduk sehari lagi untuk claim insurans. Spesis obor-obor apa yang sengat aku, aku tak pasti sebab tak nampak. Tapi, antara yang berbisa ialah box jelly fish, Portuguese Man of War (nama best) dan Irukandji. Doctor ada pesan, lain kali, bawak cuka makan atau dalam bahasa inggeris vinegar. Bila kena sengatan obor-obor, cepat-cepat curah cuka ditempat yang kena. Cuka ni akan matikan Nematocyst. Bila kena obor-obor, jangan bagi kena air tawar sebab nematocysts akan mengeluarkan lebih banyak toksin. Akan jadi lebih teruk.

Yang aku musykil, bila difikirkan balik, macamana air bisa tu boleh keluar. Aku cuba recall, masa sampai rumah lepas kena sengat, aku ada bancuh KH Kopi (ni bukan promosi, walau aku juai) pekat-pekat dan minum. KH Kopi tu, minuman herba tapi biasa untuk buang gula dalam badan, kolestrol, batu karang dan lain-lain penyakit yang berpunca dari pemakanan. Apa pun, kemungkinan;ini antara keberkesanan dia. Skala sakit sampai masuk ICU, aku bagi 4. Ini sebab tak boleh lawan sakit kena ketuka. Iklan - Nak order KH Kopi ble, sebab itu produk bapa sedara aku, so, aku pun tumpang jual jugak.

Selain dari itu, dalam laut banyak lagi binatang berbisa, termasuk ular. Binatang lain yang berisiko untuk kena ialah, duri landak laut. Ikan Malong atau murray ell pun menggigit, tapi tak bisa. Antara ikan paling bisa di dunia, stone fish. Ikan ni, kalau kena bisa dia, boleh mengucap banyak-banyak dah, standby. Selain tu, ikan buntal, ini pun jangan gatal nak makan walau orang cakap telur dia sedap. Dikatakan racun ikan buntal ni, walau dihujung mata jarum, cukup untuk membunuh orang. Ikan buntal ni, ada orang petua, tanam dalam tanah untuk cegah anai-anai. Aku try buat, dan nak cakap kebetulan tak pasti, tapi, kawasan yang aku tanam ikan tu, anai-anai tak akan ada buat beberapa lama. (aku tinggal di rumah kampung, so, mau tau la serangan anai-anai kena macamana) Pesan aku, bila kita yang masuk alam air, risiko nak kena benda-benda ni memang ada. Cuma, sebelum kita pergi tepi pantai, jangan lupa bawa cuka makan, terutama kalau pergi berkelah dan bawak anak-anak mandi laut. Di Malaysia, terutama di Penang, tak ada 1st Aid untuk obor-obor. Kalau di Australia atau Hawai, cuka akan diletakkan dalam bekas 1st Aid ditepi pantai yang ramai pengungjung. Kalau boleh, beli pakaian renang yang cover tangan dan kaki sekali. Dan obor-obor ni aktif bila bulan mengambang dan dikawasan air tenang.

Jadi, sila ambil perhatian, terutama kalau bawak anak atau budak kecil memancing. Jaga keselamatan. Bagi yang kaki pancing pulak, teringat perumpamaan - kalau takut bermain ombak, jangan berumah ditepi pantai.


Update 09 October 2017:

Amaran oleh saintis di Pulau Pinang, terdapat 2 spesis baru obor-obor kotak membiak dan dijumpai diperairan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Two species of the deadly box jellyfish, previously not thought to exist here, are breeding in the sea around Penang.

Their venom causes Irukandji Syndrome, which includes severe hypertension, extreme lower back pain, nausea, vomiting, intense cramps, breathing difficulty and heart failure.

While not as lethal as the Australian Box Jellyfish (Chironex fleckeri), which can kill an adult human in three minutes, they are still life-threatening to young children, the elderly and the frail, said marine biologist Sim Yee Kwang.

He said the current population density of the two species – Chirop­soides buitendijki and Mor­bakka sp. – in Penang is two in every square kilometre of the sea up to 400m from the shoreline.


Sim, who is a scientist in the Cen­tre for Marine and Coastal Studies (Cemacs) under Universiti Sains Malay­sia, has been combing the coastline of Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong on the island and Pantai Bersih in Butterworth every two weeks since July to catch jellyfish.

The largest box jellyfish was caught 200m from the shore of Pantai Bersih in Butterworth, measuring 18cm from end to end of its cube-shaped body.

Cemacs director Prof Datuk Dr Aileen Tan said box jellyfish were not thought to be in Penang.

