Dalam Pasaran ada bermacam jenis jala, tetapi yang popular adalah jala tangsi untuk udang dan jala benang untuk ikan.
Harga jala yang dijual di kawasan utara Malaysia antara RM60 hingga RM250. Jala Burma atau jala benang putih dijual dengan harga yang agak murah, bawah dari RM50.00. Jika dibeli di Thailand, harga dalam lingkungan 400 bath. Jala Siam pulak, jala jenis tangsi kebanyakkan warna biru atau hijau dan agak kecil diameter berbanding jala tangsi di Malaysia.
Kebanyakkan kedai pancing ada menjual jala. Antara kedai pancing ialah kedai-kedai TCE Tackle, kedai Hwa Tat di Jalan Chain Ferry Butterworth, kedai-kedai di sepanjang jalan Beach Street, Penang, dan lain-lain kedai.
Jala yang dibuat menggunakan tangan (hand made) lebih mahal dan tahan lama. Sebaliknya jala yang dibuat oleh mesin cepat rosak, tali seakan-akan reput dan mudah koyak. Jala buatan mesin juga agak halus talinya. Antara saiz tali biasanya 3/4 inci, 1, 1.25 atau a.5 inci.
Jala tangsi memudahkan kita membuang sampah atau daun-daun serta ikan kecil. Tapi ikan, udang dan ketam juga mudah lolos kerana sifatnya yang licin.
Jala benang atau dari benang nylon, akan sukar bagi ikan besar merosakkan jala tersebut, seperti spesis Siakap putih yang akan melompat dengan ganas dalam jala dan jala benang juga memudahkan menjala ketam jika kena pada musim.
Jala yang bewarna gelap berukuran panjang 12 kaki dan berat tanpa basah hampir 4-5 kilogram adalah jala yang ditempah khas untuk jala ikan, terutama untuk ikan spesis siakap. Bayangkan setelah basah, berat boleh mencecah hampir 2 kali ganda. Memang tak perlu bersusah payah ke gym untuk membina otot tangan.
Antara ikan yang sinonim dengan bila menjala udang adalah ikan bebolos atau puting damar dan kebiasaanya pasti akan dapat kalau menjala udang terutama pantai berpasir. Selain itu, awas dengan ikan berbisa seperti ikan kitang, sembilang atau depu.
Kebiasaan udang yang boleh dijala di pesisir pantai Pulau Pinang adalah spesis udang putih (Litopenaeus vannamei Boone) dan udang pistol.
Risiko :
Obor-obor dan ikan berduri dan ketuka antara risiko yang perlu dihadapi. Waspada juga dengan ular laut. Saya pernah menjala dan secara tidak sengaja tertangkap ular laut. Mata perlu tajam dan menggunakan lampu suluh jika kawasan gelap.
Sentiasa bawa cuka makan sekiranya terkena obor-obor.
Jangan basuh dengan air tawar. Ini memudaratkan lagi kesan sengatan. Air kencing pula adalah mitos. Dapatkan rawatan dari pengamal perubatan jika kesan berlanjutan.
Monday, January 16, 2017
Monday, January 9, 2017
Jala Udang Pulau Pinang
Tak ramai yang tahu tentang jala udang di Pulau Pinang. Ini kerana, kaki jala lebih kepada orang yang berahsia. Biasa la, kalau cerita heboh, bukan kata kaki jala lain yang serbu, tapi termasuk geng pukat. geng pukat ni boleh kata musuh kepada kaki-kaki pancing dan jala. Bukan sebab tak mau berkongsi rezeki, tapi lebih kepada peringatan dari golongan yang mementingkan diri.
Untuk jala udang di Pulau Pinang, kena pandai-pandai mencari kawan yang sudi berkongsi maklumat bila udang masuk. Udang masuk ni, bermakna udang rapat ke pantai. Bayangkan semalaman menjala, udang dijala mencecah lebih dari 5kg. Udang jenis udang pistol, kaki merah antara udang yang menjadi sasaran. Harga sekilogram mencecah RM50. Itu harga waktu udang banyak, kalau dekat Tahun Baru Cina, kadang-kadang cecah hampir RM100/kg.
Udang kebanyakkan hampir ke pantai waktu malam.
Berikut gambar-gambar udang yang dijala di Pulau Pinang.
Info:
- Jala tangsi lebih ringan dari jala benang (nylon).
- Jala 6-9 kaki memudahkan balingan terutama bagi level beginer.
- Jala 10-12 kaki lebih sesuai jika ingin mendapat hasil banyak.
- Kawasan yang diterangi cahaya lampu lebih berpotensi.
- Udang lebih suka kawasan yang air tenang dari yang berarus.
- Pantai berpasir
- Lubuk yang ada udang, bermakna lubuk yang ada ikan ketuka, kitang dan sembilang (ada makanan, ada pemangsa).
- Jika bernasib baik, boleh dapat ikan loban, siakap putih, siakap merah, kerapu, alu-alu dan lain-lain ikan pesisir.
- Air sejuk, udang kurang.
Peringatan : Semasa menjala, pastikan baju dan seluar panjang. Sebaiknya kain microfiber sebagai lapisan pertama. Aku dah 2 kali masuk CCU sebab aktiviti menjala. Kena sengat obor-obor dan sengat ketuka@pari. Kasut bukan satu jaminan, sebab aku pakai kasut getah masih lagi tembus oleh duri ketuka@pari. Tapi, kurang-kurang dapat elak kecederaan lebih serius.
Sapa nak tempah jala area Penang, ble contact :
019-320 3024 - Rani
019-317 5919 - Rahmat
* kredit kepada Zul ikhsan sebahagian gambar.

