Friday, December 13, 2013

Mana Paling sakit - Sengat Ikan Pari, Sembilang, Kitang atau Obor-obor?

Haa.. Sapa tau, antara banyak-banyak sengat binatang laut ni, Pari/Ketuka atau Sembilang atau Kitang atau obor-obor, mana paling sakit? Skala 1(tak sakit sangat, bedenyut2) hingga 5 (sakit macam nak mati) Aku dah pernah rasa banyak jenis bisa, so kira qualified gak laa nak cerita bab penangan bisa haiwan marin ni. Duri sembilang, biasa kena waktu nak potong duri dekat sirip. Tetiba ikan tu mengelupur, memang gerenti kena tangan punya. Nak cakap, tak sakit tu tipu la. Aku pernah kena waktu bulan puasa, sampai nak pitam. Ada orang bagi petua, ntah la betul atau tidak. kalau kena sengat ikan sembilang, gigit, kunyah dan makan hujung ekor ikan tu. Tapi, rasa aku, baik p hospital atau klinik. Gerenti kena injection. Bisa ikan sembilang ni, overall sakit masih boleh layan sambil menahan air mata. Skala - 4. Nak dengar cerita kelakar? Kawan kepada kawan aku masa pancing, dapat ikan. Teruja nak bawak naik, dia karau laju-laju, dan bila ikan tu dah dekat, dia sentap tali pancing, ikan sembilang melambung keluar dari air, menuju tepat keperut. dah la buncit, korang bayangkan laa macamana. Lagi 1, walaupun ikan sembilang ni sama rupa macam ikan keli air tawar, tapi paling berbeza ialah ikan sembilang ni ada 3 duri, 2 di sirip pektoral (sirip kiri-kanan) dan 1 di sirip dorsal (atas). Aku pernah dengar, sorang mamat ni, buat terrer (pandai), cuba nak pegang mcm ikan keli. Apa lagi, memang terpacak laa kat tapak tangan.

Ikan duri pulak, walau keturunan cat fish, tapi bisa dia tak macam sembilang. Pedih sikit-sikit, cuma darah banyak keluar sebab duri dia besar dari duri sembilang, terutama belukang. Kalau kena, cepat-cepat cuci air bersih, dah letak minyak angin/gamat. Kalau ada panadol, boleh makan. Kalau teruk, p klinik trus. Ikan duri - Skala sakit - 2. (Gambar-gambar ni koleksi peribadi aku, so x berapa nak cantik sangat).



Ikan kitang plak, selalu kena waktu menjala. Tetiba ada ikan dalam jala, kita pun dengan buat selamba tarik jala.. PANG... terasa sakit menyucuk dekat jari. Sakit berdenyut2. Tapi, sakit dia tak lama, maksimum 1 jam hilang. Bila kena dekat jari, tangan akan rasa lenguh-lenguh dan tempat kena tu berdenyut-denyut. Skala-2





 Ikan kitang pun ada banyak jenis, tapi kitang lada yang cantik. Isi pun sedap. Aku pernah pi mancing di chalet terapung di Sungai Petani, Kedah. Chalet tu dalam kawasan muara sungai, cantik. Tapi trip aku tu tak dapat ikan idaman. Yang dapat kitang lada, besar-besar tapak tangan. Sakit kena bisa duri sirip dia tu, atas sikit dari kitang biasa. Mata macam nak berpinau sikit. Skala sakit-3