“These are invasive species. Most likely, their larvae were carried to our waters in the ballasts of cargo ships,” she said.

She said unpredictable weather that significantly changed the sea’s temperature and salinity may trigger a bloom of the deadly jellyfish around Penang and also throughout the Strait of Malacca.

She said it is vital to develop a reporting mechanism of jellyfish sting victims in hospitals soon.

“We need to track cases of Iru­kandji Syndrome in hospitals to troubleshoot and monitor the spread of box jellyfish,” Dr Tan said.

She added that five years ago, she interviewed a fish farmer who was stung by a jellyfish while cleaning his open sea fish farm cages.

“He told us that in five minutes, he had difficulty breathing and was warded for several days.

“We suspected it was Irukandji Syndrome but did not have the data to confirm it,” Dr Tan said.

In February, a 12-year-old boy swimming in Teluk Bahang was stung by a jellyfish and went into a coma for three days.


Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/08/boxy-terror-set-to-sting-penang-scientists-call-for-caution-as-deadly-box-jellyfish-found-off-states/#pQwuLQXvhbbhQsEj.99







Wednesday, December 11, 2013

Trip Pancing Pulau Jerejak

Trip ke Pulau Jerejak ni dah lama jugak, gambar ada dalam simpanan tapi tak berkesempatan dan tak ada idea nak tulis.
Pulau Jerejak ni, ramai yang tahu dulu digunakan sebagai penjara dan juga tempat pengasingan atau kuarentin bagi pesakit kusta. Awal 1990an penjara 'Alkatraz Malaysia' ditutup. Dulu, sapa berani pi mancing dekat Pulau Jerejak kira taiko gila laa. Mau kena tembak. Tapi, sekarang Pulau Jerejak dah lain, kedatangan pelancong di alu-alukan. Selain pekerja Resort, monyet-monyet pun mengalu-alukan kedatangan pengunjung terutama yang bawak makan banyak-banyak. Samseng oo monyet-monyet kat Pulau Jerejak ni. Cuba laa try tinggal beg sekejap. Kalau tak bersepai, beg tu mau dok atas pokok. Yang monyet jantan plak, lagi samseng. Takat korang tempik, baling ranting kayu, batu, dia mengelak macam main-main tuju kasut (budak2 sekrang tak tau apa mainan tu kut). Tapi, bila kita pegang besi, tau plak lari. Memang cekap menatang ni. Lagi satu, monyet sini tak takut orang perempuan atau kanak-kanak. Jadi, kalau nak p mancing area hutan kat Pulau Jerejak, tak berapa sesuai nak bawak budak-budak. Bawak lastik ok kut. Dan paling penting - Ikan yang kita pancing, simpan elok-elok dan sentiasa 'ushar'. Ikan alu-alu yang kami dapat, dok tak dok ble tergantung atas pokok. Kalau nak ke Pulau Jerejak ni, anda boleh naik bot dari pengkalan nelayan di Astaka Pantai Seagate (tepi jalan menghala ke Batu Maung/Jambatan Kedua). Naik dengan Pak Itam boleh, naik ngan bini uncle Quah ble. Nak naik guna bot Jerejak resort boleh jugak, tapi, kena jalan laa nak p pot mana-mana. Rasa mahal sikit kut. Naik dengan nelayan ni, sorang RM10.00. Ble hantar terus ke destinasi impian. Sekrang, belakang Pulau Jerejak ada limbungan kapal, bawah syarikat Bousted. Pencemaran minyak tak ble nak elak laa. Tapi, keseluruhan masih ok. Jangan salah sangka Pulau Jerejak ni tak ada ikan.. Banyak pot yang best-best, tapi, memang tak dak orang akan bagi tau laa. Ada lubuk sembilang/gemang, lubuk jenahak, lubuk pari, lubuk kerapu. Kena musim udang, memang boleh penuh tong kalau menjala.
Boleh nampak kereta lalu lalang di kawasan perindustrian Bayan Lepas.

