Sunday, September 19, 2010

Pantai Kerachut, Taman Negara Teluk Bahang

Sempena hari cuti umum 1 Malaysia, 16 September 2010, kawan aku ajak aku pi memancing kat Pantai Kerachut, Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.




Tempat Pendaftaran Di Bangunan Taman Negara








Seperti yang dijanjikan , pukul 8 pagi kami berkumpul dekat Kuala Sungai Pinang. Disitu, sebelum menaiki bot ke Pantai Kerachut, kami berempat kena daftar dengan pihak taman negara. Tak perlu bayar apa-apa, cuma kena tulis butir-butir peribadi.







Selesai daftar, kami pun angkat barang-barang kami dan naik bot. Air baru nak mula surut, dan kami cuba menjala ikan belanak di kuala semasa perjalanan keluar menuju ke Pantai Kerachut.



Tapi dah nasib, anak-anak belanak semua bermain di kawasan cetek, jadi kami cuma dapat 5, ekor belanak untuk dibuat umpan. Tekong bagi cadangan untuk cari umpan belanak di Pantai Emas, jadi kami semua pun terus keluar dari kuala dan lepas 10 minit, sampai di kawasan Pantai Emas. Ikan belanak banyak, tapi dok main di celah-celah batu. Nasib bot boleh rapat ketepi, dapat juga belanak, tapi tetap tak cukup, lebih kurang dalam 20 ekor saja. Semasa menjala, Zul tiba-tiba terlucut jala yang diikat pada tangannya. Nasib baik jala dapat kami perolehi balik, tapi teruk juga sebab air dalam, walaupun ditepi tebing pantai berbatu. Tak mau buang masa, kami pun keluar dari Pantai Emas dan tuju ke arah pot masing-masing.







Aku dengan Zul turun sebelum selekoh, manakala kawan Zul, Adi dan seorang lagi kawan dia menuju kat arah Pantai Keracut disebelah batu tempat kami duduk.







Kawasan tempat kami pancing memang mengancam, cuma tak boleh tahan panas, sebab pokok untuk berteduh langsung tak ada. Sebaik turun dari bot, Zul terus pergi cari dahan-dahan pokok yang patah (nak tebang, takut kena saman dengan Renjer) untuk guna sebagai tempat sangkut tali pancing.











































Kami guna koyan (gelendong sebutan setengah orang) dengan kekuatan tali antara 90-120 paun. Ini adalah satu kemestian kalau nak memancing kerapu di kawasan pantai berbatu.





Sebaik aku pasang satu koyan dengan anak belanak, baru aku nak cari tempat untuk selit tali pancing aku dekat dahan, dengan tiba-tiba terasa tarikan yang kuat. Aku segera tarik balas, tapi apa nak buat, tersangkut. Terasa ada ikan, dan semasa tengah tarik menarik, terasa tali jadi ringan. Dah sah, ikan terlepas. Zul terus amik seekor belanak dan balik di kawasan yang sama, dan tak sampai 10 minit, satu tarikkan kuat berlaku, Zul tarik dan seekor kerapu dengan berat 750 gram sedang cuba melepaskan diri. Aku ambik jut dan terus sua kan dalam air dan kerapu tersebut bejaya dinaikkan. Zul kata sudah beberapa ekor kerapu yang saiz lebih besar penah terlepas semasa dia cuba menaikkan ikan atas batu. Sebab tu, bila ada 2 orang, Zul lebih selesa, Seorang boleh bantu semasa menaikkan ikan.








Memandangkan belanak terhad, kami terpaksa pancing gelama untuk dibuat umpan. Tapi gelama yang makan pula besar-besar. Mau tak mau kami guna juga. Ada sambutan, cuma tak semeriah belanak dan saiz gelama pula besar-besar, hampi 3 jari lelaki dewasa. Banyak ragutan berlaku, tapi terlepas sebab ikan umpan terlalu besar.





Sampai petang, aku dah gelisah, ikan tak makan-makan lagi, Yang ada pun gelama. Bila Zul kata yang dia ada beli umpan, aku ambik sotong katak dan guna untuk pancing ikan. Aku nampak banyak perahu yang mancing kerapu di tepi-tepi tebing batu di sana,





Alhamdulillah, ada rezeki aku, aku guna appollo saiz 12 dan aku sangkutkan umpan. Baru saja umpan cecah air, terasa sentapan kuat berlaku, seekor kerapu dalam saiz 300-400 gram dah terletak dihujung joran. Aku baling ke arah tebing pulau dan beberapa ekor kerapu bejaya di naikkan. Jarak aku baling tak sampai 2 meter pun.