Bab ikan ketuka pulak, spesis pari jugak ni. Aku pernah kena masa menjala dikawasan Penang Port dulu-dulu. Time air pasang laa. Aku pakai kasut diving yang tinggi sikit, paras atas buku lali, kira1/3 betis. Masa tu aku pi menjala sorang-sorang, cari lauk nak buat berbuka puasa (bulan ramadhan dan aku puasa tau). Jala punya jala, tiba2 aku terasa ada ikan dalam jala aku tu, aku tak berani pegang sampai bawah takut kena sengat ikan, sebab aku tau kawasan tu memang banyak ikan berbahaya seperti sembilang, duri, ikan kitang dan ketuka. Air pun tak dalam, tak sampai lutut pun. Tengah tarik dah sampai tepi aku, terasa macam kaki aku tertusuk benda. Riaksi spontan aku angkat jala tu keatas. Zrrraaappp.. macam bunyi kain kena koyak. Darah memancut, air laut jadi warna merah macam air sirap. Aku ingatkan buaya dah tokak kaki aku. Tapi mana ada buaya dalam laut (tapi kenyataan ni pun dah tak ble pakai, sebab tahun ni, 2013 ada orang jumpa buaya tengah berenang di perairan Penang Port). Belek dalam jala, aku Nampak ikan ketuka. Rupa-rupanya, siketuka tu dah angkat ekor dia dan tertusuk dalam betis aku. Betul-betul atas sikit dari kasut aku. Dan bila aku angkat jala, duri ketuka tu potong kulit dan isi kaki aku. Duri ketuka ni, ada diatas ekor, dan bergigi macam mata gergaji. Aku ingat ajal aku dah sampai. Air laut warna merah macam sirap. Dan masa tu baru aku tau betapa sakitnya bisa ketuka ni. Aku kena kaki kiri, dan kesan toksin dia, kaki dan tangan kiri aku jadi lumpuh sementara. Aku bawak kereta manual aku dengan sebelah tangan dan kaki. Sampai depan klinik, aku tak tunggu dah. Bgtau dekat nurse nak jumpa doctor, diaorang suruh tunggu. Aku terus terjah masuk dalam bilik dan si doctor tu tengah tidur, terkejut terpinga-pinga. Kena la jahit 4 jahitan dan cucuk 3 jarum. Perghhh... memang sakit betui. Nak rasa macamana, korang try laa tengok. Rasa bisa sembilang tu macam semut api dah. Skala sakit - 5.. Dan..., kira-kira 3,4 bulan lepas tu, aku kena lagi duri ketuka, masa memancing kat situ. Kali ni, tangan kanan.. Pun lumpuh kejap sebelah kanan. Dengan kaki kanan aku pun tak ble gerak. Ngeh3.

