Sekarang udang dah habis musim, aku pun sibuk jugak, jadi trip keluar terpaksa dihentikan sementara.
Hari Sabtu, kawan ajak pi memancing di area Gertak Sanggul. Dekat dengan Teluk Yu atau Tanjung Gemok. Kawan-kawan aku nak pi cast, aku mulanya tak mau nak ikut sebab pukul 3 petang sudah nak berniaga. Tapi setelah diruntun oleh kawan-kawan, aku ikut jugak.
Keluar dari rumah menuju Gertak Sanggul dah pukul 9 pagi. Singgah ke rumah apek di Gertak Sanggul untuk beli cacing laut, sebungkus RM2.50.
Perjalanan dari hujung Gertak Sanggul melalui jalan simen atas bukit dalam 20 minit. Dari atas bukit, nampak pantai sayup, memang teruk kalau nak balik nanti. Turun kena berhati-hati sebab curam hampir 50-60 darjah. Kalau silap, boleh bergolek jatuh kebawah. Patut laa tak ramai orang pergi ke sana. On the way, terjumpa jejak babi hutan, dan kawan aku Zul bagi amaran supaya berjaga-jaga sebab dia pernah terserempak dengan babi hutan yang bersaiz agak besar dengan anak-anak. Siap babi hutan tu yang gempaq kawan aku. Yang si Saddam ni plak dok cerita dia pernah kena kejar dengan babi hutan masa dikampung. Aku dah cuak sebab pantang orang tua-tua sebut binatang ni. Sampai kawasan pantai, ternampak jejak kaki kecil dan ditengah tapak kaki ada garis panjang. "tu bekas tapak memerang" kata Zul. Dan semua tapak-tapak kaki tu menuju ke arah lubang dibawah batu besar.
Masa di kawasan pantai, lepas Zul tolong buat simple FG knot, dia terus ke kawasan batu dan cast. Tiba-tiba dengar dia menjerit seronok, dah strike... Rasa balingan pertama terus dapat kerapu. Adus... tekanan.
Kawan aku sorang lagi, dengan Saddam turun cast, dia pun strike. Geram pulak aku, tapi aku dah pasang niat nak pancing puting damar, aku tak ikut kawan-kawan aku.
Aku pilih batu hampar, jam dah hampir pukul 11 pagi, aku tanpa buang masa guna mata kail apollo atau Sabiki dan cakuk umpan cacing laut. Mulanya agak senyap, dan aku teringat yang ada orang kata, kalau pancing bolos, sebaiknya karau perlahan. Memang betul, terasa ada larian ikan dihujung kail. Aku karau, dan bolos agak besar ada dihujung joran. Saiz hampir 2 jari orang dewasa. Tapi banyak pulak gangguan dari gelama dan duri. Ada masa kail tak sempat cecah dasar dah ditarik oleh ikan. Tiba-tiba hutan dibelakang aku bergegar kuat, macam pokok tumbang. Kawasan tu tadi kami terjumpa tapak kaki bibi hutan. Cuak jugak, dah la pancing sorang-sorang.
Tengok jam saja dah pukul 12 lebih, aku pun balik awai. sepanjang jalan aku menempik dan berhenti. Terasa macam nak putus nafas semput. Teruk sangat nak panjat, mana dengan tong umpan, kotak pancing, rod pancing dan beg sandang.
Bila balik, baru teringat yang kawan-kawan yang pernah mai mancing area ni sebut nama kawasan tu - check point - kena berhenti 5-6 kali sebab nak ambil nafas. Penat ooiii.. Mau hilang 2-3 kilogram berat badan.
Monday, October 30, 2017
Sunday, October 22, 2017
Karang Luar Penang - International Water
Trip yang tak dirancang, aku terima pelawaan dari Wan Awie - Tekong bot pancing area Jambatan. Dia bagitau, Tekong Asmadi nak buat trip last minit dari petang esok balik. Memandangkan esok Depavalli, dan aku cuti, elok jugak aku ikut. Rancangan awal dengan kawan baik nak pi pancing bolos di Teluk Bahang kena cancel.
Persiapan apa pun tak ada sebab rasanya dah cukup, aku betul-betul terlupa bab umpan. Janji pukul 5, tapi sebab ada 2 orang tersangkut atas jambatan, pukul 6 lebih baru bertolak dari pengkalan di pantai Seagate. Tekong dah bising sebab takut lewat dan tak sempat apollo umpan. Umpan yang ada cuma udang lipan 30 ekor. Aku dah cuak sebab apa umpan pun tak dak.
Bertolak dengan 2 enjin 115 memang berdesup, macam terbang atas air. Terus kami cari unjam dan awak-awak Shah ikat pada pelampung unjam. Alhamdulillah, rezeki. Umpan anak selar dan temenung borek banyak dinaikan. Maacm boleh buat kuah laksa.