Aku baling lagi kearah tebing batu, tak sampai pun 5 minit, terasa ragutan kuat. Aku balas balik, dan air berkocak kuat. Aku ternampak sisik berwarna merah, dah sah - siakap merah. Aku cuba kawal takut dia buat pecutan gila, aku cuma pakai apollo tangsi dalam 30 paun saja. Akhirnya, aku bejaya naikkan siakap merah. Alhamdullilah, tambah rezeki aku hari tu.

Apapun, hasil rampasan perang boleh tahan, Hampir 20,30 ekor berjaya di naikkan. Ini sebahagian ikan yang ditangkap hari tu.







Tepat pukul 4.30 petang, seperti dijanjikan, sampan datang ambil kami dan kami bergerak pulang.

Sunday, June 13, 2010

Pulau Song Song, Yan


Trip pada 11 June 2010 sepatutnya trip turun ke tuas Yan. Tapi 3 hari sebelum turun, amaran kaji cuaca sudah dikeluarkan yang mana tidal wave (ombak besar) telah melanda Pulau Pinang.. Banyak bot-bot nelayan yg diletak di pantai rosak teruk. Kawan pun ada bg tau yang bot pukat bilis yang besar tenggelam di perairan Langkawi. Dalam hati memang tak seronok bila dengar berita macamni sebelum turun, tapi tekong mesti akan bagi tau awal-awal kalau cuaca tak mengizinkan..

Dipendekan cerita, hari sebelumnya, cuaca elok, angin kurang dan esok kami dapat green light untuk turun mancing di Tuas.

Kami bertolak dari Seberang Jaya pukul 4 pagi dan sampai di Kuala Dulang pukul 5 pagi. Lepas makan nasi lemak, ambik 2 beg ais, kami punggah barang-barang dalam bot dan tunggu tekong - Pak Kot. Pukul 7 tekong datang, tapi dia tenung kaki laut dan kata mungkin cuaca tak elok, nampak macam hujan nak turun.

Kami bertolak keluar, dan baru 10 minit, angin mula bertiup dan lepas tu hujan mula turun. Sebaik saja lepas Pulau Song-Song, ombak makin kuat dan hujan lebat turun dan cuaca menjadi gelap hingga tak nampak arah nak dituju.. Mahu tak mahu, tekong terpaksa berpatah balik sambil cuba lihat pulau Song Song yang samar-samar.. Bila sampai kami tengok dalam 7-8 bot sedang berlindung di belakang Pulau. Kami buat keputusan untuk tunggu sampai cuaca reda dan sambil2 tu kami cuba pancing ikan karang ngan kerapu, mana tau ada rezeki kat situ.

Apa pun ini antara gambar-gambar yang sempat dirakam.




Kanan:

Pulau Song-Song, dulu merupakan kawasan yang dikawal oleh Tentera kerana pulau tu merupakan kawasan target practice bagi pesawat melakukan latihan pengeboman.













Ikan-Ikan Karang .

Selain tu kerapu juga banyak, tapi gambar tak sempat nak ambil..

Kalau ada yang berminat, sesuai kalau nak bawa family atau rakan-rakan yang baru nak ceburi hobi pancing ni dan kawasan pulau kurang ombak, jadi jika ada yang tak tahan pening, boleh cuba pot pancing ini.

Selamat mencuba....

Monday, April 12, 2010

Pancingan Pantai Di Pulau Pinang

Siapa kata tepi pantai kat Pulau Pinang tak ada lubuk untuk mancing?

Masih banyak jugak lubuk, tapi memang susah nak cari sebab tak ramai orang akan cerita. Biasa laa, takut kena serbu. Nanti nak kena berebut siapa cepat dia dapat. Dan ikan ni pun kalau asyik terima tekanan dari ramai sangat orang, mana nak sempat membesar lagi dah. Jadi, atas faktor ini tak ramai suka hebahkan lokasi sebenar dia orang tangkap ikan.

