Monday, January 9, 2017

Jala Udang Pulau Pinang

Tak ramai yang tahu tentang jala udang di Pulau Pinang. Ini kerana, kaki jala lebih kepada orang yang berahsia. Biasa la, kalau cerita heboh, bukan kata kaki jala lain yang serbu, tapi termasuk geng pukat. geng pukat ni boleh kata musuh kepada kaki-kaki pancing dan jala. Bukan sebab tak mau berkongsi rezeki, tapi lebih kepada peringatan dari golongan yang mementingkan diri.

Untuk jala udang di Pulau Pinang, kena pandai-pandai mencari kawan yang sudi berkongsi maklumat bila udang masuk. Udang masuk ni, bermakna udang rapat ke pantai. Bayangkan semalaman menjala, udang dijala mencecah lebih dari 5kg. Udang jenis udang pistol, kaki merah antara udang yang menjadi sasaran. Harga sekilogram mencecah RM50. Itu harga waktu udang banyak, kalau dekat Tahun Baru Cina, kadang-kadang cecah hampir RM100/kg.

Udang kebanyakkan hampir ke pantai waktu malam.


Berikut gambar-gambar udang yang dijala di Pulau Pinang.










Info:

- Jala tangsi lebih ringan dari jala benang (nylon).
- Jala 6-9 kaki memudahkan balingan terutama bagi level beginer.
- Jala 10-12 kaki lebih sesuai jika ingin mendapat hasil banyak.
- Kawasan yang diterangi cahaya lampu lebih berpotensi.
- Udang lebih suka kawasan yang air tenang dari yang berarus.
- Pantai berpasir
- Lubuk yang ada udang, bermakna lubuk yang ada ikan ketuka, kitang dan sembilang (ada makanan, ada pemangsa).
- Jika bernasib baik, boleh dapat ikan loban, siakap putih, siakap merah, kerapu, alu-alu dan lain-lain ikan pesisir.
- Air sejuk, udang kurang.

Peringatan : Semasa menjala, pastikan baju dan seluar panjang. Sebaiknya kain microfiber sebagai lapisan pertama. Aku dah 2 kali masuk CCU sebab aktiviti menjala. Kena sengat obor-obor dan sengat ketuka@pari. Kasut bukan satu jaminan, sebab aku pakai kasut getah masih lagi tembus oleh duri ketuka@pari. Tapi, kurang-kurang dapat elak kecederaan lebih serius.

Sapa nak tempah jala area Penang, ble contact :

019-320 3024 - Rani
019-317 5919 - Rahmat

* kredit kepada Zul ikhsan sebahagian gambar.

2 comments:

  1. salam admin. t.kasih atas info yg dikongsikan. udang pon nampak bersaiz kasar. cuma lokasi x dinyatakan ya. setahu sy di TT tu mmg port faveret. dah mcm ada temasya kat sana slalu

    ReplyDelete

cyber-lake.com Top Fishing Sites