Waktu matahari hampir terbenam, panorama yang sangat indah. Betapa hebatnya ciptaan Allah.
Dalam 30 minit kami apollo anak ikan, langit semakin gelap. Kami bergerak ke lubuk baru.
Sampai sana masing-masing dengan set bangla (kekili elektrik) beraksi. Aku cakuk anak borek saiz 2 jari dan lepas ke dasar. Meter pada set bangla menunjukkan 60 meter. Arus agak laju dengan batu ladung no 720. Cecah saja dasar, terus ada ragutan. Aku cepat-cepat tekan butang karau. Ingatkan jenahak, tapi cupak dalam saiz 1kg. Apa boleh buat, rupanya, itu saja rezeki aku sampai ke cerah.
Malam tu, yang dapat hasil, Shah - Berangan (macam merah suman), dan jenahak dalam saiz 1kg. Bob paling cemerlang dengan umpan udang lipan. Kerapu a.k.a. Boron 14.5kg. Mesin Banax Kagen kena kayuh manual, sebab ikan terlalu kuat. Rezeki pada Bob.
Lepas tu senyap terus.
Aku terjaga dalam pukul 6 pagi dan tengok di kaki bulan yang ada sedikit cahaya dibawah dan berwarna keemasan dan ditepi bulan, ada sebutir bintang bercahaya keemasan yang sama seperti bulan. Masya Allah, begitu khayal aku tengok, rasa macam nak hentikan masa dan pandang puas-puas sebelum hilang ditelan cahaya matahari pagi. Aku cuba ambil gambar, tapi resolusi lekeh. X boleh nak view dalam handphone.
Esok pagi, tekong ajak kami bergerak cari lauk, otek dan landuk. Menggunakan pancingan dasar, dan umpan isi ikan, memang meriah kena serang. Alhamdulillah, ada jugak lauk untuk dibawak balik.
On the way balik, aktiviti atas laut sibuk dengan bot-bot nelayan dan bila hampir dengan pantai Teluk Bahang, kami nampak bot APMM@ Marintim bergerak kearah bot pukat yang sedang menunda dan tahan bot pukat tunda tersebut. Menurut Shah, patut bot pukat tunda tu sepatutnya lesen untuk 7 batu keatas dari pantai dan kalau ikutkan, APMM akan tahan dan tarik bot kepengkalan. Tapi, lebihkurang dalam 5 minit, bot APMM tu bergerak dari bot pukat tunda tu dan bot pukat tunda bergerak kembali. Mungkin kena warning saja kut..
Ikan kerapu, kami semua sepakat potong dan bawak balik sorang sikit.

Thursday, October 12, 2017
JALA KETAM PENANG
Ramai orang tak tahu bahawa selain menjala ikan dan udang, ketam juga boleh ditangkap di perairan Pulau Pinang.
Selain menggunakan tangkul atau tangkui, ketam, terutama spesis ketam bunga / ketam biru / ketam renjong boleh ditangkap dikawasan pantai Pulau Pinang.
Kalau kena musim, 'jenuh makan' orang utara kata.
Selalunya kena ikut pasang suruh air jugak. Kalau air pasang besar, lebih lumayan hasil berbanding dengan air mati.
Berikut gambar-gambar ketam hasil jala.
Ketam fresh tak payah masak susah-susah. Rebus dan makan macam tu ja. Memang sempoi.
Gambar-gambar kredit kepada kaki Jala : Rahmat, Azman, Alie dan Zaini.

Wednesday, October 11, 2017
Ikan Gelama
Ikan Gelama, Sand Croaker
Ikan Gelama, atau dalam bahasa Inggeris, dirujuk sebagai Sand Croaker. Ada juga,
merujuk sebagai Jewfish. Bagaimanapun, pada pendapat saya, Jewfish adalah merujuk kepada
spesis gelama yang besar, juga dikenali sebagai Ibu Gelama atau disebelah utara sebagai Gelama
Pisang. Pada pendapat saya, nama sand croaker adalah merujuk kepada sifat ikan gelama itu
sendiri, yang banyak mendiami kawasan berpasir (sand) dan apabila dipancing, ia akan
mengeluarkan bunyi – krok, krok..Maka, dengan itu, namanya disebut, sand croaker.
Ikan Gelama atau sand croaker ini adalah dari keluarga Seiaenidae. Ia mendiami hamper semua
jenis kawasan berair masin. Antara habitatnya adalah kawasan persisir pantai pasir atau berselut,
muara sungai, sungai yang berair payau, kawasan laut dan juga laut dalam. Ikan Gelama, kalau di
sebelah Penang, orang-orang Cina Hokkien merujuk kepada Gulama dan kadang-kadang, bunyai
hampir kepada U’lama
Bagi saya, yang menetap di Pulau Pinang, ikan gelama boleh dipancing hampir dimana-mana
sahaja. Bahkan, bagi pemancing yang baru menceburi aktiviti memancing, atau ingin beriadah
bersama-sama dengan keluarga, memancing gelama adalah satu pengalaman yang menarik.