Tapi antara lubuk yang pemancing masih boleh bawak balik hasil saiz kembang lobang hidung adalah Teluk Kumbar - Gertak Sanggul, Pulau Betong - Balik Pulau,Pantai Keracut/Pantai Mas, Pulau Jerejak, Pulau Rimau dan Bawah Jambatan Pulau Pinang. Kawasan pancing tu adalah kawasan yang kita boleh pergi samaada jalan kaki atau bot tolang hantar dengan kadar seminima RM10. Manakala kawasan pantai seperti di Batu Feringgi pula, walau cantik, tetapi ikan besar jarang dapat. Kalau kaki casting, boleh cuba dikawasan yang banyak batu. Kawasan berhampiran Persiaran Gurney juga tak kurang hebatnya, banyak ikan besar seperti siakap, kerapu, senangin dan sembilang boleh di pancing. Jalan Abas, Tanjung Bungah juga antara pot pancing yang baik untuk ikan siakap putih dan senangin. Peminat ikan puting damar atau bebulus boleh pancing terutama dikawasan pantai Teluk Kumbar. Kalau kena musim, kadang-kadang boleh dapat sehingga 3-4 kilogram seharian memancing. Ramai kakipancing jadi nelayan part-time bila kena musim bebulus dengan nilai jualan RM18-20 sekilogram. Untuk pancing ikan mahal, tentulah umpan pun yang baik. Kalau guna perumpun atau cacing laut, hasilnya ikan gelama, bebulus atau anak2 ikan gerut. Jadi, kalau nak pancing di Pulau Pinang, pastikan bawak jala untuk jala udang atau anak belanak. Kalau jala dikawasan yang bercahaya waktu malam seperti area pantai Seagate, kadang-kadang boleh dapat sotong cumit. Sotong cumit, kalau guna dikawasan Penang Port-Prai atau Ferry, ikan jenahak kira 90% dalam tong ais dah. Lagi 10% tu rezeki dari Allah SWT.

Selain tu, kalau musim udang, kaki menjala pastikan jangan lepas peluang. Musim dia tak menentu, selalunya kena rajin bertanya dengan orang-orang yang tinggal dekat tepi pantai kawasan Teluk Kumbar. Ada kala mencecah hingga 5 kg semalaman menjala.




























Wednesday, April 7, 2010

Tenggiri Tuas (Spanish Mackerel)




Tenggiri.
Mesti ramai yang pernah dengar nama ikan tu, tapi macam mana rupa dia, kat mana nak tangkap, macamana nak tangkap?, itu ramai jugak yang tak tahu. Jadi aku yang pernah tangkap 2,3 ekor ikan tenggiri ni nak kongsi pengalaman dan ilmu sikit.

Tenggiri ni kira ikan pemangsa dan juga sebagai salah satu 'game fish'.

Ikan tenggiri ni jenis ikan yang berhijrah, maksudnya ikan ni jenis kaki rewang arr.. Kira tak da rumah tetap, tetapi lebih kurang dia akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh, dari perairan Kedah, Malaysia, bergerak hingga ke Indonesia atau Thailand dan kemudian kembali ke perairan Kedah.

Kenapa Kedah? Sebab mungkin kesesuai kerana pelbagai faktor. Tapi paling utama, perairan Kedah banyak ikan temenung lemak (kembung/pelaling). Ikan kembung ni merupakan menu utama. Selain tu, ikan selar, anak tamban dan ikan-ikan kecil lain juga menjadi mangsa sang tenggiri ni.

Jadi, umpan utama kalau nak memancing tenggiri di tuas, mesti la ikan kembung. Tapi spinner, bulu ayam atau lure boleh gak. Tuas ni sebenarnya adalah tukun yang dibuat dari gelung simen, daun kelapa dan diikat pada buluh panjang. Jadi anak-anak ikan akan bermain di tuas. Manakala, ikan pemangsa seperti tenggiri, alu-alu, aruan tasik akan berkeliaran disekeliling tuas.

Pendek cerita, pada trip 4 April 2010 yg dirancang hampir sebulan sebelum tu, kami bertolak dari Seberang Jaya. Sebab takut ada membe yang tak boleh bangun tidur, pukul 3.30 kami bergerak dengan 2 kereta + 1 4x4. Aku guna laluan kampung, iaitu keluar dari Sungai Petani selatan dan melalui Sg. Semeling dan Tanjung Dawai. Sampai kat yan dalam pukul 5 pagi, trus kami masuk ke Kuala Dulang.

Pukul 6 pagi, kami sarapan, pekena nasi lemak dan trus angkat barang-barang ke atas bot masing-masing. Kami pecah kepada 2 bot, tapi satu tuas. Tuas Shidi, tapi tekong Pak Chot dan Pak Kot. Matahari baru nampak cahaya kat ufuk timur, bot dah keluar dari Kuala Dulang. Dalam pukul 7 lebih, kami dah sampai kat tuas.

