Tuesday, November 26, 2013

Pancing Pantai Parking 5 Kupang, Penang (Surf Casting)

Bulan Oktober 2013, hari Ahad. Aku dah lama tak turun mincing sebab bini pregnant. So, bila anak dah lahir, lepas pantang, aku apa lagi. Lesen dah dapat kembali laa.

Sebab dah lama tak mancing, aku cuma buat program terjah separuh hari saja.








Malam sebelum tu, aku p menjala umpan belanak dan udang. Tapi, air mati, jadi umpan tak banyak. Esok tu, awal pagi, aku turun dengan anak aku. Dari Bayan Lepas, kami masuk area Teluk Kumbar, lepas tu ke Gertak Sanggul. Pastu, naik dengan moto. Sempat terlajak dan melilau cari susur masuk nak ke Parking 5 kupang sebab lama ak pi mancing sana. Sampai kat kawasan parking, ada budak cina mai kutip duit. Aku bagi 5 kupang (RM0.50) dan menapak turun ikut denai celah pokok getah. Respek sungguh aku kat bangsa Tionghua ni, hujung pulau dalam hutan kebun getah pun ble buat duit.

Kat tempat parking, aku perasan tak banyak motor. Kira air tak cantik. Sebab tak ramai orang. Dan memang betul pun, hari tu, air tak elok. Cuma ada 4,5 orang apek. Slalu macam pesta.

Tamat halfday trip, hasil tak berapa menarik, tapi alhamdullilah, boleh laa nak buat lauk untuk2,3 kali makan. Dapat laa ikan2 kecil besar tapak tangan.

Pot ni, pot favorite aku. Banyak hasil aku dah angkut dari pot ni.

Friday, March 22, 2013

Speed Fishing - Gelama

Macam biasa, pot bawah Penang Bridge, projek pancing ni sebenarnya bulan October 2012. Aku dan anak aku, naik dari Bagan Dalam, Butterworth.

Hari tu, umpan hidup tak ada, jadi memang tak dapat ikan idaman seperti jenahak, senangin atau ikan merah. Dah rezeki, jadi kita terima saja la, bukan tiap kali pi mancing dapat ikan besar-besar.













Disebabkan boring, aku dan anak aku pancing gelama. Kami buat pertandingan, sapa paling banyak bawa naik ikan gelama dalam masa 30 minit. Jadi, inilah hasilnya..

13 ekor setiap 30 minit (tapi aku saja bagi extra time kat anak aku, bagi dia syiok sikit)



Tengah-tengah melayan gelama, ada gak tarikan yang membuat adrenaline membuak-buak. Memang wajib untuk aku guna umpan anak bilis (yang tak berapa ekor) dan gantung tepi tiang. Dalam asyik melayan gelama dengan anak aku, tiba-tiba bait alarm okuma aku berbunyi. Ingatkan ikan keluarga lutjanidae, jenahak ka, merah ka, rupa-rupanya ikan baji. Tapi besaq jugak baji tu. Boleh la buat anak aku ralit sat dari dok bising boring.

Kolam Pancing Air Tawar (Fresh Water Pond) Puncak Biru - Guar Jentik, Perlis

This is about fresh water pond fishing outing in the most nothern state in Malaysia, Perlis.

Kawasan pancing (dara lagi) milik suami makcik aku di Perlis. Kolam tu memang best sebab dulu dia kuari batu kelikir. Jadi, bila kuari tu tidak lagi digunakan, terjadilah kolam-kolam yang air sesetengahnya kebiruan, dan dilepaskan beberapa spesis ikan termasuk patin dan haruan. Dulu dia orang ada buat tempat ni sebagai padang untuk paint ball. Tapi dah tutup sebab masalah pengurusan. Kolam ada lebih kurang 7 buah kolam, dan setengahnya besar, dan ada sesetengah kolam, ikan macam boleh pilih masa memancing sebab air terlalu jernih. Tapi aku tak ambil gambar kolam tu plak.

Kita layan sikit gambar pemandangan. Aku ada suggest dekat bapak sedara aku tu untuk buat kolam pancing C & R. Di Perlis ni susah nak cari, tapi ramai kakipancing, setengahnya kawin dengan orang Perlis, mati kutu. Takkan hari-hari nak mencing puyu bendang kut.


Kami guna umpan tepung dan dicampur dengan sedikit dedak makanan ikan. Cara pancing menggunakan 'pole' atau boqkai. Tali 15 paun dengan mata kail puyu. Jadi, harapan nak pancing ikan besar seperti jelawat atau patin memang tipis sangat-sangat. Haruan dah sah-sah tak akan makan umpan sebab guna tepung.































