Saturday, January 7, 2017

Trip Karang 06 (06 Shipwreck)

Kedudukan karang 06 ni, kearah utara dari Pulau Pinang, dan hampir ke Pulau Langkawi. Perjalanan dengan bot Ah Eng dalam 4 jam.

Pagi tu seolah-olah kami dapat pelepasan ucap selamat oleh group ikan Lumba-Lumba.






Makan tak ada masalah, ada tukang masak yang telah diupah oleh tekong bot. Tapi, trip ni, kami ada Cik Lan, dia pun seorang tukang masak yang sempoi. Aku sembelih 4 ekoq itik bawak pi atas bot. Cik Lan masak kari.. pergghhh. licin beb.

Bertolak dalam pukul 12 tengahari, pukul 4 kami sampai di kawasan Karang 06 dan ikat bot dekat tali pelampung. Kami apollo cari umpan hidup dan dapat ikan selar saiz 3 jari. Kami juga standby umpan udang lipan dalam 50 ekor.



Petang tu kami dah strike kerapu. Untuk pancingan bottom, aku guna Tanakom 750. Baru-baru belajar guna mesin 'Bangla'. Sama penting bila guna set Bamgla ni, adaalh rod hoder. Harga rod holder ada yang RM100+ hingga RM400+. Beli yang mahal, bila kita guna, banyak kelebihan. Yang murah, adakala tak boleh ketatkan kat tepi bot sebab dinding bot yang lain2 bentuk. Yang best tentang bot Ah Eng ni, keliling bot ada wire untuk 'electric rell', tak perlu susah-susah usung bateri kereta. Cuma, kami perasan bila dah separuh masa memancing atas bot. Kalau tau dari awai lagi aku simpan bateri kereta aku tu.

Aku buat silap sebab lupa letak loceng. Umpan dah masuk dalam air, dan masa tengah nak letak loceng, rod aku tarik keluar dari rodholder. Masa tu laa ikan rembat. Memang besar sebab nyaris nak masuk dalam laut. Aku tarik lever, dan tiba2 tali jadi ringan. Adusss..... Ikan masuk dalam tukun dan perambut putus separuh. Tension betul.



Selain tu, casting dan jigging juga mendatangkan hasil seperti tenggiri dan GT.

Malam menjelma - bantai emas mulai attact.Kami juga menerima asakan dari cupak. Permukaan air meletup sekeliling kami. Ikan terbang bertempiaran, aksi kejar mengejar berlaku dalam lingkungan cahaya. Kami berpesta. Tapi, bila tiba-tiba menjadi sepi, kena minta tekong ubah. 3-4 kali jugak sebab bila arus dan angin berubah, kedudukan bot lari dari tapak yang ikan makan. Dan kebanyakkan yang strike, semua dihaluan bot.





Esok, pukul 7 pagi, ikan pun dah sunyi. Tekong ajak balik. Dalam pukul 11 lebih, pagi Isnin, kami sampai balik ke Teluk Bahang.

Alhamdulillah, rezeki untuk family dan kawan-kawan. Kawan-kawan aku repeat trip 06, hari Isnin 9 January 2017. Aku tak ikut sebab kerja dan berniaga. Good luck guys..



1 comment:

  1. Salam tuan...brapa cost nk ke sana...blh bg contact tekong x....tq

    ReplyDelete

cyber-lake.com Top Fishing Sites