Semua pun mengeluarkan senjata masing2. Antara yang digunakan ialah mesin spinner Daiwa, Shimano dan Abu Garcia. Size dalam 3500 - 4500. Aku guna spinner saiz 4500, tali Xzoga 20 paun. Tali pancing, diameter jangan lebih dari 0.35mm. 3 mata kail diikat pada stell wire dan diletakkan spinner. Nak pancing tenggiri, penggunaan dawai adalah mesti, sebab gigi tenggiri yang macam mata gergaji amat tajam. Gigi cantik tersusun plak tu, tak macam ikan alu-alu, rongak. Joran pulak - Rod casting panjang 6.5 - 7 kaki.

Dah siap dipasangkan semua, aku ambik seekor ikan temenung dan dicakukkan pada mata kail. Selalunya, pada setiap dawai, akan diikatkan 3 mata kail. Mata kail akan dicakuk pada ekor, tengah badan dan mulut ikan. Ini kaedah casting umpan mati. Mata kail kena cakuk betul2, kalau tak umpan akan bergerak tak cantik masa retrive umpan. Kalau nak guna teknik drifting atau hamboq bahasa utara, boleh guna belon. Selalunya, ikan saiz mega banyak dapat pakai teknik mcm ni.

Yang detik paling best, lepas cast umpan, masa tengah tarik pelan2 ikan temenung, tetiba jaa.. zzupppp... tali jadi tegang, dan bunyi drag, sebab ikan tarik keluar tali pancing dari gelundung memang syok gila beb.. Kena karan, ble mengigil woo.. Macam membe aku sampai panik habis, sampai mengeletar kaki tangan.


Apa pun, hasil hari tu, memang berbaloi.. Total kami dapat 48 ekor walau banyak jugak yang terlepas. Ada umpan ikan temenung dipotong cantik, terbelah 2 macam guna pisau, ada yang dawai putus masa tengah lawan, banyak jugak yang terlucut masa dah sampai tepi bot. Alhamdulillah, aku dapat 6 ekor, dan 2 ekor paling besar dalam trip tu. Berat hampir 6 kilo sekor. Itu pun, lepas dapat 2 ekor, aku dah lari ketepi bot, nak casting pun dah takut sebab sakit bahu fight dengan ikan.

Dalam pukul 2 petang, umpan temenung kami sebanyak 20 kilo dah habis. Pukul 3 lebih, kami bertolak ke kuala. Sampai kuala, kami singgah makan kat kedai koteow kerang membe lama kat pekan Guar Chempedak. Lepas tu, kami buat keputusan untuk balik Penang dan jual ikan kat sana. Aku call sorang toke restoran cina, dia ambik tenggiri sekilo RM16. Kami tolak dalam 10 ekor, dapat kat RM600 dan dibahagi sama rata.




Lebihan ikan, kami bahagi sama rata dengan 12 membe2. Jadi dapat la sorang 3 ekor. Belen, kami buat kenduri. Balik umah, bagi kat sedara mara, kawan2 rasa sorang sikit.. So sapa yg dok jauh tu, sori laa...

Mmm.. Banyak lagi aku nak tulis ni, tapi ni info ringkas;

1. Lokasi bot/tekong; Kuala Dulang Kecil atau Sg. Udang, Yan Kedah.
2. Tuas ni milik persendirian - jangan pandai2 pi mancen tuas orang.
3. Kos bot RM450/ sehari (8 jam)
4. Umpan temenung fresh, anggaran 10 kg (harga bergantung pada bekalan dan mencecah RM7/kg).
5. Set pancing tak perlu yg mahal, dalam RM400 dah boleh dapat complete set termasuk tali dan mata kail. Barang2 ni boleh guna banyak kali kalau pandai jaga.
6. Tali pancing main line tak boleh terlalu tebal, dan tali braided (sulam) is a big NO. Ikan tak makan umpan kalau guna tali jenis ni.
7. 1 bot, maksimum 6 orang. Total kos utk 1 trip dalam RM120/per person termasuk makan minum dan pengangkutan.
8. Musim ikan tenggiri ni susah nak cakap, kena rajin bertanya kat tekong/kaki pancing.
9. Dasar tuas banyak ikan lain seperti Kerapu, jenahak, Gerepoh, Duri, Kerisi. Manakala dikawasan tuas, ikan Pisang (rainbow runner), Ikan pecah periuk/pak tipok, Ikan Golok Awak (Dorado), Cencaru, Talang, Layaran, ikan Telinga Gajah, Plata Bali dan banyak lagi. 10. Jangan lupa bawa sabiki atau Apollo. Selain untuk cari umpan hidup seperti selar atau kembung (kembung paling mujarab), boleh guna untuk pancing ikan seperti ikan cencaru dan kerisi. Kalau trip ke tuas, aku selalu cari lauk tambahan dengan menggunakan Apollo yang diletak umpan hirisan ikan atau udang fresh.