Ikan yang dibawa balik cuma talapia yang bersaiz besar dan puyu. Ikan bersaiz kecil dilepaskan semula kedalam kolam - Catch and release.

Ikan yang ditangkap, kami bawak balik dan goreng. Rasa memang sedap sebab kualiti air yang bersih dan mengalir. Langsung tak rasa atau bau hamis seperti kebiasaan.


Berita Terbaru : Kolam Pancing Puncak Biru telah dibuka dari pagi hingga malam. Hubungi 017-473 1969 Ada kemudahan makan minum, solat dan juga pondok dengan lampu untuk pancingan malam. Bayaran amat berpatutan.

Monday, May 7, 2012

Trip Kemasin - Pulau Redang/Perhentian

Trip Kemasin - Pulau Redang/Perhentian.

Trip 3 hari 2 malam.
Perjalanan dari Pulau Pinang melalui Gerik/Banjaran Titiwangsa/Jeli/Kota Bahru.
Bertolak pukul 8 pagi dari Permatang Pauh tiba jam 5 petang.
26 kakipancing 4 kereta, 1 MPV, 1 frontier dan 1 van.
3 bot dari Kuala Kemasin.
Nak dijadikan cerita, aku tertinggal set alat mata kail dan ladung. Nasib dalam beg masih ada beberapa mata kail dan kili serta tali perambut.

Singgah makan sebelum bergerak ke Kelantan.














Kuala Kemasin












Hari 1, Malam 1 - cari sotong, dengan cara menjala dan sauk. Tapi, jala lebih cepat berkali ganda dapat sotong.
Pukul 2 pagi, bergerak dan sampai pukul 10 pagi di kawasan Pulau Redang.


Sotong yang dijala di simpan di dalam tong untuk di gunakan sebagai umpan hidup.








Hari 2 - Pancingan lebih kepada unjam (tuas). Umpan udang hidup.
Ikan sasaran, ebek dan jenahak.
Hasil tangkapan - 6 ekor ebek, 1 jenahak.
Jenahak hari kedua.


Malam 2 - Bot menuju ke arah Karang Payung tapi lebih kurang pukul 11 malam dilanda angin ribut.
Acara pancing / candat langsung tak dapat dibuat. Tiada tangkapan pada malam kedua.

Ribut muncul dikaki langit.



Hari 3 - Bergerak ke beberapa unjam tapi hanya ikan2 karang dan kerapu serta kerisi banyak dinaikkan. Tiada tangkapan ikan bersaiz besar.

Pukul 5.30 petang kembali ke kawasan Kuala Kemasin.



Keseluruhan hasil agak kurang memuaskan kerana faktor cuaca hujan lebat serta angin pada malam kedua. Bot yang memancing disekitar kawasan pulau mendapat hasil yang lebih baik kerana berlindung dari angin ribut.