Tuesday, December 3, 2013

Ikan Belanak - Mullet

Post kali ni, aku nak cakap sikit pasai spesis Ikan belanak. Ada banyak jenis ikan ni, ada jugak orang panggil ikan Kedera. Tapi, sebenarnya ikan belanak dan ikan kedera ni serupa, tapi tak sama. Bentuk belanak dan kedera ni pun seakan-akan ikan loban, tapi lain. Ikan loban bersaiz besar, dan jika masih juvenile, ada warna kuning pada siripnya. Tapi, warna tu hilang bila ikan loban tu besar. Spesis ikan ni, dalam Bahasa Inggerisnya - mullet. Belanak pulak warna silver dengan dibawah perut dia cerah sikit. Belanak adalah spesis ikan pelagic. Pelagik ni bermaksud ikan yang hidup dipermukaan air. Kalau kita ke tepi pantai, kita boleh tengok kuak air, kadang2, macam ombak kecik. Itu kawanan ikan belanak. Spesis ni pemakan lumut-lumut dan lumpur. Sebab tu mulut dia pun bibir atas besar dari bibir bawah. Ikan Belanak biasanya hidup di kawasan yang berselut. Kalau di kuala sungai tak kira sungai besar, kecik, memang peluang nak dapat ikan ni cerah. Ikan belanak selalunya ditangkap menggunakan pukat (orang panggil pukat kedera) atau jala. Takat sekarang ni, tak pernah lagi aku tangkap belanak guna pancing. Kalau ikan Loban memang banyak kali dah aku dapat guna teknik pancing. Guna joran puyu (pole fishing) jaa, mata kail kecik. Umpan, guna isi udang atau roti gardenia yang dikepal halus. Ikan belanak ni ada perangai buruk, suka duduk area yang banyak stuktur atau reba. Memang selalu jala aku rabak sebab ikan ni. Belanak senang nak jala kalau gelap, atau air keruh. Bila air bunga pasang, waktu tu paling banyak. Kalau air dah pasang penuh, memang susah nak dapat, dia selalu lari dan main kat tengah. Dulu, kalau aku nak makan loban atau belanak, aku pi jala dekat Penang Port. Tunggu air tengah pasang naik. Bila air dah naik, takat buku lali pun dah boleh mula menjala, selalunya memang boleh dapat banyak ekor ikan loban. Balik aku belah belakang dan bakar. Memang sedap ikan loban ni. Kalau goreng, dengan sisik-sisik dia pun sedap, rasa macam keropok. Kalau kat Danok Thailand, korang ble try order ikan loban goreng di kedai yang juai daging panggang kat tepi jalan tu. Dia orang bukak kedai waktu petang.
Dulu, ikan belanak tak ada harga, nak cari kat pasr pun susah. Sekarang, di Penang, harga RM8.00 sekilo. Ikan belanak pun sedap gak. Saiz ikan belanak ada yang besar ada yang kecil. Selalunya, saiz 15 cm keatas aku ambil buat makan. saiz yang biasa aku tangkap antara 10 ke 20 cm. Tapi, kalau nak buat umpan, saiz besar sangat dah tak sesuai. Saiz comel yang besar ibu jari atau jari telunjuk. Mata kail dicakuk dekat atas badan berhampiran sirip. Teknik umpan hidup ikan belanak sesuai untuk pancing senangin, siakap putih, siakap merah dan ikan pemangsa lain. Ikan belanak ni pun tahan lama kalau kena cara cangkuk. Dan gaya renangan dia yang macam tergedik-gedik tu yang buat ikan pemangsa geram. Macam-macam cara nak masak ikan ni, goreng kunyit, kari, asam pedas, masak pindang, buat kering. kadang-kadang aku perap dengan garam dan asam jawa dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru keluarkan. Buat pekasam pun sedap jugak. Pekasam ni, cara buat sama macam buat pekasam ikan air tawar, perap dengan garam, kemudian, campur dengan serbuk beras yang dah digoreng. Selepas seminggu, dah boleh dimakan. Goreng dengan bawang dan cabai kering.. Makan waktu panas-panas.
Satu lagi, ikan belanak ni cantik kalau bela dalam akuarium. Aku pernah cuba bela, hidup lama jugak. Nak bagi makan pun tak susah, cuma bagi isi udang atau roti dah ok. Kalau kaki pancing yang nak beli umpan ikan belanak hidup, area belah penang ada jual. Simpang teluk Kumbar/Balik Pulau, berhadapan pasar lama ada kedai pancing. sana ada jual. Lagi 1, tepi highway Lim Chong Eu (Highway Bayan Lepas- Jelutong-Town). Kedai pancing tepi laut bersebelahan dengan fly over yang ada patung burung camar. tepi kedai gulai sembilang. Kalau dari Jambatan Pulau Pinang, kena u-turn bawah flyover tu. Sebelah kiri jalan, ada Bank Rakyat.
Hasil selepas bahagi 2. Pekasam Belanak

cyber-lake.com Top Fishing Sites