Thursday, March 11, 2010

How to get There / Macamana nak pi sana? Penang Bridge

Rasanya aku kena cerita dari awal kut macam mana nak pi mancing bawah jambatan Pulau Pinang. Ada 2 tempat yang orang selalu guna, 1 dari Seberang Perai dan 1 lagi dari jeti nelayan Batu Uban. Yang gambar sebelah ni gambar tempat aku selalu naik kat jeti nelayan Batu Uban.

Dari Seberang Perai, selalu naik dari jeti nelayan dekat muara kuala Sungai Perai, Ujung Batu. Dari sana tambang mahal sikit. Dalam RM20 seorang. Tapi aku suka naik dari Batu Uban, kat sini tambang RM10 seorang, tapi tiang disebelah pulau, kalau nak pi sampai seberang, tambang RM20 jugak.

Nak pi mancing bwah jambatan ni tak susah sebab pakcik-pakcik yang ambik upah hantar oang macam pakcik Hashi, Pak Long, selalunya standby 24 jam kat situ.

Tiang yang selalu orang pergi adalah tiang no 84,85-87, tiang 60-68. Tiang 60 lebih ni air dia dalam sikit. So tiang ni slalunya mesti ada orang mancing. Sampai ada yang mancing tak balik 2 hari.

Umpan, baik beli sikit, mana tau anak bilis atau tamban bawah jambatan tak ada. Banyak kali aku kena. Selalunya umpan guna ikan temenung (kembung), udang segar atau sotong segar. Umpun-umpun dan kerang boleh juga kalau nak guna. Yang penting tu jangan lupa bawa apollo size 7-9 untuk cari umpan. Umpan hidup yang dicari bawah jambatan ni buatkan peluang kita untuk dapat ikan gred A lebih cerah. Kalau ada anak ikan temenung masuk paling best, Insyaallah peluang nak dapat ikan saiz 1 family makan dah hampir confirm.
Teknik pancingan - ni kena cerita details sikit, tapi bukan sekarang. Selalunya aku suka gantung umpan tepi tiang, ni selalu dapat ikan best2 macam Jenahak, Gemang, Kerapu, Merah dan Siakap Merah.
Kalau nak seronok-seronok, nak bawak balik ikan gelama sampai 100-200 ekor, boleh laa guna teknik poternoster atau cara malas - apollo yang ditaruk umpan. Tapi jangan terkejut bila ikan senangin, talang atau sembilang makan umpan bila guna teknik ini.


Ni antara gambar-gambar dalam koleksi aku:










Saturday, March 6, 2010

Ikan Haruan aka Snakehead - Fresh Water Predators


Haruan, Channidae Channa Striatus



In English, the haruan is called snakefish and you can guest why it is called snakehead, that is from the view of its head. It is one of the most sought carnivorous predatory fish in Malaysia as it is widely believed by Malaysian to have remedial effects. Haruan contains a good composition of amino acids and fatty acids hypothesized to be active components in the initiation of wound repair. I have personally witnessed where the haruan that I caught and kept in the same location had try to eat each other. As a result, one of the haruan was devoured almost 1/5 of the body. Then I had removed the wounded haruan into another aquarium and after sometimes, the wound healed and not only the flesh regenerate, but the bones too! So, I never doubt and agreed with the majority when they said haruan have the remedial effects.

Another interesting fact is that it can survive in almost any place even with minimal fresh water as it has accessory respiratory apparatus or in other words air breather fish.. The haruan also is able to walk from one place to the other place of water as it body has lateral undulations. The main diet of the snakehead are frog, fish (and yes, they are cannibals), fresh water shrimp & crab, duckling, and even small snake.

If you want to catch one, the favourite baits are frog (katak minyak).

So often, you'll find haruan fishermen fishing all sorts of puddles by the roadsides. Surprisingly to the non-haruan fisher-person, haruan up to 2-3kgs are sometimes pulled out in these little "puddles"! Other favourite places are old mining ponds and swampy places.

Rigged up weedless and cast towards the haruan's lair will often result in an aggressive take. Another productive method is lures: soft plastic lures fished weedless for snaggy areas, spinner baits, spoons, spinners or fly. Basically, anything that trigger the haruans predatory instinct works!

The haruan will hang out near structure, be it dead branches or a clump of weeds. In fact if there is more weed than water, chances are there'll be haruan deep among the grass. Therefore most haruan fishing is done with frogs, that can be cast into these holes among the weeds.

Sometimes, when the haruan took the bait, they can be quite vicious but it could also be a gentle tap. One should slowly release the line, letting the haruan swim away till a fine trail of bubbles is seen. Then set the hook. And be ready for the adrenaline rush. If artificial lures are used the hooks should be set immediately before the haruan drops the lure.