Dan beberapa tahun kemudian, Steve Irwin a.k.a. Crocodile Hunter, mati pada 4 September 2006 kena tusuk duri ikan pari waktu penggambaran dokumentari bertajuk 'Ocean's Deadliest'. Dalam semua-semua bisa ikan ni, yang buat aku masuk ICU bukan bisa ikan, tapi obor-obor. Aku kena waktu dok menjala udang di Teluk Kumbar. Aku gerak dari rumah dah tengah malam, dalam pukul 12 lebih. Biasanya, kena obor-obor ni gatai, tapi yang ni aku kena lain sikit rasa dia. Masa aku tengah randuk air takat dada, tiba-tiba terasa macam kena karan tapi pedih. Aku lari naik kedarat, dan sebab ada orang bagi petua basuh tempat kena dengan air kencing, aku pun buat. Tapi pedih tak hilang. Udang baru dapat 3 ekor besar 2 jari orang dewasa. Apakan daya, sakit tak tertahan. Aku ajak kawan aku hantar balik. Perjalanan balik halfway sampai depan balai polis Teluk Kumbar, kami berhenti sebab bini aku dah mai ambil. Kawan aku ada pesan jangan bagi kena air tawar, nanti sakit lagi teruk. Balik rumah, dah pukul 1.30 pagi. Sampai pukul 2 lebih, sakit tak hilang-hilang tapi dah jadi makin teruk, sakit perut tak tau camna nak describe. Aku buka internet, cari maklumat tentang kena sengat dengan si 'jelly fish ni'. Simpton yang teruk yang tertulis dan ada pada aku, sakit menyucuk, sakit otot (muscle spams), dan tak boleh focus. Ini dah parah ni aku fikir. Tapi tak nak bini aku risau. Sakit dah tak boleh tahan..  Pukul 3 pagi, aku suruh bini aku naik tidoq dulu. Elok dia naik, aku trus start enjin kereta dan pergi clinic 24 jam ambil surat refer. Dari klinik, aku terus ke hospital paling dekat, Pantai Hospital. Aku terjah wad kecemasan dan dia orang bg injection. Pastu tolak aku masuk ke wad ICU. Aku masa tu dah tak berapa nak sedar sangat. Korang nak tau macamana rasa? Pernah tengok kartun Spongebob kena karan ngan obor-obor? Haa.. macam tu laa aku kena. macam kancing gigi. Tiap 5 minit aku macam kena renjat elektrik. Sakit tu, tak sakit sangat macam bisa ikan ketuka, tapi letih sebab kejang.Walau keadaan macam tu, antara sakit tergetap gigi, aku tetap ushar mesin yang baca tekanan darah dan denyutan jantung. Preasure aku naik sampai 180-190. Gila tinggi, macam ble kena strok.Tekanan darah aku biasanya 110/70 ja. kalau 130 dah sakit kepala. Ni 180-190? memang aku dok ingat aku ble mati. Langsung tak boleh tidur sebab sakit dan kekejangan. Pukul 9 pagi lebih, aku nampak tempat aku kena sengat di pergelangan tangan aku tu, basah. Air macam peluh mengalir keluar. Aku ingatkan peluh, tapi tak dak plak keluar peluh ditempat lain. Kat kepala, kat badan, tak ada peluh pun. Lepas keluar air yang macam peluh tu, baru aku rasa ok. Hilang karan dan kejang otot.  Masa doctor mai check aku, aku tanya la doctor, ada ubat tak untuk bisa jelly fish ni, ataupun anti-venom? Doctor kata tak dak - ikut nasib. Doktor cakap, teori air kencing tu tak betul pun. Nurse hospital tu pun ada sorang baru kena sengat , duduk hospital dekat 3 minggu. Dan adik aku sendiri, pernah kena masa mandi laut di Batu Feringgi, pun duduk hospital dekat 5 hari. Aku ingat dia lekeh. Memang teruk pun ya. Kira aku ni nasib baik laa. Esok tu dah ok, cuma kena duduk sehari lagi untuk claim insurans. Spesis obor-obor apa yang sengat aku, aku tak pasti sebab tak nampak. Tapi, antara yang berbisa ialah box jelly fish, Portuguese Man of War (nama best) dan Irukandji. Doctor ada pesan, lain kali, bawak cuka makan atau dalam bahasa inggeris vinegar. Bila kena sengatan obor-obor, cepat-cepat curah cuka ditempat yang kena. Cuka ni akan matikan Nematocyst. Bila kena obor-obor, jangan bagi kena air tawar sebab nematocysts akan mengeluarkan lebih banyak toksin. Akan jadi lebih teruk.

Yang aku musykil, bila difikirkan balik, macamana air bisa tu boleh keluar. Aku cuba recall, masa sampai rumah lepas kena sengat, aku ada bancuh KH Kopi (ni bukan promosi, walau aku juai) pekat-pekat dan minum. KH Kopi tu, minuman herba tapi biasa untuk buang gula dalam badan, kolestrol, batu karang dan lain-lain penyakit yang berpunca dari pemakanan. Apa pun, kemungkinan;ini antara keberkesanan dia. Skala sakit sampai masuk ICU, aku bagi 4. Ini sebab tak boleh lawan sakit kena ketuka. Iklan - Nak order KH Kopi ble, sebab itu produk bapa sedara aku, so, aku pun tumpang jual jugak.

Selain dari itu, dalam laut banyak lagi binatang berbisa, termasuk ular. Binatang lain yang berisiko untuk kena ialah, duri landak laut. Ikan Malong atau murray ell pun menggigit, tapi tak bisa. Antara ikan paling bisa di dunia, stone fish. Ikan ni, kalau kena bisa dia, boleh mengucap banyak-banyak dah, standby. Selain tu, ikan buntal, ini pun jangan gatal nak makan walau orang cakap telur dia sedap. Dikatakan racun ikan buntal ni, walau dihujung mata jarum, cukup untuk membunuh orang. Ikan buntal ni, ada orang petua, tanam dalam tanah untuk cegah anai-anai. Aku try buat, dan nak cakap kebetulan tak pasti, tapi, kawasan yang aku tanam ikan tu, anai-anai tak akan ada buat beberapa lama. (aku tinggal di rumah kampung, so, mau tau la serangan anai-anai kena macamana) Pesan aku, bila kita yang masuk alam air, risiko nak kena benda-benda ni memang ada. Cuma, sebelum kita pergi tepi pantai, jangan lupa bawa cuka makan, terutama kalau pergi berkelah dan bawak anak-anak mandi laut. Di Malaysia, terutama di Penang, tak ada 1st Aid untuk obor-obor. Kalau di Australia atau Hawai, cuka akan diletakkan dalam bekas 1st Aid ditepi pantai yang ramai pengungjung. Kalau boleh, beli pakaian renang yang cover tangan dan kaki sekali. Dan obor-obor ni aktif bila bulan mengambang dan dikawasan air tenang.