Tuesday, April 17, 2012

Pancing ikan 8.9

Tajuk macam demonstrasi pulak, ada point sembilan (.9). Tapi, yang ni, sebab masa aku pi mancing bawah jambatan pada Rabu, 11 April 2012, di Sumatera berlaku gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher. Patut pun la, air pasang hari tu laju semacam. Ini sedikit update trip aku pada hari tu:
Petang sebelumnya, aku jenuh melilau cari umpan ikan temenung, merata-rata tempat aku singgah. Tempat-tempat yang biasanya ada ikan-ikan segar, langsung tak ada. Ah Eng, anak toke kat market Jalan Tujuh, bagitau yang ikan temenung langsung tak ada. Ikan lain pun biasa-biasa sahaja, tak banyak. Mau, tak mahu, aku beli udang untuk buat umpan. Nasib baik sebab udang pun segar lagi. Ingatkan nak menjala malam tu, tapi, rasa malas la pulak.
Esoknya, aku bergerak keluar dari rumah. Aku dengan anak aku sampai dekat jeti Ujung Batu, Bagan Dalam lebih kurang pukul 8 pagi. Sampai di jeti, dah ada beberapa orang sedang menunggu sampan. Sedang kami menunggu sampan, aku tunjuk dekat anak aku, ular air sedang mengendap ikan-ikan belacak yang bermain tepi gigi air. Dalam dok tengok-tengok ular, sampan sampai. Kami ramai-ramai punggah barang dan bergerak ke bawah jambatan. Pemandangan indah, boleh tengok helang menyambar ikan, dan sekawan burung gagak, terus menyerang dan cuba merampas ikan dari burung helang.
Tak lama kemudian, kami sampai, aku pilih tiang 45. Ramai jugak, hampir penuh tiang no 30-50. Sampai saja, aku terus pasang set pancing dan letak mata kail apollo. Dah tugas rasmi, anak aku kena cari umpan apollo sementara aku memasang set-set pancing yang lain .
Air laut sedang turun dari arah Pulau Aman menyonsong ke arah dermaga feri di Butterworth, ini menunjukkan air surut.
Aku menyuruh anak aku mengunjun apollo di tepi tiang jambatan. Hasil yang diperolehi ialah ikan bilis dan ikan selar. Ikutkan, banyak anak-anak ikan boleh dipancing menggunakan apollo.
Teknik apollo, bagi aku, adalah asas bagi aktiviti memancing, terutama jika ingin mendaratkan ikan-ikan spesis pemangsa seperti jenahak, senangin, merah, talang atau alu-alu.
Apollo, atau setengah artikel aku baca, merujuk kepada sabiki, adalah sejenis ikatan yang mempunyai banyak mata kail. Ikatannya adalah jenis ikatan patenoster, cumanya, ikatan dibuat untuk mata kail yang bersaiz kecil. Dalam simpanan aku, sentiasa tersedia sabiki bersaiz 8 hingga 9, dengan kekuatan tali 10-15 paun dan bermata kail kecil, sesuai untuk menaikkan ikan bilis. Tapi, jangan tak percaya, kerapu, talang dan jenahak antara ikan yang pernah aku naikkan menggunakan apollo saiz ini. Senangin pun pernah aku dapat. Dan paling best, aku tak perlu nak ikat teruk-teruk perambut. Dengan modal RM1.80-2.50, dapat perambut yang mempunyai 6 matakail.
Berikut antara contoh apollo atau sabiki yang ada dipasaran. Yang besar tu, ada bulu ayam dan tali berkekuatan antara 20-30 paun. Yang ini aku standby untuk guna di tuas atau kawasan yang mempunyai ikan bersaiz besar seperti temenung borek atau cencaru. Kalau di tuas, saiz ni sesuai untuk menaikkan ikan cencaru kuda yang mencecah hingga hampir 2kg!
Dalam tengahhari, lebih kurang pukul 1, air mulai pasang, sempat aku bawak naik ikan kerapu dengan mengunakan ikan bilis. Manakala, anak aku, dia kata dapat ikan, bila dikarau, seekor ikan daun bahru berjaya dinaikan (tapi dah nak mati pun). Tak tau berapa lama dah tersangkut kat matakail yang berumpan udang.
Pancing lain, yang berumpankan ikan bilis dan selar, yang dibuat umpan, tak berjaya menaikan walau ada tarikkan. Menjelang petang, air semakin laju, malah terlalu laju dan tinggi daripada biasa. Dalam pukul 4.45 petang, aku menerima panggilan yang tak putus-putus memaklumkan berlaku gegaran gempa bumi dan amaran stunami telah dikeluarkan. Cuak jugak walau berdasarkan pengalaman aku, stunami mengambil masa antara 2-3 jam untuk sampai ke Penang. Aku cakap bukan sebab pandai terlebih, tapi, stunami yang melanda pada tahun 2004, aku sedang memancing dengan anak aku di Batu Feringgi. Aku sempat lari sebab melihatkan keadaan sekeling, keadaan air, gulungan ombak dan air yang datang dari jauh, buat aku awal-awal melarikan diri ketempat yang lebih tinggi. Malang buat berpuluh-puluh pengunjung yang lain yang meninggal dunia.
Apapun, ramai pemancing yang pada fikiran aku, mendapat panggilan telefon, kerana dengan serentak, semua mengemas barang-barang pancing. tapi dalam pada tu, ada jugak yang tak tahu dan mereka tak balik kerana over nite bawah jambatan. Disebabkan ramai pemacing nak balik waktu yang sama, aku kena tunggu hingga trip ke 4 untuk balik.
Alhamdullilah, pukul 6 lebih, sampan datang dan bawak aku dan anak aku balik ke jeti dengan selamat.