I still remember when I was a kid, I used to catch the snakehead using traditional techniques know in northern of Malaysia as taut a.k.a. tajur. It is made of bamboo that very durable and will be able to stand the force of the fish. The tajur will be placed along the small river or waterways and then left for few hours or overnite.

They can be caught as big as a kilo in heavily fished waters, but in untouched places sizes of 2-3 kilos is normal with haruan as big as 7 kilo caught occasionally! One could equate this fish to the American Large mouth bass.

But, sadly nowadays, it is kind of hard to catch these game fish as the habitats is sloly making ways for development. And how I wish my son will be able to tell his story about HARUAN to his son one day.

Wednesday, February 24, 2010

Ikan Gerut-Gerut Comel


Hari ini, patut kami pi pancing atas sampan kat Pulau Bunting, Yan. Tapi sebab masalah komunikasi, terpaksa ubah plan.

Last2 tempat paling dekat - Jambatan Pulau Pinang.

Dekat pukul 7.30, dok melilau cari ais kat Jelutong. Aku dalam hati dok kata abih laa pot sempoi sebab lambat. Dekat pukui 8 pagi, kami sampai kat Jeti Batu Uban. Ada gak 2,3 orang mamat baru sampai. Papa dan lagi dok sembang ngan sorang bro tu.. Aku ajak dia naik sampan Pak Hashim.. dia kata ala releks laa, kalut-kalut bukan nak boleh buat apa pun. Aku tak ble kata apa, mau tak mau dok sembang ngan depa sekali.

Tapi macam kata papa, kalau rezeki memang tak boleh kata apa - tiang favourite aku, 66 kosong, psai depa baru saja hantaq 3 orang laki cina balik. Depa pancing malam.

Sampai kat tiang, aku ngan papa naik atas tiang. Pastu dlm hati dok tengok dlm perahu, kut2 ada barang lain tertinggal. Buatnya tertinggal air, mampus mati kekeringan kami. Dah la musim panas - El Nino kata orang.

Atas tiang aku cari kotak pancit aku.. alamak, dah agak dah. Patut laa tak sedap hati, tertinggal atas perahu tu. Jammed betul. Aku baru angan-angan nak bok naik ikan merah 1-2 kelo.

Nasib laa ada sikit barang dalam beg aku. Boleh laa start pasang apa yang patut. Kotak umpan ada, so slamat gak arr kalau apollo tak dak. Kurang-kurang boleh laa nak merasa tarikkan ikan duri (cat fish) dengan gelama (jewfish atau nama saintifik Sciaeria spp./Johnuis spp.

Aku sambil pasang pancing, mata dok tengok kalau-kalau pakcik bot tu lalu.. Memang nasib, dia patah balik, aku angkat tangan macam orang dalam kecemasan. Dia sampai ja, trus kata, 'haa.. penat aku singgah tiang tanya sapa yang tinggai kotak pancing ni".. Terima kasih banyak-banyak laa pakcik oi..

Lepas tu, acara senaman tangan, mengapollo bermula. Dapat laa anak ikan bilis (Stolephorus spp) jarang-jarang sekali. Boleh laa nak buat umpan.




Pastu dengan bergayanya, aku pun cakutkan laa anak bilis dekat mata kail dan rendam dalam laut tepi tiang. Tunggu, punya tunggu, mesin multiplier aku tak bunyi2. Dari sejam, ke sejam yang lain. Nampak gaua nak kumpau dah trip ayaq slow ni. Memang tiang jambatan cukup tak menjadi kalau ayaq perlahan sangat. 7hb Melayu kata orang.

Sampai pukul 4 baru dapat 4 ekoq ikan, kerapu 2, dan 2 ekoq gerut-gerut comel dapat pun pakai gelendong. Tapi comel, comel gerut2 tu, masa tarik tali, melawan jugak tu.

Aku nampak bro sebelah dapat talang besaq dalam 1.5 kilo. Dia tengok aku, aku buat-buat tak nampak arr.. Dalam ati dok kata bila laa nak tarik ikan saiz tu. Lama dah tak tarik talang saiz macam tu kat atas jambatan ni.

Dan.. macam orang tua aku kata pagi tadi, kalau tak ada rezeki tu memang tak ada rezeki. Sampai pakcik tu mai ambik, pukul 5.30 petang, ada laa tambahan ikan kerapu 2 ekoq, duri 3 ekoq. Kira trip kumpau.. tapi, yang penting ble lepak ngan papa-best.