Jadi, sila ambil perhatian, terutama kalau bawak anak atau budak kecil memancing. Jaga keselamatan. Bagi yang kaki pancing pulak, teringat perumpamaan - kalau takut bermain ombak, jangan berumah ditepi pantai.


Update 09 October 2017:

Amaran oleh saintis di Pulau Pinang, terdapat 2 spesis baru obor-obor kotak membiak dan dijumpai diperairan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Two species of the deadly box jellyfish, previously not thought to exist here, are breeding in the sea around Penang.

Their venom causes Irukandji Syndrome, which includes severe hypertension, extreme lower back pain, nausea, vomiting, intense cramps, breathing difficulty and heart failure.

While not as lethal as the Australian Box Jellyfish (Chironex fleckeri), which can kill an adult human in three minutes, they are still life-threatening to young children, the elderly and the frail, said marine biologist Sim Yee Kwang.

He said the current population density of the two species – Chirop­soides buitendijki and Mor­bakka sp. – in Penang is two in every square kilometre of the sea up to 400m from the shoreline.


Sim, who is a scientist in the Cen­tre for Marine and Coastal Studies (Cemacs) under Universiti Sains Malay­sia, has been combing the coastline of Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong on the island and Pantai Bersih in Butterworth every two weeks since July to catch jellyfish.

The largest box jellyfish was caught 200m from the shore of Pantai Bersih in Butterworth, measuring 18cm from end to end of its cube-shaped body.

Cemacs director Prof Datuk Dr Aileen Tan said box jellyfish were not thought to be in Penang.

“These are invasive species. Most likely, their larvae were carried to our waters in the ballasts of cargo ships,” she said.

She said unpredictable weather that significantly changed the sea’s temperature and salinity may trigger a bloom of the deadly jellyfish around Penang and also throughout the Strait of Malacca.

She said it is vital to develop a reporting mechanism of jellyfish sting victims in hospitals soon.

“We need to track cases of Iru­kandji Syndrome in hospitals to troubleshoot and monitor the spread of box jellyfish,” Dr Tan said.

She added that five years ago, she interviewed a fish farmer who was stung by a jellyfish while cleaning his open sea fish farm cages.

“He told us that in five minutes, he had difficulty breathing and was warded for several days.

“We suspected it was Irukandji Syndrome but did not have the data to confirm it,” Dr Tan said.

In February, a 12-year-old boy swimming in Teluk Bahang was stung by a jellyfish and went into a coma for three days.


Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/08/boxy-terror-set-to-sting-penang-scientists-call-for-caution-as-deadly-box-jellyfish-found-off-states/#pQwuLQXvhbbhQsEj.99







12 comments:

  1. Welcome bro. Sekadar kongsi pengalaman. Tahap kesakitan dan kesan bisa mungkin berbeza antara individu.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing bro... Very important to me as angler. Satu lagi ikan yg berbisa.. Ikan depu / kerapu bodoh. Banyak orang confuse dgn ikan monkfish. Any experience for this fish?