Bagaimanapun, bagi pemancing tegar, atau mereka yang ingin memancing ikan-ikan spesis besar
yang lain, maka ikan gelama adalah di ibarat pengacau.
Ikan gelama adalah ikan yang hidup didalam kumpulan, maka, jika seseorang itu memancing, dan
hasil yang diperolehi adalah gelama, pasti ikan-ikan yang akan naik seterusnya adalah ikan
gelama. Ada sesetengah pemacing, mereka akan berpindah lubuk jika spesis
dinaikkan adalah ikan jenis gelama, kerana, apa bila ikan gelama yang mendominasi kawasan
tersebut, peluang untuk ikan spesis berharga lain hampir tiada. Ia umpama, bila tikus keluar,
bermakna tiada kucing. Jika ikan gelama banyak, bermaksud, ikan pemangsa seperti jenahak,
kerapu, senangin, atau siakap tiada, maka, ikan-ikan kecil akan bermaharajalela. Ikan gelama
adalah antara ikan mangsa, atau sumber makanan bagi ikan-ikan pemangsa besar yang lain.
Antara jenis-jenis ikan gelama:
1. Gelama Minyak (biasa) – paling senang dipancing
2. Gelama Bongkok – bersaiz besar hampir saiz kasut lelaki dewasa
3. Gelama Tengkerong – Sedap tetapi sukar ditangkap, umpan, hirisan ikan. Boleh cecah 2kg +
4. Gelama Hitam
5. Gelama Pisang/Ibu Gelama
Teknik Pancingan Gelama
Sand croaker ini boleh dipancing hampir apa sahaja teknik bawah (bottom), antara ikatan pancing
yang saya suka guna untuk memancing ikan gelama ini ialah ikatan paternoster dan single hook.
Ikan gelama bukanlah ikan yang memilih atau sensitive terhadap ikatan mata kail. Ianya akan
membedal hampir apa sahaja, asalkan matakail diletakkan umpan. Mata kail yang digunakan
adalah bersaiz kecil. Saya lebih suka menggunakan set perambut yang telah sedia diikat dan boleh
dibeli di kebanyakkan kedai pancing iaitu dikenali oleh pemancing tempatan dengan nama Apollo.
Rasanya, perambut ini dikembangkan oleh orang-orang Jepun, Ikatan paternoster Sabiki ini
merujuk kepada satu tali besar, mungkin 15-20 paun (lb), dan diikat dengan 6-8 mata kail kecil.
Disetiap hujung ikatan Apollo ini, akan diletakan swivel atau kekili untuk disambung dengan tali
utama pancing dan dibahagian bawah, diletakkan ladung. Teknik ini paling menjimatkan masa,
kerana, pancing dapat disiapkan tidak sampai dari 2 minit. Di setiap matakail Sabiki, selalunya
akan diletakkan biji manik yang bercahaya dan juga ada sedikit rerambut atau bulu-bulu plastic
halus yang berfungsi sebagai penarik anak-anak ikan untuk memakan matakail tersebut. Bagi
saya, ikatan Apollo yang menggunakan kulit ikan sebagai penarik dimata kail adalah yang terbaik.
Teknik ini, lebih terkenal untuk mendapatkan umpan seperti ikan kembung / temenung atau
mackerel, tamban, plata atau selar dan juga anak-anak bilis.
Kalau gelama tengkerong, persiapan boleh guna matakail dan perambut yang lebih kasar sebab saiz ada sehingga 1-2 kilogram. Gelama tengkerong ada kawasan tertentu, ini kena rujuk dengan nelayan atau kaki pancing tempatan. Dikatakan, kawasan yang ada tengkerong ni, ada senangin. Teknik pancingan boleh guna pancingan biasa, tetapi umpan, isi ikan. Boleh guna isi ikan temenung (la ni dah mahal, tahun 2010, RM3/kg, 2017 RM18/kg) atau isi belanak.
Untuk menggunakan Apollo bagi menangkap gelama, setiap mata kail, perlu diletakkan umpan.
Kemudian, hanya baling dan tunggu. Jika kawasan tersebut mempunyai banyak ikan gelama,
pasti, tidak sampai 5 minit, pancing anda pasti disentap oleh ikan. Saya pernah memperolehi ikan
gelama lebih dari 120 ekor ikan gelama pada 1 malam pancingan.
Bila menggunakan teknik Apollo ikan lain seperti ikan tanda, bebulus, senangin, sembilang,
kerapu bahkan senangin juga berpeluang dipancing..