Thursday, February 18, 2010

Ini hasil kali pertama aku dekat pot baru, area Gertak Sanggul.

Nak sampai kat situ pun, memang boleh semput. Tapi sebab tu laa masih ada ikan macam ni. Ini kira hasil pancingan selama 3 jam sahaja, sebab dah janji dengan kawan nak pi ambik durian kat Balik Pulau.

Ikan yang kami dapat dalam gambar ni, ikan siakap merah 2 ekor, kerapu 2 ekor. Semua guna teknik yang kawan aku Zul ajar. Tak payah guna fancy, fancy punya equipment. Setakat modal RM8.00 dah cukup untuk cari lauk macam ni. Tapi kena jala belanak hidup laa...

Sebab ini hasil pertama, hasil dibawa balik untuk hidangan keluarga.

Lepas tu trip yang berikutnya ditempat yang sama agak kureng menjadi. Ini pun sebab beberapa faktor, antaranya ialah pasang surut.. Kali pertama, kami sampai kebetulan air sedang bergerak pasang dan angin kurang. Kali berikutnya, air surut, terpaksa tunggu pasang dan ombak kuat disebabkan oleh angin yang meniup menghala kearah pantai.
Nak tau lebih lanjut, tunggu................

Wednesday, February 17, 2010

Ikan Merah Bawah Jambatan


Isnin, hari kedua Tahun Baru Cina. Aku buat keputusan untuk pergi memancing dibawah jambatan bagi mereleasekan tension dalam benak kepala otak aku.. Kalau ikutkan, hari-hari pada hujung dan awal bulan merupakan tarikh yang mana kelajuan air laut amat laju dan pada had maksima pasang surutnya.

Jam 7 pagi, aku sudah terpacak ditepi jeti nelayan Batu Maung dengan bekalan umpan udang yang dibeli dari pasar Bayan Baru. Yang tak lupa, adalah air mineral sebagai bekalan sepanjang aku berada dibawah jambatan. Teringat masa aku mula-mula belajar pancing bawah jambatan Pulau Pinang ni. Masa tu aku pi di kawasan tengah yang bongkah batu besar-besar tu. Nak dijadikan cerita, sebab teruja nak maceing, aku terlupa untuk bawa air minum secukupnya. Lepas pukul 4 petang, air dah habis, matahari terpacak lagi.. . Masuk pukul 5, dahaga tak tertahan.Kawasan tu panas beb, batu saja, tak dak tempat teduh. Ni kira untuk pemancing hardcore yg tahan sunburn saja ble mai sini. Pakcik bot plak pukul 6 lebih baru mai ambik. Dahaga tu, buat aku rasa macam nak minum ja air laut tu. Tak tahan aku melilau dekat tengah-tengah jabatan tu cari kalau-kalau ada apa-apa yang aku boleh minum.. Kawasan tu adalah kawasan yang bebongkah batu besar, jadi, ada la jugak tompok-tompok rumput/tumbuhan yang tumbuh. Alhamdullilah, dalam dok tercari-cari. aku terpandang sesuatu. Rupa-rupanya yang tu pokok jambu, macam jumpa harta karun.. Belek punya belek, ternampak sebijik buah jambu batu, itu laa buah jambu batu paling sedap aku makan.. Nikmat tak terkata. Serik aku lepas tu, tiap kali pi memancing bawah jambatan, aku akan pastikan air cukup.


Sebab aku sampai awal sangat, jadi tak ramai yang ada kat jeti nelayan tu, cuma 2,3 orang baru sampai. Tak lama kemudian dengar bunyi enjin bot yang balik dari bawah jambatan bersama dengan beberapa budak-budak, kira dlm awal 20an kut. Aku tengok, kesemua berjalan sambil menjinjing barang-barang dengan set pancing sahaja tanpa ada hasil. Aku dah cuak, tapi kalau sudah rezeki, pasti ada sesuatu untuk dibawa pulang. Tengah dok tunggu naik bot, ada lagi 3 orang sampai dan kami terus naik bot menuju tiang masing-masing dengan harapan menggunung. Aku dengar depa bertanya kat pak cik Hashim, tekong bot, tiang yang ada ikan siakap? Pakcik Hashim memberi pendapat bahawa tiang sebelah tepi selalu menaikan ikan jenis siakap putih. Tak salah aku, tiang-tiang tepi nombor 83-87.. tapi, entahlah, aku dah pernah cuba pancing kat situ sebelum ini, tapi tiada nasib kut.. Yang aku tau, ada 2,3 kali ikan besaq tarik, tapi tali putus, so tak tau ikan apa. Ikan besar paling banyak aku pernah bawak naik kat tiang tepi tu, ialah ikan yu bodoh. Tapi itu dulu laa, sekarang dah pupus dah ikan2 tu. Tak pernah nampak langsung. Tapi aku ngan membe, dulu kalau dapat ikan yu tu, kami CnR.