    ReplyDelete
  3. Thnk info bro...ada 1 cerita pasal stonefish ni,sprti bro katakan mmg berbisa ya amat..lokasi langkawi semasa diving fishing spear ad kwn katanya terpijak batu karang jd luka,msa diving sy nmpk gerakan ikan stonefish tu,terus kwn melopor naik darat,duri sgt tajam sehingga tembus rubber fins kwn..kwn kata mula denyut terus nk bwk ke hospital,wallahualam smp terbaring kena bisa,masa papah kwn ad sorg mat salleh pelancong tgk kami dan dtg bg bantuan..nk diceritakn experience dia dgn ikn stonefish ni,lantas dia meminta sy pergi restoran terdekat dn minta air panas dn tuala..dn terus tuam di tmpt luka,katanya suhu yg tinggi dpt melambatkn memecahkan protein bisa ke darah..smp hospital trus injet..2minggu bru nk baik,kesanya mcm org kena kayap ular@burnskin..selang minggu tu jumpa blik dgn mat salleh di tmpt yg sama dan sempat menyapa namanye cofin kovin ap ntah..rupanye dia penkaji siput dr aus..20taun kaji siput sja..waloawehh..itu sja nk dceritakan.kwn2 beringt ckt nk trun ke laut..

    ReplyDelete
  4. Terbaru saya kena sengat ikan depu ni, walaupun saiz besar jari kelingking dalam 3 cm, tapi memang sakit. Kena semasa menjala dibawah 1st Jabatan Pulau Pinang. Rupa2nya memang banyak bawah jambatan. SO, kena berhati2 kalau memancing area situ.

    Macam Azrin Yen cakap, memang betul apa yang mat salleh tu buat, itu pun selepas saya kena dengan jelly fish tu. Memang untuk melambatkan racun merebak, kena letak sesuatu yang suhu tinggi di tempat yang kena bias, dan dapatkan medical treatment secepat mungkin.

    Monkfish not sure kalau ada area Penang. Tapi ikan depu, yang bersisik keras banyak. Ada orang yang ingat kerapu singa tu depu. Ikan tak sama, kerapu singa kulit lembut, tak bersisik. Depu ada sisik keras dan banyak duri.

    ReplyDelete
  5. assalam,cuka makan dapat hilang kn sementara bisa tuka,sembilang dgn kitang x?

    ReplyDelete
  6. Assalam.. Cuka hanya untuk obor-obor. Bisa ketuka, sembilang lebih baik dapatkan rawatan doktor. Terbaru pada bulan Ogos 2016, saya kena sengat ikan (disyaki ketuka) semasa menarik pukat dalam air di Teluk Bahang, Penang. Duri tembus tapak kasut dan cucuk tapak kaki. Saya masuk wad CCU selama 2 hari dan diberi suntikan ubat lebih dari 10, tapi masih lagi sakit sehingga diberi bius. Selepas itu baru dapat petua dari nelayan, makan dan sapu daun senduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaca blog tuan ni masa cari info ttg penawar bisa obor2.. byk info berguna.. Tqvm. Anak kwn kena obor2, dah sedar dr koma, tp bisa x keluar.

      Delete
    2. Maaf tuan, tak perasan komen tuan. Harap anak tu dah ok, tapi atas pengalaman sendiri, boleh cuba minum herba KH kopi tu. Nak cakap bisa obor-obor keluar dari tempat sengatan tu saya x boleh kata sbb tak ada bukti saintifik. Cuma saya yakin ada herba nusantara yg boleh jadi penawar bisa obor-obor.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Benar bang kalau kita terkena sengat ikan seperti itu harus kita kunyah atau gigit ekornya
    dulu saya terkena sengat ikan pari awalnya saya juga nggak percaya setelah saya coba rasa sakit nya hilang
    Dan kakek ku pernah bilang jika terkena sengatan ikan seperti itu kita harus menggigit ekornya untuk menghilangkan rasa sakit
    Setelah itu ikan tersebut tidak boleh dibunuh jika kita ingin menghilangkan
    Rasa sakit atau bisa ikan tersebut
    Karena rasa sakit kita yang terkena racun ikan tersebut akan kembali pada ikan tersebut itulah ikan tersebut di haruskan hidup atau kita bebaskan

    ReplyDelete
  9. bagus catatan ni. ayat pon sempoi, tak boring baca. geng menjala ni. salam kenal dr sy, din- Penang

    ReplyDelete

cyber-lake.com Top Fishing Sites