Monday, January 16, 2017

Jenis Jala Pantai dan Risiko

Dalam Pasaran ada bermacam jenis jala, tetapi yang popular adalah jala tangsi untuk udang dan jala benang untuk ikan.

Harga jala yang dijual di kawasan utara Malaysia antara RM60 hingga RM250. Jala Burma atau jala benang putih dijual dengan harga yang agak murah, bawah dari RM50.00. Jika dibeli di Thailand, harga dalam lingkungan 400 bath. Jala Siam pulak, jala jenis tangsi kebanyakkan warna biru atau hijau dan agak kecil diameter berbanding jala tangsi di Malaysia.

Kebanyakkan kedai pancing ada menjual jala. Antara kedai pancing ialah kedai-kedai TCE Tackle, kedai Hwa Tat di Jalan Chain Ferry Butterworth, kedai-kedai di sepanjang jalan Beach Street, Penang, dan lain-lain kedai.

Jala yang dibuat menggunakan tangan (hand made) lebih mahal dan tahan lama. Sebaliknya jala yang dibuat oleh mesin cepat rosak, tali seakan-akan reput dan mudah koyak. Jala buatan mesin juga agak halus talinya. Antara saiz tali biasanya 3/4 inci, 1, 1.25 atau a.5 inci.

Jala tangsi memudahkan kita membuang sampah atau daun-daun serta ikan kecil. Tapi ikan, udang dan ketam juga mudah lolos kerana sifatnya yang licin.

Jala benang atau dari benang nylon, akan sukar bagi ikan besar merosakkan jala tersebut, seperti spesis Siakap putih yang akan melompat dengan ganas dalam jala dan jala benang juga memudahkan menjala ketam jika kena pada musim.






Jala yang bewarna gelap berukuran panjang 12 kaki dan berat tanpa basah hampir 4-5 kilogram adalah jala yang ditempah khas untuk jala ikan, terutama untuk ikan spesis siakap. Bayangkan setelah basah, berat boleh mencecah hampir 2 kali ganda. Memang tak perlu bersusah payah ke gym untuk membina otot tangan.

Antara ikan yang sinonim dengan bila menjala udang adalah ikan bebolos atau puting damar dan kebiasaanya pasti akan dapat kalau menjala udang terutama pantai berpasir. Selain itu, awas dengan ikan berbisa seperti ikan kitang, sembilang atau depu.



Kebiasaan udang yang boleh dijala di pesisir pantai Pulau Pinang adalah spesis udang putih (Litopenaeus vannamei Boone) dan udang pistol.



Risiko :

Obor-obor dan ikan berduri dan ketuka antara risiko yang perlu dihadapi. Waspada juga dengan ular laut. Saya pernah menjala dan secara tidak sengaja tertangkap ular laut. Mata perlu tajam dan menggunakan lampu suluh jika kawasan gelap.

Sentiasa bawa cuka makan sekiranya terkena obor-obor.



Jangan basuh dengan air tawar. Ini memudaratkan lagi kesan sengatan. Air kencing pula adalah mitos. Dapatkan rawatan dari pengamal perubatan jika kesan berlanjutan.

5 comments:

  1. Nak beli jala ble contact:
    Rahmat - 019-3175919

    Marni - 019-3203024 (Boleh repair jala area Penang)

    ReplyDelete
  2. Cik berapa satu jala nye yang 5 hasta

    ReplyDelete
  3. Tuan ni mmg hebat copy & paste la. Kebanyakkan info2 dlm artikel tuan ni dtg dr laman2 web lain yg tuan ceduk mgikut keperluan tn dan kemudian tn tambah sana sini agar nampak ia lebih menarik dan tersusun. Bukan tak boleh nak ambil itu ini dr mana2 laman web or dari mana yg tn rasa perlu. Tapi biarlah ada adat ilmu agar setiap yang kita kongsikan itu mendapat keberkatan dariNya. Apa2pun, saya doakan tn agar sentiasa maju jaya hendaknya...

    ReplyDelete

cyber-lake.com Top Fishing Sites