Apa pun, lepas bro-bro tu naik ke tiang 84, aku membuat keputusan untuk mencuba nasib di tiang 66. Pada pandangan aku, tiang-tiang bernombor 63-69 agak dalam . Mana tau nak jadi rezeki kan?



Sebaik sampai, aku tengok tiang sebelah dah ada pemancing, nampak gaya dia overnite bawah jambatan. Aku tak buang masa terus keluarkan peralatan memancing, dan memasangnya menggunakan umpan udang pasar. Selesai melabuhkan pancing, aku mula mencari umpan segar dengan menggunakan appollo warna hijau dengan matakail saiz 7. Sebaik mendapat anak bilis, aku terus mencangkukkan pada mata kail aku.

Hari ini, target aku adalah jenahak dan ikan merah. Jadi cara pancingan adalah menggunakan teknik gantung umpan. Selalunya aku akan menggunakan joran dan melabuhkan umpan dan dibiarkan tergantung dari dasar dalam 1 kaki dari dasar. Joran akan diletakkan ditepi tiang dalam anggaran 6-12 inci. Terlalu rapat, kemungkinan ketam akan mendapat umpan terlebih dahulu. Terlalu jauh, umpan akan dihanyutkan oleh air yang laju.

Lebih kurang 1 jam, tetiba, bunyi bait alarm yang nyaring membuat aku terkejut. Adrenalin aku membuak-buak dan aku segera bingkas bangun mendapatkan joran aku. Dengan menggunakan perambut sepanjang 1 kaki berkekuatan 30 paun, aku terpaksa berhati-hati takut bergesel dengan tukun atau struktur. Jenahak pertama berjaya aku naikkan. Bukan saiz besar meja, tapi cukup buat aku kembang lobang hidung.

Aku try pulak menggunakan ikatan patenoster kerana teknik terbut juga sudah terbukti dapat menaikan ikan dari keluarga Ludjanid ni.. Air sudah mulai perlahan kerana akan beralih ke pasang. Aku besedia dengan mencari anak-anak bilis sebagai umpan. Peluang tak boleh disia-siakan. Tak sampai 10 minit aku melabuhkan umpan dengan teknik patenoster yang aku buat sendiri dan diikat dengan 2 mata, satu tarikkan berlaku. Memang saiz ikan yang agak besar, sebab tarikkan tak boleh kontrol berlaku. Bro sorang tu, yang duduk tiang sebelah, bangun tengokt aku fight ngan ikan. Aku layan hampir 5 minit dan seekor ikan merah berjaya aku bawa naik. Fuh, Allahmdullilah dengan rezeki setakat ini. Tapi ekor ikan merah tu dah kena kekah.. Maksudnya ada gangster lagi besar kat bawah yang boleh buli ikan saiz ni.

Bila arus semakin laju, tiada lagi bunyi menarik kecuali 2 ekor gemang yang berat hampir sekilo sekor. Itu pun sudah dikira bonus dengan saiz sebesar betis budak sekolah rendah.
Sedang aku mengelamun, 1 tarikan terjadi, mesin akuma 220L aku menjerit. Tiba-tiba, senyap.. Ikan sudah terlepas.Aku mencari lagi anak ikan bilis, dan aku cakuk 3 ekor sekali gus. Sebaik meletak kedasar, aku perhati ada getaran pada hujung joran murah aku tu. Terus aku sentap, dan dengan segera ikan menarik lari tali keluar dari gelendung. Aku bertahan kerana memikirkan perambut, abang tiang sebelah sedah menjerit memberi sokongan moral.. Tak sampai pun 1 minit, dengan tidak semena-mena, tali menjadi kendur.. Arrgghh.. tali perambut 30 paun aku putus bergesel. Apa nak dibuat, bukan rezeki..

Lepas tu bila aku tukar jadi perambut 50 paun, terus nganga sampai bot datang mai ambik lebih kurang jam 5 petang. Dah banyak kali aku tengok, ikan jenis jenahak dan merah ni, memang sensitif, susah nak makan umpan kalau guna perambut tebal. Mungkin kena guna jenis iluminasi kut, baru ok.

Tiang jambatan, tunggu la kau. Aku pasti akan kembali dengan lebih banyak joran.. Hehehehe....

cyber-lake.com Top Fishing Sites