Tuesday, December 24, 2013
Makan Ikan Untuk Dapat Anak Genius?
Kali ni, entry aku bukan tentang pancing ikan. Tapi, aku nak berkongsi sedikit ilmu aku belajar dari dua orang professor dan juga dari bacaan, bagaimana melahirkan manusia genius (Insyaallah). Satu lagi statement yang ibu bapa atau bakal ibu bapa ambil ialah, genius bukan lesen untuk menjadi manusia berguna dan berjaya. Dulu orang sebut IQ, sekarang dah tambah lagi satu, EQ. Itu bab lain pulak, jika ada kelapangan dan idea nak menulis, mungkin aku buat.
Apa yang aku nak kongsikan ni, aku dah buat dan sedang buat (sebab ada baby baru, lahir bulan Jun 2013). Abang dia, setakat sekarang, alhamdullilah. Belajar di MRSM Transkrian. Masa sekolah rendah dulu, kerap dapat top 10 dalam sekolah. Aku pun, tak la target atau paksa dia dpat no 1. Ikut kemampuan dia. Dia pun, tak ada nak belajar 24 jam, siap dok menganga depan PC di cyber cafe. Kawan-kawan dia pun kata dia pembohong bila dia bagi tau dapat UPSR 5A. Menjadi wakil peringkat negeri dalam kegiatan kokurikulum, selain tu, kalau tak dak depan PC, dia nanti dok mancing ikan tepi longkang dengan kawan-kawan. Kesimpulannya? Genius? Gifted? Anda buat sendiri.
Tapi ini apa yang aku buat masa ibu dia mengandungkan dia. Aku galakkan ibu dia makan banyak ikan dan sayur, tapi, sayur dia jadi macam alah, mungkin pembawak budak. Bau pun tak boleh, sampai menangis macam kena pukul sebab aku beli nasi taruk sayur. Cendawan, aku tak bagi makan sebab pernah dengar yang tak sesuai untuk perkembangan otak bayi. Aku andaikan, mungkin ia bukan tumbuhan hijau yang tumbuh atas tanah dengan nutrien dan zat galian, tapi, hidup atas benda atau kayu yang kurang zat dari tanah.
Makanan terbaik, la dalam tv, internet, semua sebut pasai Docosahexaenoic acid (DHA) atau omega-3 fatty asid dan seangkatan. Berasal dari hidupan marin, terutama ikan. Ikan yang dimakan, sebaiknya ikan yang bersisik. Ikan yang bersisik mempunyai lapisan perlindungan tambahan selain dari lendir. Ikan seperti sembilang atau duri, spesis catfish pula, toksin atau logam berat meresap lebih cepat sebab cuma ada lendir sahaja. Lapisan sisik dan lendir ini, antaranya berfungsi sebagai pelindung dari pencemaran terutama logam berat seperti mercury atau plumbum. Mercury dan plumbum ni, datang dari sisa buangan. Contoh, bateri kereta, lampu dan alat-alat elektonik. Bahan-bahan ni akan masuk ke dalam tanah, atau macam di Penang, tempat buangan sampah memang tepi laut. Trus masuk dalam air. Anak ikan akan meresap sedikit bahan-bahan ini, dan ikan pemangsa pula akan makan anak-anak ikan. Lama kelamaan, logam berat ini akan terkumpul dalam badan ikan pemangsa seperti alu-alu, jenahak, siakap dan lain-lain. Kita yang kaki pancing pula akan bawak balik hasil, dan makan. Memang peratusan sangat kecil, tapi ingat, bayi dalam kandungan pun bermula dengan segumpal darah. Selain dari itu, pernah dengar orang makan alu-alu mati sebab keracunan? ciguatera - merujuk kepada racun yang datang dari ikan yang memakan benda beracun seperti karang. Ikan ini pula dimakan oleh ikan pemangsa seperti ikan alu-alu.