Umpan
Ikan gelama tidak memilih umpan, boleh dikatakan hampir semua upan boleh digunakan.
Bagaimanapun berikut adalah umpan-umpan yang selalu saya guna bagi menjerat gelama :
1. Udang pasar (kerat halus)
2. Hirisan ikan kembung/temenung – paling sesuai untuk gelama tengkerong
3. Sotong
4. Anak bilis
5. Kerang
6. Perumpun Nipah
7. Perumpun pasir Cacing pasir
Umpan lain yang berpotensi
1. Udang hidup (gelama kecil akan gigit sikit2 udang besar) dan ini pengacau umpan
2. Anak ketam angina
3. umang-umang
4. isi siput kepah
Masa Pancing Yang Sesuai
Ikan gelama tidak memilih air pasang atau surut. Maka, ia boleh dipancing pada bila-bila masa.
Set Pancingan
Set pancingan biasa sudah boleh digunakan. Sebaiknya, untuk pancingan pantai, guna rod yang
bersaiz 7 kaki keatas, medium atau light weight. Kekili bersaiz 1000 hingga 3000 dengan tali
berkekuatan 10-20 paun, sepanjang 100-200 kaki sudah memadai. Ini kerana ikan gelama biasa
tidak memiliki daya juang yang tinggi. Tapi jika, umpan, di makan oleh Gelama Pisang atau
Gelama Tengkerong, perlawanan pasti menarik.
Pancing menggunakan koyan (handline) juga boleh dipraktikkan bg mereka yg tidak mempunyai
budget atau kewangan yang terhad, seperti pelajar universiti dan sebagainya..
Lain-lain
Ikan gelama juga boleh dibuat umpan. Antaranya, umpan untuk ikan kerapu, jenahak, senangin
dan alu-alu. Bagaimanapun, ikan gelama ini kurang effektif, berbanding umpan ikan yang lain
seperti, kembung, selar, atau udang hidup.
Masakan
Ikan gelama bukan sahaja senang dipancing, malah sedap jika dimasak kalau kena cara. Hanya dengan
menggoreng rangup, ikan gelama sudah cukup enak dimakan panas-panas, kuah gulai cair, ada ulam dan sambal.
Antara resepi masakan
untuk ikan gelama ialah, bakar, stim, masak pindang (masak air), kari, masak pedas, masak lemak
cili padi – ini sedap ni, kukus dan goreng tepung/perisa.
Ikan gelama juga sedap jika dibuat sebagai ikan masin atau ikan kering.
Kalau di Pantai Timur Malaysia - Kelantan dan terangganu, harga ikan gelama masin boleh mencecah sehingga RM60/kilogram dan jika musim ikan gelama masuk ke muara, kita boleh lihat banyak bot-bot kecil didalam muara, memancing ikan gelama.

Monday, October 9, 2017
Trip Kapal Russia & Kapal Karam Berdekatan
Kami bergerak keluar menaiki tekong Diman, dari pantai Tanjung Tokong yang terletak dibelakang Tesco Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Cuaca agak baik cuma alun panjang sedikit yang boleh buat kepala pusing.
Apa pun, cari umpan hidup dahulu, bonus bila dapat cencaru kuda (cencaru saiz besar). Ini acara wajib kalau-kalau ikan bawah tak ada.
Trip pancing kali ini terbuka, ada yang guna teknik jigging, casting bulu, bottom, hamboq (lepas ikan hidup guna belon) dan apollo.
Baru 15 minit parking, tenggiri sudah sambar umpan casting bulu ayam.
Hari tu, hasil amat memberangsangkan. Umpan sotong kurita yang dijala 2-3 hari sebelum trip pun menjadi. 1 umpan : 4 ekor ikan.
Aku yang dari pagi cuma naik otek bersaiz hampir 2kg masih lagi asyik tukar umpan, orang lain dah naik ikan 3-4 ekoq. Yang guna apollo pun dapat gerut-gerut saiz 700gram.
Aku pancing dan dapat anak ikan kunyit besar 4 jari. Terus aku cakuk pada mata kail dengan perambut 80 lb. Hampir 15 minit, tiba-tiba rod bottom dengan kekili bangla tanakom 750 melentuk dan hampir mencecah air. Tekong tolong karau, dan kami semua dok ingat nak meletup dah. Cuma tunggu saat samada rod patah, mesin meletup atau perambut putus. Mesin bangla tak boleh nak karau masuk tali, sebaliknya tali pula yang ditarik keluar. Hampir 5-10 minit jugak laa, tekanan betul. dan akhirnya ikan menjadi lemah. Sebaik ikan timbul atas permukaan laut, kami semua bersorak gembira. Sekali tengok macam dinasour pun ada, kepala kerapu besar sangat.
Lain-lain, layan gambaq:
Tekong Dman - 017-4699096

Subscribe to:
Posts (Atom)