Wednesday, March 21, 2012

Penang Bridge March 2012






Aku tak berapa bersedia sangat nak memancing bawah jambatan, sebab agak lama tak turun memancing betul2. Jadi, kira sesi memanaskan badan. Kebetulan, kawan aku dr KL ajak aku, dan memandangkan hari Isnin company aku off, so aku buat keputusan memancing overnite bwah jambatan.
Sehari sebelum itu, aku jala udang di kawasan seagate. Udang tak banyak, dalam 500 gram. Tapi, kira cukup, sebab aku dah pesan dekat kawan aku beli ikan temenung dan udang di market Chai Leng Park. Ikan temenung di sana selalunya segar2 sebab baru naik dari Kuala Muda.
Kami sampai di tepi jambatan Pulau Pinang lebih kurang pukul 4 lebih. Aku sampai dulu, bila kawan aku sampai, kami terus naik bot. Target kami tiang 3, tapi dah ada orang. So, aku buat keputusan p kat tiang 4.
Sampai, apa lagi, kelengkapan pancing kena cepat2 buat takut gelap, susah nak ikat perambut.
Aku target ikan jenahak dan ikan alu-alu. So, kena cari umpan hidup. Nak jadi cerita, ikan tak ada yg sudi mkn pancing apollo. Mau tak mau, kena harap dekat ikan gelama ja laa.
Tiba waktu malam, kami kena serangan ikan gelama. Bertubi2. Sampai aku naik jemu. Terus hilang mood nak mancing.



Aku tidur sambil sekali sekala check tengok umpan. Tak ada sambutan.
Esok pagi2, aku bangun, dan tengok tiang sebelah tengah bergasak dgn ikan talang, GT dan jenahak. Aku tak tahan, terus cari umpan dgn apollo, nasib baik ada anak bilis yg makan apollo. Tapi, dah tak ada rezeki, cuma ada 1 tarikkan kuat, tapi tak lekat.
Aku mcm biasa, akan pasang set tepi tiang dan guna umpan udang yg aku jala malam sebelum tu. Masa tengah tengok2 pancing, berdesing bunyi set okuma aku. Aku cepat2 off drag dan dapat rasa ada tarikkan ikan. Lega, akhirnya dapt jugak, dan aku tengok tali menghala keluar dr tiang. Aku agak ikan merah atau jenahak. Tiba2, terasa beban ikan dan tak berat, bila aku karau naik, rupa-rupanya ikan Kerapu aku kena cukai. Ini sah kerja ikan alu-alu.
Sampai balik pukul 5 petang hari Isnin, kami cuma dapat 1.5 ekor kerapu, 1 GT, 1 tanda, 1 mayong (dlm 1kg+) dan puting damar (bebulus) saiz xxl dan berpuluh2 ekor ikan gelama.

Sunday, November 6, 2011

Jambatan Pulau Pinang - October 2011

Lama tak update, tapi bukan makna tak mancing, cuma tak sempat nak duduk depan PC dan update blog aku nih.
Nak bagi tau sikit, sekarang bawah jambatan dah banyak 'monster' dan aku dah kalah teruk. Putus, dan terbaru sekali, hampir nak melecur ibu jari aku tahan gelung tali sebab kena tarik bawah tiang jambatan.
Ceritanya mccamni, hari Ahad, dalam awal bulan 10 2011, aku ajak ayah aku, adik aku pi mancing bawah jambatan. Turut nak mengekor, anak aku, dah darjah lima, dan tugas rasmi dia-apollo-cari umpan anak ikan. Kali ni kami naik dari Bagan Dalam, Butterworth. Lepas beli umpan serba sikit dekat market Chai Leng Park, kami pun bergerak ke jeti.


 
Di pendekan cerita, kami sampai di tiang bawah jambatan lebih kurang pukul 10 pagi. Lewat sikit sebab tunggu perahu.
Hari tu, anak bilis banyak jugak, tapi ikan umpan seperti tamban, selar kurang. Apapun, ikan yg dapat sesi pagi, kerapu, sembilang gelama papan (hampir 600gm) dan bebulus. Ikan bebulus a.k.a. puting damar, saiz yg ada dibawah jambatan agak besar. Ada yang lebih besar dari ikan temenung yg dibeli di pasar.
 
 
 
Tapi, hari tu, hasil atau tarikan ikan mega agak mengecewakan dan aku masih nak cuma mana tau rezeki last minit.
 
 Anak aku, yang tugas rasmi dia mencari umpan, berjaya dapat anak temenung. Aku cepat-cepat cakung di kail saiz 2.0 dengan tali utama 20 paun dan ia satu kesilapan sebab aku tak pasang pada tali pancing yang lebih kasar. Tak sampai 5 saat umpan masuk dalam air, tiba-tiba satu tarikan berlaku. Aku cuba tahan sebab larian menuju bawah tiang dan tali keluar terlalu cepat. Pedih jugak ibu jari menahan tali, tapi apa nak di kata-ikan masuk bawah tiang. Tali mono 20 paun tak boleh nak menahan geseran tebing simen. Dan terus putus..
Aduhhh.. malas nak cakap, perasaan. Jantung dah bedegup kencang, dan tiba-tiba hampeh.
Apa pun, aku nekad nak pi lagi bulan 11 atau 12.
Sapa-sapa nak joint? Anda berani?

cyber-lake.com Top Fishing Sites