Kajian terbaru juga ada menunjukkan kaitan antara pengambilan DHA. Kanak-kanak yang diberi DHA mempunyai markah lebih tinggi (105) berbanding kanak-kanak yang tidak menerima DHA (98) seperti kumpulan satu lagi. Purata markah MDI kebangsaan USA ialah 100 (kajian dibuat di USA).
Antara aktiviti yang terpenting ialah MUZIK. yaa.. muzik, tapi bukan lagu rap atau rock and roll. Joget pun bukan. Sebaliknya muzik seperti yang dimainkan oleh Mozart, Bethoven atau Chopin, ataupun muzik yang berirama seakannya. Aku pernah berbual dengan seorang pakar pemakanan dari Universiti Sains Malaysia, Dr. Azhar. Antaranya, ialah kesan muzik keatas perkembangan otak bayi. Beliau menyatakan bahawa otak bayi, walaupun semasa didalam rahim, ianya telah mula menerima, mengumpul dan mentafsir maklumat melalui pendengaran. Suara ibu, suara ayah dan juga bunyi sekeliling. Apabila telinga bayi menerima bunyi muzik, otak bayi akan cuba untuk mentafsir apakah maksud bunyi tersebut. Oleh kerana muzik tidak mempunyai maksud, otak akan terus cuba mentafsir. Ini secara tidak langsung merangsang sel-sel otak. Kesannya, pada pendapat aku bukanlah semasa bayi itu kecil, contoh baru 6 bulan dah boleh main piano. Tapi, kesannya, bila bayi itu membesar. Macam anak aku. Tak perlu belajar teruk-teruk macam orang lain, tapi cepat memahami. Selain dari muzik, kita juga digallakkan supaya membaca Al-Quran atau mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran terutama surah-surah seperti Surah al-Fatihah, Surah At-Taubah, Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yaasin, Surah An-Nahl dan doa-doa daripada Rasulullah S.A.W.. Macam aku dulu, aku beli earfon dan letak tape dekat perut bini aku. Dulu pakai CD, sekarang dah ada MP3.
Pernah dengar foreign accent syndrom atau sindrom bahasa asing? Macam budak di Terangganu yang tiba-tiba fasih bercakap bahasa Mandarin dan Korea selepas kemalangan. Adalah dikatakan bahawa otak manusia semasa bayi berupaya mentafsir maksud bahasa yang didengar. Tetapi, apabila dewasa, ia akan lupa sebaliknya hanya bertutur bahasa yang digunakan oleh orang sekeliling. Lupa tidak bermaksud otak hilang upaya untuk menyimpan maklumat. Mungkin, apabila berlaku kemalangan, ada sel-sel otak akan terangsang, dan ini menyebabkan sindrom ini berlaku.
Ibu-ibu juga digalakkan untuk membaca buku serta membuat kiraan matematik. Tak perlu buat matematik tambahan atau kalkulus, cukup dengan buat matematik untuk budak-budak sekolah rendah. Sambil buat, sebut. Ini akan merangsang minda bayi.
Dan, antara yang penting ialah, kesihatan minda dan perasaan ibu yang mengandungkan itu sendiri. Ini aku memang boleh nampak dari pemerhatian aku, ada beza anak yang dikandung oleh ibu yang gembira dan ibu yang mengalami tekanan perasaan. Anak yang ibu mengalami tekanan perasaan, agak lembab dalam pembelajaran, berbanding dengan anak yang ibunya ceria serta tidak mempunyai masalah tekanan perasaan.Oleh itu, sila ambil perhatian bapa-bapa. Jaga perasaan isteri yang mengandung, kerana masa depan anak jugak tertakluk dengan tingkah laku bapa. Kajian pun ada menunjukkan, anak yang ibu mengalami tekanan perasaan akan mati muda serta mendapat penyakit lebih awal. Ini kajian, bukan aku reka sendiri.
Ada banyak lagi tip-tip yang boleh aku kongsi. Insyaallah bila ada kelapangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment