Tuesday, December 3, 2013

Ikan Belanak - Mullet

Post kali ni, aku nak cakap sikit pasai spesis Ikan belanak. Ada banyak jenis ikan ni, ada jugak orang panggil ikan Kedera. Tapi, sebenarnya ikan belanak dan ikan kedera ni serupa, tapi tak sama. Bentuk belanak dan kedera ni pun seakan-akan ikan loban, tapi lain. Ikan loban bersaiz besar, dan jika masih juvenile, ada warna kuning pada siripnya. Tapi, warna tu hilang bila ikan loban tu besar. Spesis ikan ni, dalam Bahasa Inggerisnya - mullet. Belanak pulak warna silver dengan dibawah perut dia cerah sikit. Belanak adalah spesis ikan pelagic. Pelagik ni bermaksud ikan yang hidup dipermukaan air. Kalau kita ke tepi pantai, kita boleh tengok kuak air, kadang2, macam ombak kecik. Itu kawanan ikan belanak. Spesis ni pemakan lumut-lumut dan lumpur. Sebab tu mulut dia pun bibir atas besar dari bibir bawah. Ikan Belanak biasanya hidup di kawasan yang berselut. Kalau di kuala sungai tak kira sungai besar, kecik, memang peluang nak dapat ikan ni cerah. Ikan belanak selalunya ditangkap menggunakan pukat (orang panggil pukat kedera) atau jala. Takat sekarang ni, tak pernah lagi aku tangkap belanak guna pancing. Kalau ikan Loban memang banyak kali dah aku dapat guna teknik pancing. Guna joran puyu (pole fishing) jaa, mata kail kecik. Umpan, guna isi udang atau roti gardenia yang dikepal halus. Ikan belanak ni ada perangai buruk, suka duduk area yang banyak stuktur atau reba. Memang selalu jala aku rabak sebab ikan ni. Belanak senang nak jala kalau gelap, atau air keruh. Bila air bunga pasang, waktu tu paling banyak. Kalau air dah pasang penuh, memang susah nak dapat, dia selalu lari dan main kat tengah. Dulu, kalau aku nak makan loban atau belanak, aku pi jala dekat Penang Port. Tunggu air tengah pasang naik. Bila air dah naik, takat buku lali pun dah boleh mula menjala, selalunya memang boleh dapat banyak ekor ikan loban. Balik aku belah belakang dan bakar. Memang sedap ikan loban ni. Kalau goreng, dengan sisik-sisik dia pun sedap, rasa macam keropok. Kalau kat Danok Thailand, korang ble try order ikan loban goreng di kedai yang juai daging panggang kat tepi jalan tu. Dia orang bukak kedai waktu petang.
Dulu, ikan belanak tak ada harga, nak cari kat pasr pun susah. Sekarang, di Penang, harga RM8.00 sekilo. Ikan belanak pun sedap gak. Saiz ikan belanak ada yang besar ada yang kecil. Selalunya, saiz 15 cm keatas aku ambil buat makan. saiz yang biasa aku tangkap antara 10 ke 20 cm. Tapi, kalau nak buat umpan, saiz besar sangat dah tak sesuai. Saiz comel yang besar ibu jari atau jari telunjuk. Mata kail dicakuk dekat atas badan berhampiran sirip. Teknik umpan hidup ikan belanak sesuai untuk pancing senangin, siakap putih, siakap merah dan ikan pemangsa lain. Ikan belanak ni pun tahan lama kalau kena cara cangkuk. Dan gaya renangan dia yang macam tergedik-gedik tu yang buat ikan pemangsa geram. Macam-macam cara nak masak ikan ni, goreng kunyit, kari, asam pedas, masak pindang, buat kering. kadang-kadang aku perap dengan garam dan asam jawa dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru keluarkan. Buat pekasam pun sedap jugak. Pekasam ni, cara buat sama macam buat pekasam ikan air tawar, perap dengan garam, kemudian, campur dengan serbuk beras yang dah digoreng. Selepas seminggu, dah boleh dimakan. Goreng dengan bawang dan cabai kering.. Makan waktu panas-panas.
Satu lagi, ikan belanak ni cantik kalau bela dalam akuarium. Aku pernah cuba bela, hidup lama jugak. Nak bagi makan pun tak susah, cuma bagi isi udang atau roti dah ok. Kalau kaki pancing yang nak beli umpan ikan belanak hidup, area belah penang ada jual. Simpang teluk Kumbar/Balik Pulau, berhadapan pasar lama ada kedai pancing. sana ada jual. Lagi 1, tepi highway Lim Chong Eu (Highway Bayan Lepas- Jelutong-Town). Kedai pancing tepi laut bersebelahan dengan fly over yang ada patung burung camar. tepi kedai gulai sembilang. Kalau dari Jambatan Pulau Pinang, kena u-turn bawah flyover tu. Sebelah kiri jalan, ada Bank Rakyat.
Hasil selepas bahagi 2. Pekasam Belanak

8 comments:

  1. asllmkum..nk thu lebih lnjut kedai jual ikan belanak tu boleh?

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam. Saudara nak tau kedai yang mana satu? Di Teluk Kumbar atau di tepi pantai Jelutong (Lebuhraya Lim Chong Eu)?
    Teluk Kumbar - dari pekan Bayan Lepas, jalan menghala Balik Pulau. Akan jumpa simpang 3, kiri ke Gertak Sanggul/Teluk Kumbar, kalau terus - Balik Pulau. Belok kiri - dalam 20-30 meter dari simpang ada kedai pancing di sebelah kanan.
    Jelutung - Dri Jambatan P.Pinang lama, terus menghala ke arah Georgetown. Akan lepas Tesco. Kira2 1 km, akan jumpa apartment dgn Bank Rakyar di bawahnya. Kena masuk bawah 'flyover' untuk patah balik ke Jambatan. Kedai ada di tepi 'flyover'.

    ReplyDelete
  3. Kt jelutong kdai sblh kdai mkn tu ke?

    ReplyDelete
  4. Bos...nk mnjala belanak belah pulau kat mana port baik pnya...

    ReplyDelete
  5. Banyak tempat yang belanak banyak, dari area Permatang Damar Laut, sampai Teluk Kumbar. Cuma kalau air dah pasang penuh susah sikit sebab ikan belanak naik keatas, tak main tepi-tepi dah. Lagi 1, kalau ada puak-puak yang letak pukat tahan mati, memang x payah jala kat situ, ikan tak masuk.

    ReplyDelete
  6. Tuan tahu x kedai jual belanak belah pokok sena or seberang

    ReplyDelete
  7. Try contact bro ni. 011-2435 6095. Area seberang. Cik Wan - area Bagan - 013-5074585

    ReplyDelete

cyber-lake.com Top Fishing Sites