Saturday, January 7, 2017
Trip Karang 06 (06 Shipwreck)
Kedudukan karang 06 ni, kearah utara dari Pulau Pinang, dan hampir ke Pulau Langkawi. Perjalanan dengan bot Ah Eng dalam 4 jam.
Pagi tu seolah-olah kami dapat pelepasan ucap selamat oleh group ikan Lumba-Lumba.
Makan tak ada masalah, ada tukang masak yang telah diupah oleh tekong bot. Tapi, trip ni, kami ada Cik Lan, dia pun seorang tukang masak yang sempoi. Aku sembelih 4 ekoq itik bawak pi atas bot. Cik Lan masak kari.. pergghhh. licin beb.
Bertolak dalam pukul 12 tengahari, pukul 4 kami sampai di kawasan Karang 06 dan ikat bot dekat tali pelampung. Kami apollo cari umpan hidup dan dapat ikan selar saiz 3 jari. Kami juga standby umpan udang lipan dalam 50 ekor.
Petang tu kami dah strike kerapu. Untuk pancingan bottom, aku guna Tanakom 750. Baru-baru belajar guna mesin 'Bangla'. Sama penting bila guna set Bamgla ni, adaalh rod hoder. Harga rod holder ada yang RM100+ hingga RM400+. Beli yang mahal, bila kita guna, banyak kelebihan. Yang murah, adakala tak boleh ketatkan kat tepi bot sebab dinding bot yang lain2 bentuk. Yang best tentang bot Ah Eng ni, keliling bot ada wire untuk 'electric rell', tak perlu susah-susah usung bateri kereta. Cuma, kami perasan bila dah separuh masa memancing atas bot. Kalau tau dari awai lagi aku simpan bateri kereta aku tu.
Aku buat silap sebab lupa letak loceng. Umpan dah masuk dalam air, dan masa tengah nak letak loceng, rod aku tarik keluar dari rodholder. Masa tu laa ikan rembat. Memang besar sebab nyaris nak masuk dalam laut. Aku tarik lever, dan tiba2 tali jadi ringan. Adusss..... Ikan masuk dalam tukun dan perambut putus separuh. Tension betul.
Selain tu, casting dan jigging juga mendatangkan hasil seperti tenggiri dan GT.
Malam menjelma - bantai emas mulai attact.Kami juga menerima asakan dari cupak. Permukaan air meletup sekeliling kami. Ikan terbang bertempiaran, aksi kejar mengejar berlaku dalam lingkungan cahaya. Kami berpesta. Tapi, bila tiba-tiba menjadi sepi, kena minta tekong ubah. 3-4 kali jugak sebab bila arus dan angin berubah, kedudukan bot lari dari tapak yang ikan makan. Dan kebanyakkan yang strike, semua dihaluan bot.
Esok, pukul 7 pagi, ikan pun dah sunyi. Tekong ajak balik. Dalam pukul 11 lebih, pagi Isnin, kami sampai balik ke Teluk Bahang.
Alhamdulillah, rezeki untuk family dan kawan-kawan. Kawan-kawan aku repeat trip 06, hari Isnin 9 January 2017. Aku tak ikut sebab kerja dan berniaga. Good luck guys..

Sangkar Sungai Udang
Kali ni nak syer ikit info, sebab sangkar sungai udang ni kira glamor sejak dua menjak ni.
Sapa pernah guna jambatan Sultan Tuanku Abdul Halim (jambatan ke 2), lepas saja tol, sebaik naik jambatan, meti boleh nampak sangkar ikan. Bukan sikit, tapi berpuluh-puluh buah sangkar.
Kaki pancing mesti geram. Aku dengan kawan2 pun sama.
Kami set 1 hari, dan tempah bot melalui kawan aku. Nak masuk ke pengkalan, kalau guna Lebuhraya Utara Selatan, keluar Tol Jawi, belok ke kanan menghala ke utara. Lepas tu, depan sikit, ada balai polis belah kanan. Lepas tu, hangpa call tekong tanya macamna nak p. hahaha.. Sorry, aku pun 1st time sampai sana. Tak berapa nak ingat.
Yang pegang ikan tu, tekong Ustaz Pian. Panggil Ustaz ja, sempoi. Releks jaa..
Ikan yang boleh ditangkap di kawasan sangkar sungai udang:
Siakap putih
Siakap Merah
Ikan Merah
Kerapu
Senangin
Gerut-gerut'
Pari.
Pling banyak kalau nak bg penuh tong - ikan duri.
Fakta penting:
- Jangan pi terlalu dekat dengan sangkar, depa ada upah geng untuk patrol kawasan sangkar.
- Umpan: temenung, udang hidup, udang mati, sotong kurita, belanak.
- perambut ladung hidup
- mata kail saiz besar saiz 2/0 keatas.
Tips:
baling bagi umpan masuk bawah sangkar
Kalau hujan lebat, sapa p mengai esok, kemungkinan kumpau tinggi sebab air tawar keluar dr kuala sungai.
Contact Ustaz Pian : 012-4005162.
Habaq kata dapat nombor dari blog Saiful dapat diskaun.. melawak ja nohh...

Subscribe to:
Posts (Atom)